15
Oct
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan,
Mahukah anda mengetahui rukun usahawan yang berjaya?

- 1) Kejujuran dan keikhlasan adalah asas kejayaan terpenting.
- 2) Mempunyai cita-cita tinggi dan impian hendak membina empayar perniagaan.
- 3) Tidak mudah putus asa dan berpuas hati dengan keuntungan yang diperolehi.
- 4) Tidak bersikap terburu-buru.
- 5) Perlu berani mengambil risiko.
- 6) Tahu masanya untuk maju ke hadapan dan bila hendak undur ke belakang.
Jika anda mematuhi rukun-rukun usahawan(yang direka oleh saya) insyallah anda akan berjaya. Ada sesiapa yang mahu tambah rukun ini? Amat dialu-alukan
P/S: Terima kasih kepada en.aku kerana telah berucap panjang lebar di blog beliau dan tak habis-habis memuji saya -_-” dan begitu besar harapan beliau terhadap saya insyallah saya tidak akan menghampakan anda :D.

























+Setiap hari merancang strategi untuk masa hadapan.
+Keutamaan kepada pelanggan
+sentiasa membuat pembaharuan
+jangan ambil lewa kritikan pelanggan
+baik dengan semua orang
+ Kongsikan kejayaan dari segi ilmu dan harta. Berikan hak kepada yang sepatutnya..
lagi satu, sabar.
Oh..ya terima kasih semua
hm…. apa2 pun rukun Islam jgn abaikan ye.. terutamanya SOLAT! =)