Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Wah busy…busy…busy hoho itulah saya Labanon hadapinya sekarang. Hehe busy dengan study + projek hehe.(Projek tu projek laa tapi mana hasilnya Labanon?) hehe projek saya membuahkan hasilnya bertahun-tahun akan datang. Jadi saya nak cakap pasal e-biz hari ini.
Segala-galanya boleh dijual di internet tidak kiralah sama ada produk yang ingin dijual mempunyai nilai atau tidak. Pasaran di internet amat luas tanpa mengira sempadan geografi dan beroperasi selama 24 jam sehari. Inilah dunia e-biz dimana transaksi jual beli yang berlaku kini bernilai berbilion dollar tanpa perlu si pembeli atau si penjual berjumpa atau mengenali antara satu sama lain.
Adakah anda berminat untuk lebih mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelbagai peluang yang ada untuk berniaga di internet?
Pernahkah anda berniaga atau menjual sesuatu sebelum ini? Sekiranya pernah, tahniah! Laluan untuk anda menjalankan e-biz akan menjadi lebih mudah. Anda mungkin sudah memahami cara untuk mengenalpasti sasaran pasaran, mencari produk, strategi pemasaran dan sebagainya. Sekiranya belum, jangan risau. Anda masih boleh memahirkan diri di dalam menjalankan e-biz sehingga berjaya.
Menariknya, anda yang baru setahun jagung ini pun masih boleh menjana pendapatan melebihi mereka yang telah lama berkecimpung di dalam e-biz. Buktinya? Banyak syarikat korporat terkemuka dengan nilai pelaburan jutaan dollar gagal bertahan sewaktu krisis dot com burst pada tahun 1999. Sehingga kini pun, hampir 90% peniaga e-biz masih gagal memperolehi keuntungan yang diinginkan. Jelasnya, strategi perniagaan off-biz dan e-biz mempunyai banyak perbezaan yang nyata.
- Rujukan: Ebook TuahEmas
p/s: Nak ebook easyaffiliate masih boleh beli ![]()

























Wah hebat labanon siap buat kajian lagi bravo…
ah, akhirnya sempat jugak aku jenguk blog ko ni, sori la bz sgt…bereh ore kelate, ko muda2 dah buat duit, kalau teruskan mmg boleh berjaya, bertambah lg jutawan kelantan..
Thanx bro Maizul
Haha nyolo doh mdpai… sek2 kelate.. insyallah
ah.. nak mengamuk kat sini
takleh daftar kat forum jomberniaga ler.. dia cakap pasal confirmation code.. tak plak aku nampak ada confirmation code… adeh…
owhh terima kasih
tak perasan laa pulak ader error -_-” ok2 dalam proses baik pulih