Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Levi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya sedang sibuk dengan projek terbaru bersama partner saya hehe secret dulu buat masa ini. Saya sedang dalam proses menyiapakan satu ebook ini. Hehe ebook ini wajib di miliki oleh semua orang yang menginginkan kejayaan dalam melariskan jualan. Saya dan partner saya bertungkus-lumus dalam menyiapkan ebook ini. Ebook ini saya akan jadikan ebook paling lengkap hehe. Ebook ini di rahsiakan dahulu identitinya kerana baru siap 70% dan ebook ini adalah ebook berbayar :D. Saya akan pastikan yang saya akan buat satu kejutan dengan ebook ini. Hehe jadi bagi peminat saya ( cewah) simpanlah duit dengan segera kerana anda pasti tertarik hendak membeli ebook ini.

Baiklah saya tidak sempat untuk mengupdate blog saya sendiri kerana tumpuan saya kepada ebook tersebut. Saya cuba sedaya upaya membuatnya supaya pembeli puas hati :D. Saya ingin kongsikan satu cerita tentang Levi.

Idea: Kenal Pasti Permintaan Yang Belum Dipenuhi

Nama ‘Levi’ adalah antara jenama yang paling terkenal di kalangan remaja seluruh dunia. Levi berjaya kerana beliau bijak mengenal pasti peluang perniagaan yang baik. Oleh itu, sebagai seorang usahawan, saudara perlu berfikiran terbuka dan sentiasa menilai peluang-peluang perniagaan secara saksama. Gunakan pertimbangan saudara sendiri. Belum cuba, belum tahu.

Segalanya bermula daripada permintaan para pelombong emas di Sacramento. Seandainya Levi tidak mempedulikan permintaan pelombong-pelombong itu, sudah pasti beliau hanya kekal sebagai seorang peruncit kecil-kecilan.

Emas… besi kuning itu kini menjadi idaman setiap insan. Begitu juga pada kurun ke-19. Pada bulan Januari 1848, ketulan emas dijumpai di Sacramento, California. Menjelang bulan September, akhbar-akhbar melaporkan tentang ketulan emas yang banyak terdapat di kawasan itu. Apabila Presiden Polk (Presiden Amerika Syarikat pada masa itu) mengesahkan berita itu, ramai pemuda meninggalkan kampung halaman masing-masing dan mula menuju ke Sacramento.

“Kami akan pulang dengan kekayaan.” Itulah janji setiap pemuda kepada keluarga masing-masing. Malangnya, ia tidak semudah yang disangka. Mereka terpaksa bekerja keras bagi mendapatkan ketulan emas itu. Pelbagai alat bantuan di-gunakan bagi melombong termasuklah letupan! Walau bagaimanapun, mereka tidak mempunyai seluar yang sesuai bagi melakukan kerja-kerja melombong. Beberapa pelombong merayu kepada Levi Strauss supaya menghasilkan seluar yang sesuai.

Pada masa itu, Levi Strauss adalah pengedar barang-barang keperluan harian di San Francisco. Pada mulanya, Levi cuba menghasilkan seluar dengan menggunakan khemah kanvas. Namun, hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Selepas itu, beliau mencuba pula dengan menggunakan kain kapas ‘berat’ daripada Perancis, iaitu denim. Beliau berjaya!

Levi juga memperkenalkan satu lagi inovasi apabila beliau menggunakan kepingan besi bagi memperkuatkan bahagian tertentu pada seluar ciptaannya. Levi dan seorang tukang jahit, Jacob Davis memfailkan paten untuk idea itu dan semenjak itu, seluar jeans menjadi semakin popular.

Jika Levi boleh berjaya dengan memenuhi permintaan yang belum dipenuhi, saudara juga mampu.

sekian.

p/s: Jangan lupa simpan duit tu ;)

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

1 Comment »

Comment by Saiful
2006-12-16 07:21:43

Hehe projek baru pulak si Labanon ni… kene simpan duit lagi ni :D

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.