Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua? Saya harap anda berada dalam keadaan yang sihat dan bersemangat seperti kontinjen negara yang sedang berjuang di Olimpik. Mereka beruntung kerana dapat jer pingat emas boleh jadi jutawan
. Baiklah, saya tidak mahu mengulas tentang sukan Olimpik tetapi saya akan mengupas sikap segelintir masyarakat kita. Tajuk pada hari ini merupakan salah satu tajuk yang sangat menarik untuk dikupas.

“Labanon, ada jaminan tak kalau saya beli ebook ini?”, “Labanon, ada jaminan boleh jadi kaya ker kalau saya beli ebook anda?”, “Labanon, boleh ker saya berjaya jika saya menghadiri seminar tu?” dan pelbagai lagi emel dan panggilan telefon yang saya perolehi. Saya hanya mampu tersenyum sendiri. Saya mahu memberi jawapan yang menyenangkan hatinya, tetapi saya tidak berupaya. Bukan kerana ebook atau seminar tersebut tidak bagus, tetapi kerana dirinya sendiri.
Realitinya ialah hanya ada seorang yang dapat menjadikan dia kaya dan berjaya. Orang itu pastinya bukan Labanon atau Zhafran. Ia juga bukanlah pengurusnya, bukan pengurus besar syarikat majikannya, bukan Menteri Kewangan dan tentunya bukan Perdana Menteri. Orangnya ialah dirinya sendiri.
Abang-abang dan kakak-kakak sekalian, satu-satunya orang di dalam dunia ini yang dapat menjadikan anda kaya ialah diri anda sendiri. Satu-satunya orang di dalam dunia ini yang dapat menjadikan anda bijak, cemerlang dan berjaya ialah diri anda sendiri. Satu-satunya yang dapat membuatkan anda mencapai matlamat dan impian anda ialah diri anda sendiri. Orang tua, ibu bapa, guru, pendidik dan pemimpin hanya boleh berkongsi pengetahuan, buah fikiran dan kebijaksanaan. Tetapi, sekiranya anda tidak melakukan apa-apa dengan pengetahuan tersebut, anda akan kekal di mana anda berada, menghadapi masalah yang sama setiap hari sehinggalah Pencipta memanggil anda pulang. (Kawan-kawan anda jugalah yang beruntung kerana dapat makan pecuma selama 40 hari
)
Realitinya begini, tiada jaminan di dalam kehidupan kita.
Apabila kita dilahirkan, tiada jaminan bahawa usia kita akan panjang sehingga berusia 120 tahun seterusnya mencatatkan Malaysian Book Of Records sebagai orang yang tertua di Malaysia. Apabila kita pergi ke sekolah, tiada jaminan kita akan mencapai kejayaan cemerlang seterusnya terpampang di dada akhbar dengan tajuknya “Pelajar Cemerlang Mendapat 20 A1 Tetapi Tidak Mahu ke Universiti“. Apabila kita mendapat pekerjaan, tiada jaminan kita bekerja di tempat tersebut buat selama-lamanya dan seterusnya dapat mengahwini anak majikan anda oh! Oh ya, hatta bila anda berkahwin, tiada jaminan perkahwinan itu akan berkekalan sepanjang hayat dan dianugerahkan Ilahi anak yang ramai.
Tiada jaminan dalam hidup ini. Lebih cepat anda menerima kenyataan ini, lebih bagus. Ini kerana mereka yang sampai di puncak tertinggi ialah orang yang sanggup mendaki, walaupun sebenarnya mereka takut kepada ketinggian. Mereka yang mahukan cara selamat atau jaminan akan berakhir dengan bekerja dengan orang ang sanggup meredah kehidupan bergelora.
Konklusinya, saya tidak dapat menjamin bahawa anda akan mendapat RM10 ribu sebulan walaupun anda membaca ebook Rahsia 10k oleh saya. Thomas J Stanley, Azizi Ali Robert G, Allen. Irfan Khairi dan Robert T.Kiyosaki juga tidak dapat menjamin anda. Apa yang dapat saya dan mereka lakukan ialah meningkatkan peluang anda untuk mencapai matlamat anda. Sekali ilmu pengetahuan telah berada di dalam genggaman anda, anda tidak perlukan sebarang jaminan lagi.

























Amat-amat bersetuju. Ramai sangat orang ingat yang mereka boleh berjaya masa beli produk sedangkan tidak.
Huh.
Yup.. hehe itu yang susah sikit kita nk bagi penjelasan…
Berjaya ke tak bergantung pada kehendak dan usaha yang empunya badan…..ARB Dagang
Yup.. itulah yang paling penting!
saya juga bersetuju dengan saudara…
kehendak menggambarkan sememangnya kita ingin melakukan sesuatu…
usaha pula menggambarkan tindakan kita kepada kehendak kita itu…
saling berkaitan dan saling berkepentingan…!
Bila ada perasaan negatif macam tu le kita susah nak berjaya.Belum cuba belum tau, cub, try test dulu.Belum beli ebook dah nak jaminan,walaupun ada ebook rahsia 100K(sapa lak pas ni nak buat ebook ni)tapi takde sape dapat menjamin pembelinya akan mendapat 100k tanpa usaha,cuma jalan dan panduan telah ditunjukkan dan ianya tak mustahil
Haha.. nanti saya nk buat Rahsia 100k
Siapa mau beli?
saya!
ilmu apa sahaja harus dipelajari… seterusnya… terserah kepada empunya badan samada untuk melaksana ataupun tidak…
kalau betul jadi rm100k! hah! siapa yang boleh duga kan!
em..anda bagi aje kucing dlm gambar tu kalo org yg beli ebook anda tak berjaya
maybe kucing tu leh membantu org-org seperti ini..
Haha… mau stress diorang tengok gambar kucing jerk
Nak jaminan? Boleh je.
Jaminan 30 hari wang anda dikembalikan. Nak jaminan kejayaan? Eh, kan Labanon dah kata.
“Hidup ini tiada jaminan.”
Hahaha.. tu pun belum tentu.. kot2 si penjual ebook tu menipu
Takdelaa jaminan hehe
Orang camtuh sebenarnya dah gagal sebelum dia bertanya lagi.
sebab dia tak pernah percaya diri dia sendiri.
dalam erti kata lain… dia bangang sebenarnya. Hahahaha
Apa pun kita buat, diri sendiri jadi penentu!!! Baik dan buruk kita yang tentukan
betol tu labanon. saya sangat bersetuju.
tambah2 lagi kebanyakan orang hanya banyak bertanya, tp bile dah tahu, nk buat malas. mmg awal2 ni ssh. tp, biler lama2 kita nampak jalannye.hehe..
Kalau ada wang.. boleh kasi jamin itu orang..
Adly, suruh je dorang tu baca buku Dare to Fail atau Berani Gagal.
emm… tak semestinya kita beli ebook, maka kita akan berjaya… kerana segalanya bermula dari sikap kita… beli ebook pun jika kita malas berusaha, tak deh guna juga…
Yap. Aku memang kaya. Kaya mengkritik..
straight to the point! well said Nizam!
sememangnya… kuasa sebenar kejayaan adalah menyorok di dalam diri kita. barang siapa yang dapat jumpainya… maka berjayalah dia…
oh ya… inginlah saya tegaskan di sini… ingat ya. adab mencari… pasti akan jumpa, insyaALLAH… nah! sekarang… yang hanya tinggal sahaja… carilah!
kita adalah kita yang tentukan…
jangan jamin diorang labanon!!
Time semangat hampir terbenam mesti laman nih yg aku carik..tahniah lebanon…a.k.a Budakgenius!
Erk.. hehe thanks kerana memilih laman blog ini
pergh bernas ko hebat ko harapan nusa bangsa agama Hidup Labanon