Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Lakukan Apa Yang Anda Suka :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apakah perkara yang anda suka? ” Saya suka aiskrim ” jawab bro mael. Wah bagus tu bro mael. Jadi buatlah perkara yang anda suka. Kerana jika buat perkara yang anda suka hidup anda tidak akan stress, selalu ceria dan akan tersenyum selepas menyiapkan sesuatu kerja.

Kerja anda akan bertambah dari segi kualitinya, tempoh untuk siap juga cepat, kerja tidak bertangguh lagi dan banyak lagi kebaikkanya. Jika bro mael suka aiskrim mengapa tidak jual saja aiskrim.. belajarlah buat aiskrim bro dan jualnya!

Hehe banyak dah kisah orang berjaya kerana buat perkara yang mereka suka.

Bila anda memikirkan tentang wang, anda tidak dapat melakukan perkara yang betul. Tetapi wang akan sentiasa datang sebaik saja anda melakukan perkara yang betul, jadi usaha sepatutnya melakukan ke arah perkara yang betul.” Petikan kata-kata mendiang Mohan Singh Oberoi, pengasas hotel-hotel mewah Oberoi.

Kisahnya bermula menjadi kerani di Hotel Cecil di Simla, India. Hasil usahanya telah menyebabkan ia memiliki empayar hotel dan lain-lain industri di pelosok dunia. Sebelum mati pada usia 104 tahun beliau mempunyai 32 buah hotel diseluruh dunia.

Ketika ditanya mengenai apakah yang mendorong beliau menjadi pengusaha hotel paling ekslusif dan salah satu yang terbesar di dunia, Oberoi menyatakan telah menyatakan “Tujuan utama saya bukanlah untuk membuat duit. Tarikannya adalah untuk berfikir besar, sentiasa menawarkan yang terbaik dan biar ianya berlaku. Nama, kemasyhuran dan keuntungan akan datang dengan sendiri.

Kesimpulannya lakukan benda yang anda suka.Duit akan mengikut jejak anda.

p/s: Saya dalam proses menyiapkan sebuah ebook simple tapi membunuh! Kira “wajib beli” la :D

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

5 Comments »

Comment by Roshatika
2007-04-16 06:35:57

Duit, kalau kita kejar ia akan lari. TAPI kalau kita tak kejar ianya akan datang sendiri. Betul tak?

 
Comment by Syaf The Geek
2007-04-16 12:15:56

Betul tu, kalau kita buat benda yg kita suka, macam2 idea akan dtg. Contoh nyer kita buat blog pasal benda yg kita suka. Kalau kita buat benda yg kita tak suka sudah tentu tak seronok dan buat macam benda terpaksa hehe.

 
Comment by aad_lfcfn
2007-04-16 20:57:36

ya. untuk jangka masa yang panjang, buatlah yang anda minat agar tk berhenti di tengah jalan.

 
Comment by mohdismail
2007-04-16 21:48:26

eh..nama aku ye tu?

:)

kalau aiskrim boleh di’jual online, lama sudah saya buat aiskrim .. berkongsi minat & rasa dengan orang lain .. :)

yep.. buat apa yang kita suka, kita akan buat dengan hati.. dengan hati…

 
Comment by abdfatah
2007-04-17 09:35:15

buat yang hang suka dan buat yang minat memang bagus, kena ada komitmen, ada keghairahan ( ayat shuth ), dan juga minat.

dan lain2 komponen dan asam garam yang perlu ditambah supaya menjadi roti canai yang enak… adesh roti canai pulak…

kalu ikutkan hati memang nak kejar duit berlambak-lambak, makin dikejar makin tak nampak… sekejap ada sekejap takder, ada berlambak-lambak pun cepat habis daaaaa…

oleh itu… carilah duit dengan gaya yang penuh minat dan penuhkan poket dengan roti canai yang berganda.

ewah…! roti canai senario daaaaaa…

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.