Assalamualaikum kepada semua,
Pernakah anda bertemu atau membuat proses jual beli dengan peniaga yang biadap?
Saya pernah mengalaminya ketika saya membeli sebungkus milo ais di sebuah kedai di Kelantan :D. Saya membeli sebungkus milo ais dan menghulurkan wang RM50 maklumlah baru lepas raya hehe tetapi di dalam keseronokkan beraya saya ditengking kerana menghulurkan wang yang besar. Isk..Isk saya faham yang dia tak ada wang kecil untuk memberi baki kepada saya tetapi tidak bolehkah bernada lembut sedikit. Dengan perlakuanya yang sebegitu dia telah kehilangan pelanggan seumur hidup
dan telah kehilangan lebih kurang RM345.60 setahun jika saya membeli milo ais setiap hari di kedainya.

Mungkin ada sesiapa yang menyebelahi peniaga yang biadap itu dan bertanya soalan kenapa perlu berlembut dengan pelanggan?
Secara psikologinya pelanggan sememangnya mahukan layanan dan perkhidmatan yang terbaik. Terbaik disini merangkumi cepat,cekap serta cermat. Peniaga tidak boleh mengeluh dan merintih di hadapan pelanggan apatah lagi menunjukkan emosi negatif seperti marah,bosan,meluat dan sebagainya. Jangan sesekali anda menengking mereka kerana meraka bayar bukan bagi mendapat kata-kata yang tidak enak didengar. “Pelanggan adalah Raja” kerana merekalah pelaris dan pemaju perniagaan kita dan menentukan maju mundurnya perniagaan kita.
P/S:Layanlah pelanggan anda ibarat melayan seorang raja kerana pelangganlah yang mengayakan dan seterusnya menjadikan kita sebagai usahawan yang berjaya :D. Apasalahnya memberi layanan yang baik kepada orang yang mengayakan kita selagi ia tidak salah disisi agama. ![]()

























layanlah pelanggan dengan sebaiknya walaupun tak suka.. tapi buat-buatlah suka…
Satu tips lagi, tidak semestinya kita menurut segala perintah mereka, cuma layanlah dengan baik. itu saja. kalau tolak pun tolaklah dengan cara terhormat. jangan mengguris hati mereka.
tak patut betul peniaga tu…. kalau macam tu tak lama la kedai tu
Benar….kami sebagai peniaga seringkali mengalami perkara2 macam ni…Alhamdulillah, kami tak pernah marah
Malah kami berusaha cari duit kecik dulu sebelum start niaga…kalau dah takde sangat kami beri hutang dulu dan bayar lain kali (semua tak pernah lari hutang, Alhamdulillah :-)) Pendek kata, BETUL, PELANGGAN ADALAH RAJA 
Layanan yg bagus semestinya akan mendapat keyakinan daripada para pembeli..
Huhuhuhu… rasanya ‘customers is always right’
Orang yang tak kenal pon kita kena berbudi bahasa.. Inikan pulak pelanggan..
Ya.. ya betul tu…
Budi bahasa budaya kita. Budi bahasa sinonim dengan orang Melayu. Buktinya ada lagu VE “adab Melayu berbudi bahasa”. Kenapa kita tak mempraktikan nilai budi bahasa?
Tengok juga Raja macam mana pelanggan tu…
Kadang2 pelanggan yang me’raja’ berlebih2an kita kene ajar juga.. Cuma perlu lebih berhikmah.. Tepung jgn berserak, rambut jgn putus…
Satu yang saya perhatikan mentaliti peniaga melayu sekiranya dibandingkan dengan peniaga cina. Apabila pelanggan bagi wang besar, alasan yang diberikan adalah tak cukup wang kecik, sebab baru nak berniaga. Apasalahnya spare syiling wang kecik ketika permulaan nak berniaga, susah sangat ke..saya selalu terkena dengan peniaga seperti ini. Bukankah tanggungjawab seorang peniaga memberikan service yang terbaik kepada pelanggan.
woo.. Jangan tengking-tengking pelanggan wo.. diorang lah yang bawa duit masuk kocek kita. Sebelum buka kedai setiap hari peniaga MESTI.. diulang MESTI sediakan wang kecil.. istilahnya dipanggil Float Money.
Saya yang biasa menjaja tepi jalan pun setiap kali berniaga sediakan float seringgit-seringgit campur duit syiling sebanyak RM50.
Kalau customer hulur jugak duit besar, cakaplah begini contohnya. “Maaf kak. Duit kecik saya dah habis. Akak ada duit kecik?”
atau.. “Maaf kak, saya tak cukup duit kecik. Akak boleh tukar dulu duit ni kat kedai lain?”
hohoho…garaang ye. bekeng ore klate kato.
saya tak pernah kena pulak camtu. maybe sebab saya nampak cam nak telan orang kot.
ucapkan ’selamat tinggal romeo’ kepada peniaga tersebut
kalau dia suruh bayar lain kali pun tak de masalah, mulut kena manis walaupun hati panas. itu yang perlu diamalkan oleh peniaga.
kedai mana tu kat kelate ? bengon sunggohs penego itu, bikin malu kompeni jah…
[...] Sebagai peniaga kita perlu sedar yang kita perlu ada nilai kemanusian, elemen kebajikkan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Peniaga bukanlah raja kepada masyarakat a.k.a pelanggan. Peniaga ialah hamba yang berkhidmat kepada masyarakat. [...]