Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kenapa penjual ebook di hina? Kenapa? Penjual ebook dihina… jangan dihina aaaaa ( nyanyi macam lagu seroja
) Saya pernah dihina kerana menjual ebook namun salahkah diriku mencari rezeki halal? Mungkin juga perniagaan ebook ini di pandang hina kerana pelajar seperti saya pun boleh melakukanya.. hmmm..

Kalau saya kata saya berniaga melalui internet ramai jer yang akan tanya…
“Kau berniaga apa kat Internet?” tanya si Abu ( bukan nama sebenar) .
“Saya berniaga ebuku” jawab saya ringkas dan malas nak terangkan perniagaan saya yang lain.
“Ebuku? Kau buat sendiri?” tanya dia lagi dengan penuh sinis.
“Ya saya buat sendiri… kenapa?” jawab saya lagi.
“Kau buat pasal ape yer?” tanya dia.
“Saya buat tentang cara mendapatkan wang melalui internet” jawab saya.
“hahaha inilah orang buat kerja haram tu jer tau tulis” sambungnya lagi.
“Eh.. kau yang buat? Ader orang beli ker?” tanya dia lagi.
“Ya… ada orang beli :)” jawab saya.
“Hahaha ada jugak ya orang beli penulisan budak-budak… berapa orang yang beli tu? sampai ker dua orang?” tanya dia sambil tergelak-gelak.
“Alhamdulillah lebih la dua orang yang beli” jawabku lagi.. walaupun dalam keadaan geram.
Oh.. tak sanggup lagi saya nak meneruskan dialog ini! Baiklah saya ingin jelaskan disini ebook juga memang salah satu perniagaan Internet dan bukanya perniagaan yang kelas bawahan kerana sudah terbukti ramai jutawan yang hasilnya menjual ebook.
Perniagaan ebook juga halal. Kenapa anda tafsir perniagaan ebook di Internet adalah haram? Sedangkan pelaburan internet barulah haram! Itu anda mesti jelas… Ebook ini dikategorikan sebagai produk digital yang sebaris dengan software, audio, video dan sebagainya. Ebook juga memerlukan kepakaran menulis yang maksimum untuk menghasilkan ebook yang berkualiti walaupun menulis ebook adalah perkara yang mudah dan modal paling murah.
Untuk menulis dan menjual ebook juga anda perlu ada strategi jika tidak ebook anda tidak akan laku! Bermula dengan teknik meletakkan nama ebook sehinggalah cara untuk menjualnya. Yang pasti siapa kreatif dapat menjana wang melalui ebook. Namun penjualan ebook adalah bermusim so anda kena ada backup product untuk mempromosi ebook anda yang telah dikeluarkan.
Saya juga akan menggunakan teknik baru untuk memaksimakan pendapatan menjual ebook untuk ebook terbaru saya nanti. Teknik ini rasanya tiada lagi yang guna hehehe dan hanya dipraktikkan untuk perniagaan offline. Namun kenapa mentaliti kebanyakkan kawan-kawan saya dan saya percaya ramai lagi macam kawan saya! Kenapa dengan kawan saya?
Mereka tidak yakin dan memandang remeh perniagaan ebook. “Oh… kau jual ebook.. aku pun nak jual jugaklah. Oh senangnya perniagaan Internet” kata salah seorang kawan saya. Saya hanya diam dan tersenyum
kalau rasa mudah try la jual
hehehe tapi sampai ke hari ini saya masih tidak nampak tindakan. Jelaslah peniagaan ebook juga bukan semudah yang disangka!
Nampaknya ramai yang baru hendak bermula dengan perniagaan Internet dan bermula dengan menulis ebook ( macam saya ) hehehe. Namun setelah difikir-fikirkan kepada siapa yang hendak memulakan perniagaan internet saya cadangkan anda bermula dengan produk fizikal kemudian barulah anda mulakan perniagaan digital. Itu cadangan saya kerana beberapa faktor yang saya akan terangkan pada post akan datang insyallah.
Konklusinya jangan pandang rendah perniagaan ebook kerana ebook juga salah satu perniagaan internet yang lumayan hasilnya jika kena caranya dan perniagaan ebook bukanlah sesuatu yang mudah untuk menghasilkanya :), mungkin nak hasilkan ebook mudah namun bila hendak menjualnya anda pasti akan menghadapi masalah jika tiada rujukan atau bimbingan.
Apa pendapat anda?
Sekian…

























Labanon, biasalah tu….biarkan si Luncai terjun dengan labu2labunya. Kecekalan dan kesungguhan Labanon betul mengkagumkan. Baguslah anak2 muda zaman ini suka dan mudah merebut peluang….Syabas…
Sepatutnya mereka cuba faham dan cuba tiru apa yg awak buat tu…tp bukan kata nak tiru dan faham, mengeji adalah…..anyway dik teruskan usaha.
Hehehe…sekolah baru dibuka semula. Semestinya Labanon bz tahun ni…cam mana bahagikan masa tu? Share dgn Ktom boleh? Dan bila boleh Ktom jumpa Labanon ni?
Huhu anak muda lain yg bagus
saya biasa jer… Yup saya amat bz sekarang huhu bro fai lah yang urus segala-galanya haha.. nak jumpa? Ok jer
bila2 masa hehe
Salam Labanon,
Macam pernah ku dengar kisah ini
hikhik
Dik, peniaga ebook pun, berniaga juga….cuba tengok2, Joel Comm jual ebook apa
Teruskan usahamu..
p.s : tahun ni Joel Comm buka membership free
v4.0 buku dia dh released…go grab it 
waalaikumusalam ehhehe tq yer kak
Hi Labanon,
Dalam perniagaan ni memang camtu.Saya penah jugak kena tanya camtu.Cakap kat diorang jual ebook.Pastu diorang tanya,”Ebook tu ape?”.Dahhh..puas terang baru nak paham.Banyak lagi orang x tahu pasal ebook ni.
Janji kerja ni halal dan berkat,insyaAllah pasti berjaya.sabar dan istiqamah.
Yup.. orang yang berkata mengenai ebook dan memperlekehkannya tetntu tak pernah baca atau beli mana-mana ebook..
Sebab tu ada orang kata, mengapa kita nak dengar nasihat orang yang tak tahu apa yang kita buat.. biarkan.. satu hari nanti baru dia sedar.. tu pun mesti dah terlewat..
Kot2 orang tu nanti sendiri yang jumpa Labanon minta tolong ajarkan.. hehehe..
mereka takkan ambik tahu apapun sebb mereka tak tahu apa-apa. kalo mereka tahu sekadar tahu aje… apa yang mereka boleh buat untuk berkecimpung dalam perniagaan ebook tersebut… biarkanlah mereka dengan pilihan yang tersendiri…. takkan nak paksa mereka berniaga ebook jugak…