Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,
Apa khabar anda semua? Saya akui tidak sempat untuk meluangkan masa untuk update blog ini
Kerja sekolah nampaknya sudah bertimbun-timbun huhuhu. Jadi saya hanya boleh update setakat saya mampu sahaja lah. Lagipun dalam masa terdekat saya akan melancarkan satu projek terakhir saya sebelum SPM.
Jangan salah faham projek terakhir sebelum SPM bukanya projek terakhir dalam hidup saya ini
Baiklah.. peniaga berwawasan bukan sahaja pandai menghidu dan merebut peluang tetapi juga tidak mengharapkan keuntungan yang singkat. Ya ada dalam kalangan kita yang baru jer start berniaga dah nak untung
Memang tidak dapat dinafikan terdapat usaha yang tidak setimpal dengan masa dan tenaga yang dicurahkan.
Tetapi bagi kita seorang usahawan sejati perlulah meanggap itu hanya sebagai saat-saat kritikal yang perlu dihadapi oleh mereka yang baru bertapak dalam perniagaan. Jika kita dapat melepasi situasi kritikal tersebut, bermakna kita mempunya masa depan yang cerah,terang, bersinar-sinar tapi tak pedihkan mata
Kesusahan,kepayahan tidak akan sekali-kali melemahkan semangat seorang usahawan yang berwawasan. Ingat pesanan ini ” alam perniagaan bukan untuk mereka yang berpegang pada nasib atau ketentuan takdir semata-mata!! ” Peniaga yang berwawasan bukan sahaja berusaha mengubah keadaan tetapi bekerja ke arah mencipta sesuatu yang baru. Ya hal ini hanya boleh dilakukan oleh seorang usahawan sejati dan berwawasan sahaja! Peniaga yang inginkan keuntungan dalam masa yang singkat boleh blah!
sekian
p/s: Jom ramai2 support forum jomberniaga
& jangan lupa produk saya yang akan berada dipasaran tidak lama lagi. hehe secret dulu HOHO!

























Produk apa tu. Tentu menarik kan… tak sabar rasanya nak tahu.
Hehe biarlah rahsia dulu dan yang paling penting ader affiliate
Yg pentingkan Adly.. pembahagian masa. Bagi syia elok adly buat senarai tiap2 mlm apa patut dibuat esok pagi. esoknya adly just follow senarai adly. x payah buat jadual ke atau catat masa apa nak buat, just senarai je
Ok tq kak Syia… insyallah saya akan praktikkan
Wah…dah ada produk baru laa… Tahniah!
Apa2 pun semuga Adly lebih berjaya di dalam SPM dulu…
Kejaayan dalam biznes akan menyusul….Isnyaalah
Terima kasih JimieRay
tahniah, anda mmg melayu boleh.
saya senantiasa oakan kejayaan anda; dan berharap ramai lagi anak muda yg melayu boleh mcm anda. ingat; buat terbaik utk spm anda sambil jaga sama part time ebiz ini. ok?
tq bro hapisol… yup saya akan betul2 jaga time study ni :D..