Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa komunikasi dalam perniagaan amatlah penting. Jadi kita sebagai seorang usahawan perlulah mengambil langkah bijak supaya cara komunikasi anda dengan pelanggan disenangi.
Kepentingan Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi juga tidak boleh dinafikan malah ada yang mengaggap perniagaan yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris adalah tidak profesional atau bersifat kekampungan. Owh.. sangat sedih jika perniagaan kita dilabelkan sebegini oleh pelanggan.
Jadi anda perlulah menguasai pelbagai bahasa supaya kita mudah untuk berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan tanpa menghadapi sebarang masalah. Tetang bahasa Inggeris biasanya orang luar tidak kisah sangat jika english kita broken kerana ini berdasarkan pengalaman saya. Orang putih tu siap puji bahasa saya.. katanya world class lagi walaupun saya menggunakan “you IS” haha.. sepatutnya “you are” tapi tak kisahlah kerana kualiti perkhidmatan tetap menjadi perkara utama.
Namun yang saya takut ialah komunikasi pun tak ok… kualiti perkhidmatan pun tak ok.. huhu sure anda akan dicaci oleh pelanggan
Jadi teknik komunikasi anda perlu belajar dengan orang-orang yang bijak dalam perniagaan. Biasanya apa yang saya perhati orang yang terlibat dengan perniagaan “MLM” cukup hebat teknik komunikasi.
Jika diorang tegur kita macam dah lama jer kenal. Hehe paling hebat cara dia nak mula “ayat” saya. “Wah adik lama tak jumpa… cam ner abang dah sihat?” hehe walaupun hakikat kami tidak mengenali. Hmm.. teknik yang bagus dan anda boleh pelajarinya.
Dalam perniagaan Internet juga anda tidak boleh pandang remeh perkara ini walaupun anda tidak face to face dengan pelanggan. Teknik anda membalas emel dan sebagainya perlu diambil berat. Cara penghuraian ayat juga penting supaya tidak menyinggung mana-mana perasaan pelanggan anda. Saya pernah tersinggung dengan balasan seorang otai gara-gara kerana saya tanya tentang satu produk namun dijawabnya dengan ayat yang menyakitkan hati. Ya saya sedar siapa saya jika hendak dibandingkan dengan anda namun saya tidak pernah simpan perkara ini dalam hati kerana ini juga satu pengalaman. Terima kasih.
Jika anda mengalami persaingan… anda tidak perlu kurangkan harga atau lebih femes dengan gelaran “perang harga” atau “war price”. Saya bagi cadangan… apa kata anda perhebatkan cara komunikasi anda dengan pelanggan
Saya yakin jika harga anda hanya mahal 50sen daripada pesaing anda tetapi cara komunikasi anda hebat…orang akan membeli produk anda! Itu jaminan saya. Eleh setakat murah 50sen tapi senyum pun tak pada pembeli buat apa!
Kesimpulanya belajarlah pelbagai bahasa kerana bahasa melambangkan profesionalisme perniagaan anda
Jangan lagi kita biarkan perniagaan kita dilabelkan sebagai perniagaan “kampung”. Jangan lagi kita hilang pelanggan kerana masalah komunikasi. Belajarlah cara berkomunikasi anda pasti berjaya dalam perniagaan!
Salam cemerlang jumpa lagi di lain post!
Sekian..
p/s: Satu lagi plss vote for my partner http://www.nextinternetmillionaire.com/show.php?id=1289
Satu2nya rakyat Malaysia yang submit video untuk next Internet Millionare!

























Betul tu.. komunikasi yang baik boleh menarik pelanggan sekaligus berminat untuk membeli produk yang ditawarkan…
Sebagai seorang usahawan internet, sudah penghantaran email di lihat sebagai komunikasi utama antara pelanggan. Maka, dari masa ke semasa sentiasalah memperbaiki cara penulisan email yang terbaik.
[...] di ekspo usahawan bumiputera, walaupun boleh dikatakan barang semuanya lain-lain, kalo ada yang sama dua tiga kedai jer, tapi mulut diorang terkunci, senyum pun tidak, jadi saya setakat lalu saja, dah tader yang rekomenkan saya apa-apa… [...]
Huhu..betul tu Labanon…komunikasi sesuatu yang amat penting…tidak kira bagaimana caranya…^_^
ps:review report..bila boleh buat?
hehe Relex tunggu launch