Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jika Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad, Poor Dad sangat suka bermain monopoli manakala Zhafran suka mainkan perempuan maka saya pula lebih suka bermain Game Monopoly Tycoon. Ia adalah permainan yang sangat hebat kerana mengajar anda tentang keadaan dunia sebenar dan ya bagaimana ingin menjadi kaya.
Saya mula bermain game ini ketika darjah 5 dan ketika itu saya masih bermain di Cyber Cafe. Menghabiskan masa berjam-jam untuk bermain game ini namun kini saya bersyukur kerana saya memilih untuk bermain game yang betul
Game ini adalah mengenai pelaburan hartanah. Idea permainan itu adalah untuk mengumpulkan seberapa banyak perempuan hartanah yang boleh menjadikan lawan anda muflis. Pemain terakhir yang masih kekal adalah pemenangnya.

Apa yang menjadikan game ini hebat adalah kerana ia membayangkan anda kehidupan yang sebenar. Sangat cool! Bagi membolehkan anda membeli hartanah yang bernilai, anda pelu merancang penggunaan wang terlebih dahulu. Terdapat beberapa tanah yang tinggi harganya, jadi anda perlu bijak untuk memilikinya. Dalam game ini anda boleh membina beratus-ratus jenis kedai di antaranya ialah kedai roti, kedai surat khabar, restoran,kandang babi, pasar, kedai aiskrim dan sebagainya.
Sungguh seronok! Anda dapat melihat ramai awek orang yang akan masuk dan membeli dalam kedai anda. Namun, untuk mendapat pelanggan yang ramai anda perlulah memilih lokasi yang betul-betul starategik. Memang perlu penuh stratergi untuk bermain game ini kerana selepas 12 malam anda akan dikenakan cukai dan semakin banyak kedai yang anda bina maka semakin banyak cukai yang dikenakan. So, anda perlu pastikan kedai anda perlulah kurang persaingan dengan musuh-musuh anda.
Saya ingat lagi ketika saya cuba menggunakan strategy bodoh dalam melawan musuh saya.(psst lawan komputer jer ni…) Apabila komputer bukak restoran saya cuba buka restoran yang lagi cantik disebelahnya, apabila komputer bukak kedai baju saya cuba bukak kedai baju yang lebih eksklusif ala-ala butik ditepinya dan seterusnya.(dok tunggu komputer kahwin… ingat nak kahwin jugak ho ho ho!) Konon-kononnya nak tengok persaingan sihat la he he he! Last-last saya yang muflis sebab saya sentiasa buat kedai cantik-cantik tetapi harga produk yang saya tawarkan adalah mahal. So, saya belajar sesuatu dalam game ini iaitu konsep “perang harga”. Wah masa darjah 5 dah tahu nak kahwin apply bagaimana nak “perang harga”.

Paling best saya buka kedai aiskrim dekat sekolah… fuuuhhh! Ramai yang datang beli aiskrim lepas waktu sekolah walaupun saya letak harga yang mahal. He he he budak-budak sekolah ni memang mudah ditipu ho ho ho! Memang best! Dengan kata lain, ia adalah seperti dalam kehidupan seharian. Apabila anda bermain game ini dan jika anda bijak dalam menguruskan kewangan maka anda akan berada disatu tahap dimana anda sudah “bebas” kewangan.
Tidak perlu lagi risau kepada cukai dan income anda akan sentiasa masyyuuk tanpa bergantung kepada gaji harian lagi. Dapatkah anda bayangkan ini dalam kehidupan seharian? Alangkah bahagianya hidup dalam dunia perkahwinan apabila anda sudah capai pada tahap itu. Game ini membuatkan saya begitu berminat dengan dunia perniagaan hehe dan seolah-olah mengasah skill keusahawanan dalam diri saya.
Kepada pembaca blog ini yang sudah berumah tangga(oh jelousnya!), sila beli dan installah game ini dalam PC agar anak anda dapat bermain game ini. Insyallah anak anda akan menjurus kepada perniagaan kelak. Lagi best kalau dapat main secara online… teringin nak lawan semua pembaca blog ini agar anda semua tahu apakah itu erti “muflis” ho ho ho!
p/s: Tengok screen shot banyak kat sini
pp/s: Game main kahwin-kahwin takde ker? ho ho ho!

























Dah lama x datang sini.. Tgk2, Si Labanon still menggatal lagi nak kahwin.. Hahaha.. Kahwin jer lah.. Lps study nanti sambung kahwin lagi.. Hahaha
hehe sajer jer main-main ngan keyword hohoho
ooo…. game monopoly ni mengingatkan aku tentang game jutaria & saidina yg aku suka main time kecik2 dulu.
Tp bagus jugak game ni sbb boleh mengasah skill kita dalam bidang hartanah & keusahawanan. Jgn ingat game membuang masa, untuk budak2 je. Tengok dulu faedahnya. Macam game SimCity yang amat sesuai utk kontraktor dan perancang bandar.
yup.. sokong tuw
game ni kadang-kadang ada baiknya jugak hehe
Jom lawan aku…ngeh3..
hahaha….sedap gak game nie…baru pakat ngan gkin download tadi…sedap main
hahahaha
erm..dely, resize gambor tue…
p.s: game kawin-kawin, main game sim city.. :))
Wow….hebatnya. Dua2 pun hebat. Game ni memang hebat & nampak best je. Labanon pun hebat gak. Masa darjah 5 pun dah tahu nak kahwin…opss..nak perang harga… hehe
Macam mana ye nak dedahkan budak2 skrg dgn game2 macam ni. Amat kurang yg main, tak macam Labanon dulu2…hehe
Sapa2 berani, cuba cabar Donald Trump main game ni….
Jom main…..jom jadi tycoon, kita semua pakat2 kalahkan Labanon….
Donuld Trump pun belum tentu reti main game ni ho ho ho!
mana ada masa nak main. Satu jam bagi donald, berape ribu daa..
yeah… adly, game ni sy dh ’settle’ kan sem lepas =) memang best lah. mksd best bagi sy game ni sbb dpt beri info. memang logik… serious best… hehehe…
Owh.. Monopoly Tycoon.. Ingatkan tadi game poligami..
Hahaha Fai komen ini membuatku gelak tak tertara
hehehe…dulu2 main jutaria..tak kaya pun skang nie..
wah cam best game nih. Saya sebelum ni main sim city ngan championship manager jer. Itupun tak menang2. Nanti nak download arr game ni. Sure best. Thanks labanon utk info game ni. Rasanya dah nampak dah ape erti muflis tu. Hehe
game yg sgt disyorkan selepas cashflow 101 & 202 dr robert t.kiyosaki.
“BTL2 KAW!”