Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua? Saya memohon maaf banyak-banyak kerana saya sekarang teramat busy study dan dengan beberapa program lain.Maklumlah saya SPM tahun ini dan saya masih ingat pesan cikgu saya “Kau dah boleh dah nak masukkan gear 5 dalam study” maksudnya suruh dah study betul-betul demi masa depan saya. Jadi tidak wajarlah jika saya mendahului perkara yang kurang penting berbanding perkara yang lebih penting.
Baiklah anda boleh jawab mengapa ramai orang Melayu masih gagal dalam perniagaan? Sedangkan pelbagai cara telah digunakan dan pelbagai teknik telah diaplikasikan namun Allah masih tidak memberi rezeki kepada kita. Mengapa? Mesti ada something wrong! Apa yang saya nampak salah satu kesilapan mentaliti segelintir orang Melayu membuka perniagaan ( walaupun masih sedikit ) dengan sikap ingin menunjuk-nunjuk. Tambahan pula niat untuk membuka perniagaan adalah untuk kepuasan nafsu semata-mata. “Saya mahu berniaga nanti kaya saya ingin beli kerta sport, nak buat rumah besar dan bermacam-macam lagi yang besar tapi handphone jer kecik“. Anda tengok niat kita. Sesungguhnya sesuatu amalan bermula dengan niat! Jika niat kita kerana Allah insyallah kita pasti berjaya. Namun jika niat sudah terpesong dek ulikan duniawi yang menebal dalam jiwa kita hari ini maka amat susahlah kita ingin berjaya.

Bila kita buat sesuatu kerana Allah semua yang baik-baik akan muncul dalam perkara yang kita lakukan. Jika kita berniaga kerana Allah sudah tentu kita bersifat jujur,amanah dan berbagai lagi kebaikkan. Secara tidak langsung masyarakat menyenangi sikap kita kerana bila Allah sayangkan hambanya sudah tentu makhluknya yang laing turut menyayangi apa yang Allah sayang. Namun cuba fikir jika anda berniaga bukan kerana Allah… sudah tentu perasaan ingin cepat kaya menyelubungi diri dan secara tidak sengaja sifat-sifat yang jahat akan muncul bersama perniagaan kita. Tak boleh tengok perniagaan orang lain maju sikit mulalah nak cari bomoh sana-sini untuk merosakkan perniagaan orang lain.
Kenapa kita amat susah untuk berjaya? Senang jer kerana tiada keredhaan Allah. Dalam kehidupan ini kita tidak boleh membelakangi Allah itulah realitinya. Kita belajar bukan kerana ibubapa tetapi kerana Allah. Kita buka kedai bukan kerana ingin menunjuk-nujuk tetapi kerana Allah. Semuanya kerana Allah! Itulah niat sebenar-benar mukmin. Fikirlah bagaimana anda ingin berjaya dalam perniagaan jika niat anda bukan kerana Allah? Sedangkan anda berniagapun dalam bumi Allah dan sememangnya anda tidak boleh lari daripada pencipta kita yang Maha Memberi Kekayaan!
Natijahnya sama-samalah kita memperbetulkan niat hatta kita buat blog pun kerana Allah, kita buat perniagaan Internet pun kerana Allah insyallah anda pasti berjaya bukan sahaja di dunia bahkan dapat kejayaan hakiki di akhirat. Sama-sama kita berdoa kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani supaya murahkan rezeki kepada kita kerana segala perbuatan kita adalah kerana Allah. Inilah sebenarnya kunci kejayaan bagi seorang mukmin. Ya inilah kunci kejayaan dan ingatlah segala amalan baik anda akan dapat ganjaranya.
Walaupun di mata anda saya mengeluarkan ebook atau report secara percuma namun ingatlah tidak ada benda percuma di atas dunia ini kerana Allah tetap akan membayar kita atau membalas sesuatu kebaikkan dengan PAHALA.
Sekian wassalam.
p/s: Hehe cam ner post kali ini? Kalau karangan dapat A tak? mauahhaha.

























Kadang2, ada juga org yg buat bisnes online kerana fikir bisnes online ni cepat kaya.. Pada halnya tiada satu pun bisnes yang cepat kaya jika kita tidak berusaha..
Kecualilah org2 yg buat @ menganjurkan skim cepat kaya atau org2 yang menyertai pelaburan haram.. Tu memang cepat kaya tapi dengan menipu org lain.. Huhu..
PS: Jumpa 16 Jun ni dgn smua kelengkapan pelancaran.. Lama tak online sepenuh masa..
Hohoho… ok bro
u actually still in school and have done these??! wow, amazing..
salam kenal
salam kenalan kpd mereka yang datang berkunjung…
(macamlah dia punya blog ucap selamat dtng… hihi)
soalan yang seterusnya kenapa anda masih lagi teringat-ingat akan kegagalan tersebut?
labanon,
saya kali pertama melawati laman web ni.ternyata mengujakan.Walaupun saya mempunyai potensi untuk berjaya tetapi masih tertanya-tanya dimanakah langkah pertama? mungkin disini jawapannya…terima kasih..senyum selalu..
mira: Salam kenal
Saya biasa jer
abdfatah: Hihihi nanti saya akan jawab soalan itu…
firadila:
Huhu… if ada sebarang problem just PM me 