Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Setelah saya dah nak sembuh… kini komputer saya pulak demam dan terkpaksa dihantar ke kedai komputer untuk dibaiki. Oh! Tak boleh nak buat kerja lagi… banyak file-file saya dalam komputer tersebut. Baiklah sekarang menulis menggunakan laptop yang baru dibeli menggunakan duit affiliate oh! Laptop jenis HP Compaq ini sangat berkualiti saya rasa. Sangat pelik kan usahawan Internet baru ada laptop hehe… jangan pelik kerana prinsip saya… selagi tak memerlukanya jangan beli!
Erm… Pemasaran maklumat merupakan salah satu industri yang sedang hebat berkembang pada era globalisasi ini. Ia akan terus berkembang pesat kerana semakin ramai yang menyedari nilai maklumat. Lebih baik lagi, mereka sanggup membayar anda wang yang banyak untuk mendapatkan sesuatu maklumat.
Sebenarnya pemasaran maklumat ini telah lama menjadi bidang yang besar di dunia luar. Bill Gates, orang terkaya di dunia adalah dalam bidang menjual maklumat. Dia tidak mendapat wang daripadi komuditi, hartanah atau barangan pengeluaran tetapi melalui penjualan satu perisian yang dikenali sebagai windows.
Beliau memiliki lebih daripada $50 billion dan menjadikanya antara orang yang terkaya dunia. Terdapat ramai lagi yang berjaya dalam bidang maklumat ni… seperti penulis, pakar motivasi, mereka yang melibatkan diri dalam pengucapan awam dan kolej adalah semuanya melakukan perniagaan menjual maklumat.
Mungkin anda akan bertanya “Ehem Labanon… Bila nak kahwin? Eh silap… maklumat cam ner yang anda maksudkan?”
Sebenarnya untuk berjaya dalam bidang ini anda perlulah memasarkan satu maklumat yang mempunyai nilai yang sangat tinggi kepada orang ramai. Ia semestinya khusus dan bukanya anda menyentuhnya secara umum. Tidak dinafikan bahawa maklumat umum juga berguna namun ia tidak bernilai tinggi. Sebaliknya, maklumat yang khusus selalunya mempunyai nilai yang seperti emas! (saya tercari-cari maklumat malam pertama oh!
)
Sekiranya anda mengatakan bahawa untuk menjadi kaya di Internet anda perlu menjual ebook merupakan satu maklumat umum. Ia bukanlah satu yang memerlukan perahan otak kerana semua orang termasuk anak jiran kepada sepupu mak cik belakang rumah saya yang berusia 4 tahun pun mengetahuinya! Tiada siapa yang akan membayar anda wang yang banyak untuk mendengar anda memberitahu mereka perkara yang sedemikian. Tetapi, jika anda boleh menunjukkan cara, satu kaedah yang terjamin, tentang bagaimana ingin menghasilkan ebook yang booom! meletup dan cara memasarkanya, ini adalah maklumat khusus.
Jika anda semua tahu bagaimana untuk mendapat RM1000 sehari melalui penjualan ebook maka saya percaya ramai orang yang sanggup membayar anda wang yang banyak untuk mengetahui maklumat khusus tersebut. Jika anda seorang pekerja tetapi pada masa yang sama berniaga, sudah tentu ramai yang ingin mengetahui bagaimana cara anda menguruskan perniagaan sehingga pada masa yang sama masih sempat untuk bekerja dengan majikan.
Terdapat banyak cara untuk anda memasarkan maklumat. Selain daripada mengajurkan seminar dan bersyarah anda juga boleh memasarkanya dengan buku, ebook, audio rakaman, vcd dan banyak lagi. Sebaik penghasilanya selesai maka sudah tentu anda perlu menumpukan kepada bahagian pemasaran. Ingat pemasaran adalah kerja yang paling penting!
Dah habis dah! Cuma saya akan melancarkan “Pakej Rahsia 10k” kelak yang akan menerangkan secara khusus bagaimana untuk menghasilkan ebook, mencari idea, memasarkanya dan formula rahsia untuk menjadi 5 angka sebulan oh! Siapa berminat? hehe..
Sekian.
p/s: Sekarang banyak video porno… adakah ini juga pemasaran maklumat melalui produk digital? Err…

























terima kasih kepada bro Labenon.tidak ku tahu sebenarnya bisnes didalam dunia internet ini..baru nak jinak.harap dapat tunjuk ajar
Hehe no prob… harap Majalah IM terus membantu anda..
… dah beli laptop hp ke.. adoi terlepas satu customer
Lorh… jual laptop ker? Dapat harga terus dari kilang ker? hehe Zhafran pun nak satu tuh huhu
boleh nanti mintak Zhafran emailkan saya contact number senang skit nak deal

Labanon bila nak kuar minum.. byk projek nak discuss ni
Zhafran dah PM bro rasanya… hehe bro dok kat ner yer tu?
saya ada kat kota bharu jom arr kalau free kuar minum2 kat hayaki
>p/s: Sekarang banyak video porno… adakah ini juga pemasaran maklumat melalui produk digital? Err…
LOL.. yup.. but.. certainly as a muslim.. we CANT do that.
Yup.. betul tu… kepada penggiat adsense.. walaupun anda teruja nk buat duit melalui Internet… jangan sesekali buat blog porno
hoho…bahaya tu. Komputer pun demam. Rasa2nya demo kena virus brontox la Labanon. Tu yg berjangkit kat komputer tu.
Nanti nak buat ebook panduan malam pertama…demo tentu berminat…hehe
Mungkinkah kita boleh contohi bagaimana pemasaran maklumat dilakukan oleh produk2 video porno ???????
Oh, katakan TIDAK UNTUK PORNO. Ambo toksey benda-benda lagu tuh.
Haha.. kawe pun sero keno virus brontox jugok nih haha..
Hoh! Demo nk wak ebook tu.. demo ado pengalaman doh ko bos?
Ambo pun toksey bendo2 gitu! hehe
Labanon memang banyak akal! Post yang sentiasa saya baca habis adalah dari Labanon! Jarang saya baca habis kalau bc post2 dalam blog lain…tak sempat! Huhuhu…
Wah.. tq… satu penghormatan daripada seorang guru
Insyallah.. saya akan terus menghasilkan post-post yang berkualiti huhu..
Betul tu pemasaran maklumat kini penting.. Kadang2 maklumat yang tak berguna pun mampu dijual malahan jadi kaya… COntoh ?? JK Rowling… jual cerita fantasi pasal Harry Porter sekali jadi wanita terkaya di Britain.. Gile kan… Walaupun maklumat tu tak boleh nak diaplikasikan di alam nyata,,..
p/s : - Kalau nak tau porno adalah antara market terbesar kat internet.. tapi jauhkanlah … tak berkat duit ko tu nanti….
a’a… laku giler buku harry poter tuh…
p/s: Oh yer ker porno market terbesar?
Yosh!! e-book baru? Menarik tu! Bila nak kuar? PAsti meletup cam produk2 yg sebelum ni jgk. Tak sabar nak dapatkan e-book terbaru nie. huhu…
Hehe thanks
Haha. Idea itu lebih mahal. Tapi orang tak sedar aje..
saya berminat..leh bg free tak