Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Wah, agak lama rasanya tidak menulis di blog ini. Ini kerana saya telah pergi “bercuti” sebelum ini dan balik dari bercuti terus banyak kerja yang perlu diselesaikan. Semakin kita siapkan kerja semakin banyak pulak kerja lain datang. Hehe biasalah kehidupan sebagai seorang yang bergelar usahawan. Sebenarnya saya dan Zhafran sekarang sedang mencuba sesuatu yang baru, yakni masing-masing cuba mencari dan mengasah kekuatan diri untuk kahwin. Kami terpaksa menuntut dengan pelbagai guru sama ada didalam negara mahupun luar negara oh! Konklusinya kami tersangat sibuk!

rakanjv.jpg

Baiklah kita tinggalkan kesibukan Team FlareBiz buat seketika. Ayuh kita mengupas tajuk kita pada hari ini iaitu “Bila Zhafran Nak Kahwin?” “Rakan JV Merupakan Aset Anda”. JV adalah short term bagi Joint Venture. Bagi anda yang masih belum berkahwin mempunyai rakan JV angaplah post ini sebagai ilmu baru bagi anda, manakala bagi yang memang mempunyai ramai isteri rakan JV maka angaplah post ini sebagai satu rujukan agar anda tidak kehilangan isteri aset anda yang berguna.

Untuk pengetahuan anda rakan JV adalah merupakan aset yang sangat bernilai dimana mereka inilah yang akan membantu memudahkan kerja anda. Saya sendiri akui, tanpa seorang isteri rakan JV tiada siapa akan membeli produk saya atau dengan kata lain agak lambat untuk orang membeli produk saya. Namun, dengan bantuan isteri rakan JV saya dapat menyebarkan sesuatu virus “pre-launched” dengan begitu cepat. Tidak keterlaluan juga saya katakan bahawa untuk anda cepat berjaya dalam perniagaan Internet anda perlu mempunyai network isteri yang besar. Lebih baik jika anda mempunyai network yang mampu berhubung dengan Patric Chan, Joel Comn, Ewen Chia, Yaro Starak dan sebagainya. Saya pasti anda akan mampu berkahwin menjadi jutawan dengan sekelip mata.

Namun sangat mengecewakan ada sesetengah IM yang terlepas pandang beberapa orang perempuan cantik perkara. Ingatlah, walaupun rakan JV anda merupakan aset namun, mereka ini bukanlah rumah, tanah ataupun isteri perniagaan anda! Mereka juga manusia dan anda sepatutnya sentiasa menjaga hubungan baik anda dengan beliau. Bagi saya, anda sepatutnya sentiasa bertanya khabar dengan rakan JV anda walaupun anda tiada projek untuk dijalankan bersama. (Erm.. projek? Isk tak senonoh betul! ha ha ha!). Cukuplah sebaris emel yang bertanyakan khabar rakan JV anda bagi melambangkan anda sentiasa tidak lupakan mereka.

Ini juga merupakan satu rahsia bagaimana untuk anda “approach” seorang isteri otai bagi JV dengan anda. Saya rasa otai pasti akan fed up dengan anda, jika anda hanya menghubungi mereka apabila anda mempunyai sesuatu produk untuk dilancarkan. Mereka juga manusia! Selain itu, anda juga boleh memperbetulkan rakan JV anda jika mereka ada membuat silap, ini juga merupakan satu teknik agar mereka terus menghargai anda. Jadi, apabila anda ingin meminta tolong maka agak ringan untuk beliau menolong anda.

Ramai yang menyalahkan bawaha usahawan Internet hanya menolong sesama mereka sahaja. Saya ingin menyangkal dakwaan ini! Sebenarnya orang lain masih tidak tahu bagaimana ingin “approach” seorang otai untuk JV dan sebab itulah maka seseorang usahawan Internet itu menolak pinangan pelawaan anda. Bukan bodek yang diingini tetapi cukuplah sekadar satu emel yang ikhlas di hantar kepada kami bagi memberikan erti kami juga manusia yang ingin mempunyai pasangan. Bukanlah sebuah machine yang terus menerus mempromosikan sesuatu produk secara membuta tuli.

Konklusinya, binalah hubungan baik dengan isteri rakan JV anda dan anggaplah beliau juga sebagai seorang manusia. Jika anda terus mengamalkan konsep bila nak launch produk baru menghubungi mereka maka anda pasti gagal. Saya pasti semua sifu-sifu perniagaan Internet bersetuju dengan saya kali ini. Begitu juga dengan isteri-isteri mereka.

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

20 Comments »

2008-08-02 18:29:53

banyak nya wak pnya stroke, Labanon. Klaka pon ada saya baca.

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-08-04 07:06:22

Hehe rilexlah :) Remaja katakan ha ha ha!

 
 
Comment by fatin pauzi
2008-08-02 19:29:47

tau xpe..kawin je yg cendengnye..huhu..xsabor nk kawin la tuh…haha

Comment by Baseri
2008-08-02 19:53:02

Haha.. Betul tu Fatin Pauzi. Hehe..

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-08-04 07:06:48

Hehe.. kalau sampai seru nk buat cam ner muahaha

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
2008-08-02 23:49:28

[...] Antara peserta lain, Shuth, Team Flarebiz, Gobala, Kak G, Norizam & banyak lagi! Bacaan [...]

 
Comment by megat
2008-08-03 00:20:20

ohoho dah fikir sejauh itu (kahwin)!?

bagus persediaan masa depan yg cemerlang!

tip yg amat bagus. setiap manusia dicipta punyai perasaan. dan yg palling perasaan mereka perlu dijaga jg.

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-08-04 07:07:12

Hehe.. fikir biar kedepan bro :D

 
 
Comment by Ghafar
2008-08-03 07:08:23

Untuk semua,

Lakukan sesuatu bermula dari orang yang depan cermin.

Lakukan sesuatu dengan mengingati apa matlamat akhirnya yang hendak dicapai.

Sekadar renungan untuk diri sendiri dan semua.

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-08-04 07:07:40

Yup… terima kasih atas pandangan saudara..

 
 
Comment by syarif
2008-08-03 09:04:55

banyaknya stroke..semua pasal bini and kawin..isk2..

cam dah ader calon jer nie..huhu

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-08-04 07:07:59

Hehe… rilex2 :D

 
 
Comment by azli
2008-08-04 12:23:16

beh bro…demo rock!!!

 
Comment by titan
2008-08-04 16:38:01

“Saya rasa otai pasti akan fed up dengan anda, jika anda hanya menghubungi mereka apabila anda mempunyai sesuatu produk untuk dilancarkan.”

Aku terpaksa mengakui hakikat ini. Hoho..:D

 
Comment by nald
2008-08-06 19:37:31

ya.. rakan JV tu penting…tapi mestilah ianya benar-benar boleh diharap…
aku rasa labanon nih, dalam tahun depan boleh kahwin dah…

 
Comment by yazidyahaya
2008-08-10 12:02:59

JV memang penting untuk bisnes online ni

 
Comment by fahdi (FG.com)
2008-08-14 13:08:35

kenapa banyak sangat ‘isteri’? dan wanita ni? haha.. dah xsabar nk kawen ye labanon. :D

saba2, dalam usia mcm ni, mmg banyak dugaan kite kene tempuh. terutama bab2 gini. haha..

betul2, kalau ada rakan JV, mmg memudahkan. terutama yang mempunyai pengaruh yang besar dalam dunia IM. setakat ni baru ada beberapa jv. insyaALLAH, masa2 akan datang, akan bertambah. :)

 
Comment by Maya_Alam
2008-08-23 11:44:35

Sempoi la u ni…bravo..bravo

Comment by qrodat
2008-09-26 20:36:05

dh mmg nk kawen kot. cuma melahirkan isi hati dalam tulisan, Itu pasal byk isteri2… sory bro jgn mare..

 
 
Comment by worldbiz2u Ent
2008-10-17 03:07:06

Hajat di hati lepas ni ,nak start JV dgn 2 org otai ni…mula2 dgn Zamri Nayan pastu dgn Irwan Dahnil plak…pastu dgn hangpa plak , flarebiz.turn no.3

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.