Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Kisah Seekor Kumbang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

UPDATE: Saya nak bagi hadiah lagi. Ya saya nak bagi hadiah lagi dan kali ini lebih hebat. Saya nak bagi hadiah hebat ini kepada 3 top Commentators :D bagi bulan Februari. Insyallah saya akan cuba cari pelbagai hadiah untuk bulan-bulan seterusnya kepada anda semua! Enjoy your reading!

Al-kisah pada aku darjah 2, kawan aku Alif datang ke rumahku pada petang yang damai. Di tambah pula dengan angin yang sepoi-spoi bahasa. Alif seperti biasa datang kerumahku untuk mengajak aku bermain a.k.a lakukan aktiviti petang untuk kesihatan badan. :D

” Petang ni nak buat ape Alif ? ” tanya ku dengan penuh harapan. ” Haa! Hari ni ada aktiviti best.. meh ikut aku”. Tanpa berfikir panjang aku terus mengikut Alif pergi ke suatu tempat. “Eh Alif… buat apa kat belakang rumah Pak Cik Hasan ni? ” aku bertanya. Rupa-rupanya Alif ingin mengajak aku untuk menangkap kumbang… wah bukan main seronok lagi saya masa tu :D.

Lebih kurang ni laa rupanya!

Kumbang ni bukan kumbang biasa… warna dia kemas-emasan sedikit. Alif telah bersedia terlebih dahulu dengan sudah membawa plastik untuk di tempatkan kumbang yang telah ditangkap. Setelah selesai aktiviti petang saya mengambil keputusan membawa kumbang ini balik.

Esok apa lagi bawak pergi sekolah la kumbang-kumbang ni :D Sesampai di sekolah ramai yang heran.. ” Eh.. ni kumbang jenis aper ni Dely?” tanya seorang kawanku. “NI kumbang spesis mamalia.. yang tak der di Malaysia” jawabku supaya mereka yang mendengar bertambah hairan :) . Kawanku seorang lagi berkata ” Bagi aku satu Dely.. nak satu jer”.

Secara sepontan otak bisnesku ini menghantarkan isyarat supaya jangan bagi free hehe. Hendak diringkaskan cerita sayapun menjual kumbang-kumbang emas itu takdi dengan harga 30sen seekor. Kesian pulak kumbang tu huhu. Wah banyak permintaan dan petang esok apa lagi terus saya pergi tangkap lagi kumbang tu.

Keesokan saya jual lagi dan seorang pelajar ni dier beli kumbang dengan saya.. tiba-tiba kumbang tu terbang ( Tu laa tak jaga dengan baik ;) ). Dia pun nangis dan mendapat perhatian cikgu kelas saya. Cikgu tu tanya dia ader masalah ker dan ohh tidakkk dia menceritakan tentang perniagaan kumbangku itu.

Saya terpaksa pulangkan balik duit dier 30sen (dah rugi ni) dan cikgu bagi warning jangan menjual lagi di sekolah ;) dan kumbang-kumbang yang belum sempat habis saya jualkan tu saya simpan dalam beg. Apabila pulang saya jual pulak kumbang-kumbang tu atas bas sekolah yang saya naiki. Hehe driver bas pun beli 2 ekor huhu berjaya jugak habiskan stok perniagaan kumbang pada hari itu.Selepas itu saya tekad tak nak berniaga kumbang lagi.

Habislah coretan diari seorang pelajar hari ini. Hehe banyak lagi kisah berniaga saya di sekolah. Tunggulah yer episode-episod akan datang. Mungkin kumbang juga boleh di jadikan niche baru dalam perniagaan internet ;) dan buat blog pasal kumbang-kumbang emas hehe secara tidak langsung menyahut seruan bro SmarZul supaya jangan buat lagi blog tentang IM.

Nampaknya perniagaan kumbang ini saya untung 100% tanpa mengeluarkan modal!

sekian..

p/s: Jangan lupa ya dapatkan PRODUK hebat saya nanti!!

p/ss: Kepada Alif kalau baca post ini sila hubungi saya ya! ( hilang contact setelah sekian lama)

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

19 Comments »

Comment by Fai FlareBiz
2007-02-23 08:00:01

“NI kumbang spesis mamalia.. yang tak der di Malaysia”

Mak datuk.. dasyat spesis kumbang ni.. hehe..

PS: Wah Theme lawa ni.. Good luck 4 ur exam..

 
Comment by matzis
2007-02-23 08:16:37

orang kata lady bird..hehehe..wah cantik theme..best! best!…agak2nya kumbang tu kalau jual kat eBay laku tak?…jangan marah yer gurau jer..

 
Comment by Saiful
2007-02-23 11:41:44

Memang otak business betul budak labanon ni. Apa2pun gud luck!!

 
Comment by Dzul
2007-02-23 13:27:52

hahaha… mmmg best la citer ko ni…
nati kalu ko mula balik perniagaan kumbang (lady bird) aku nak order dalam 2 3 ekor.. ekekeke..

anyway, mr lebanon ur are born to be bisnessman… ops!!!.. bisnessboy hehehe

 
Comment by Hakim
2007-02-23 13:50:20

Ni cerita benar ke cerita rekaan? Menarik jalan ceritanya dan geli perut aku bacanya hahaha

 
Comment by labanon
2007-02-23 15:50:50

bro fai: Hehe masa tu mamalia pun tak tahu kemendenya :P

matzis: try jual ler manerlah tau kot2 laku hehe.. tp ingat bubuh dalam plastik tu pastikan tebuk lubang di hujungya supaya oxygen dapat masuk(pesanan mak saya semasa nak bawak kumbang g sekolah) hehe

saiful: hehe ntah ler

dzul: hehe nak 2 ekor? time thn 1998 30sen sekor.. sekarang naik RM1 seekor :D

hakim: ni cerita benar la :D

 
Comment by Siti Zahrah
2007-02-24 03:57:25

Tak sangka ketika masih kecil pun dah pandai berniaga. Memang saya kagum dengan anda saudara lebanon. Di harap anda akan lebih berjaya kelak. Nak kumbang seekor hehe

 
Comment by aad_lfcfn
2007-02-24 07:28:07

hebat2..ni ada peluang cerah nk jadi jutawan..

 
Comment by labanon
2007-02-24 12:04:56

Siti Zahrah: hehe x der lah pandai cuma ideanya datang secara sepontan ;)

aad_lfcfn: hehe insyallah amin :P

 
Comment by AMBO
2007-02-24 16:05:42

labanon, lawa la header yg ko buat tu…meeemang menarik..

cite kumbang ko tu pon sngguh la lawak..ha..ha..haaaaaaaa..

nnti ko buat la cite haiwan lain pulak ye…

aku bookmark blog ko…mmg best !!!

(”,)

 
Comment by hasrul
2007-02-24 17:08:03

yang lawak tu… driver bas pun beli…. pakcik pakcik..

 
Comment by Siti Zahrah
2007-02-25 07:52:22

idea datang secara sepontan ke memang dah set dalam mind nak jual hehe

 
Comment by alongovtx
2007-02-25 09:03:03

Dasar Peniaga…!!!Kumbang pun boleh buat duit…kalo ada dinasor,dinasor pun kena jual.Hehehee…cayalah.

 
Comment by pak_aen
2007-02-25 10:31:28

Labanon kalau teruskan penjualan kumbang sampai sekarang nie, mesti jadi tokei kumbang..he333 :) tak pun jadi jutawan kumbang..he333 :).. mungkin jadi jutawan bidang lain kot… :) jangan jadi kumbangman, nanti kena makan dengan cicakman.. :)…ha3333

 
Comment by labanon
2007-02-25 10:48:06

AMBO: hehe tq ;) lawatlah selalu yerp

hasrul: tu la pasal :P

Siti Zahrah: eh.. betul perkara ini berlaku secara sepontan huhu..

alongovtx : mak aihh.. dinasor huhuhu.. boleh jugak try haha ‘try n error’ la katakan :D

pak_aen : huhu jutawan kumbang boleh tahan aper ;) selagi halal jadi jer jutawan aper2 pun huhuhu, aishh… cicakman makan kumbang ker? :p

 
2007-03-11 17:47:27

[...] Wah mungkinkah aku terpilih mungkin kerana kehebatan ku menjual kumbang ni .. adakah driver ini sedang mencungkil bakatku untuk berniaga?.. adakah aku akan menjadi kaya seterusnya memiliki marcerdes?… pelbagai soalan bermain di benak fikiran ku sepanjang perjalan ke sekolah. “ Dely dan Ayie pergi ke sekolah hari ni cari dulu siapa nak burger, Ahad ni abang akan bawak order tu” pesan driver bas tu kepada kami. “ Ye tak ye jugak hari nikan hari Khamis mesti la kene tunggu hari Ahad barulah mereka akan dapat burger… eh ader orang nak ke tak camni? ” bisik hatiku. [...]

 
Comment by Sabri SaifulSham
2007-03-15 07:56:02

Gilerlah Labanon ni…

Memang respect+tabing spring! Kumbang pun leh jual. Bakat bisnes tu memang terserlah.

Best3… Saya paling suka baca “Diari Seorang Pelajar” nih… banyakkan lagi citer2 dia ya..hehe

Sabri

 
Comment by labanon
2007-03-15 09:09:45

Hehe insyallah bro saya akan banyakkan lagi diari seorang pelajar ni… k tq visit my blog

 
Comment by munierah
2008-03-15 21:36:20

hahahaha…..lawak memang lawak tp something special la idea jual kumbang…sy pun pernah jual mata ikan kembung kat sekolah dulu..20 sen sebijik mata….hahahaha…tp ader gek yang beli..dalam 10 bijik mata.hahaha..apa pun idea lain dari yang lain biasanyer membuahkan hasil.da lama tak balik kb…kalau tak sy join jek perjumpaan kat kb mall.budak nyer kau ni lebanon..

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.