Pengajaran dari cerita ini ialah, pertama, usahawan yang berjaya perlu ada “mind set” yang kreatif. Mereka perlu mencuba sesuatu yang lain dari yang lain. Dalam kes Disney, beliau tidak terikut – ikut dengan orang lain. Kartun baginya boleh mendatangkan keuntungan berjuta dolar, sedangkan pada ketika itu, kartun perkara baru dalam masyarakat dan tambahan lagi, televisyen belum dimiliki ramai.
Disney juga mempunyai “mind set” yang kreatif kerana mengadunkan elemen kemanusiaan dalam siri kartun tikusnya iaitu Mickey Mouse. “Mind set” atau cara berfikir yang betul adalah penting kerana kita sedang bersaing dengan usahawan dari Negara luar terutama Negara – Negara ASEAN. Pasaran Negara kita kini lebih terbuka ekoran pelaksanaan Zon Perdagangan Bebas AFTA.
Pengajaran Kedua; usahawan yang berjaya tidak mudah putus asa. Kejayaan hanya dapat dicapai melalui beberapa siri kegagalan. Disney pernah gagal dan jatuh bankrap tetapi beliau terus mencuba dengan idea – idea kartun yang baru sehingga berjaya.
Pengajaran Ketiga, usahawan perlu ada kemahiran tersendiri. Melukis kartun adalah satu kemahiran yang tidak ada pada ramai orang. Sesetengah usahawan mungkin mahir dalam membuat pasu, buat kek, menjahit, menenun songket, membuat barang tembaga, membina bangunan, dan sebagainya. Tetapi kemungkinan untuk berjaya adalah lebih besar sekiranya kita ada kemahiran dalam bidang yang belum diterokai oleh orang lain.

























good info.
sedikit tambahan, hanya mereka yg cekal dan tabah juga akan berjaya kelak.