Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Saya sebenarnya demam dah 2-3 hari sebab itulah tak sempat nak update blog ini. Ramai tak tahu yang saya tak dapat buat apa-apa kerja dalam masa 2-3 hari ini selain daripada tidur, tidur dan terus tidur. Mungkin kawan-kawan yang chat melalui YM tak tahu bahawa saya di sini tak mampu membuat apa-apa dan tak dapat nak memberi pandangan yang bernas terhadap sesuatu perkara… kadang-kadang tak dapat nak reply mesej-mesej anda. Banyak kerja yang saya masih belum siapkan dan berpuluh-puluh emel yang belum berbalas… harap maaf saya ucapkan… 2-3 hari ini juga… hanya dapat makan nasi air jer..
Doakan saya cepat sembuh yer…
Baiklah pada hari ini saya ingin menceritakan kepada anda dua cara untuk anda membuat wang. Satu cara ialah melalui usaha anda dan satu lagi melalui usaha orang lain. Di sinilah ramai yang confused sedangkan terdapat banyak perbezaan di antara dua cara berikut. Walaupun hasilnya adalah sama, yakni anda tetap akan dapat wang, namun anda tetap perlu faham dua konsep ini.
Pertama - membuat wang dengan usaha anda sendiri. Ini agak mudah kerana anda mempunyai kawalan penuh di sini. Di sini anda menukarkan masa, pengetahuan dan kemahiran untuk mendapatkan wang. Sama ada anda seorang pekerja atau menjalankan perniagaan, naik turun perniagaan anda terletak di tangan anda. Power in your hand
Apa yang penting di sini ialah “ANDA”.
Kedua - membuat wang dengan menggunakan usaha orang lain. Cara ini juga dikenali sebagai satu pelaburan. Melabur ialah apabila orang lain mengendalikan wang anda. Anda tidak mempunyai kawalan ke atas wang anda sebaik sahaja anda memberikannya kepada mereka. Ini amat bergantung kepada kepintaran orang yang mengendalikan wang anda.
Orang biasanya terkeliru tentang dua cara tersebut.Contohnya ada si Ali ini menjalankan perniagaan dan perniagaanya berjaya. Dia juga sering mewar-warkan yang beliau hanya belajar setakat tingkatan 5 sahaja. Tetapi kini beliau adalah seorang jutawan dan mempunyai banyak wang tambahan. Kini, dia ingin melaburkan wang itu untuk mendapatkan lebih banyak wang lagi.
Adakah Ali akan mencari orang sepertinya untuk mengendalikan pelaburanya? Sudah tentu tidak! Ini kerana pelaburan adalah sesuatu yang kompleks dan berbeza dengan perniagaan. Mungkin anda akan bertanya mengapa tidak? Walaupun tidak mendapat pendidikan yang tinggi, Ali telah berjaya naik ke puncak gunung. Sudah tentu dalam pelaburan juga dia akan mengambil langkah yang sama. Malangnya ini adalah satu kesilapan besar!
Memang benar anda tidak begitu memerlukan pendidikan formal untuk membuat wang. Ini dibuktikan berkali-kali dari semasa ke semasa. Tiger Woods, Bill Gates, Larry Ellison, Henry Ford, John D. Rockeffeler, Lim Goh Tong, Syed Al-Bukhary dan beribu lagi!
Tetapi sebaliknya dengan pelaburan! Kita perlu mempunyai pendidikan formal untuk menguruskanya. Malahan lebih banyak ijazah adalah lebih baik. Kalau boleh carilah mereka yang mempunyai deretan ijazah, dan mungkin juga ada empat PHD! Antara mereka yang bijak menguruskan pelaburan ialah Warren Buffet, Benjamin Graham, Jim Rogers, George Soros dan beribu lagi. Mereka ini semuanya berijazah.
Apa yang jelas di sini… anda perlu menguasai cara satu dahulu dan kemudianya menggunakan cara kedua. Orang-orang berijazah hanya boleh kaya dengan mengharapkan orang yang berusaha menggunakan cara pertama dan memberikan mereka wang melalui cara kedua. Bagi orang yang berijazah… takkan anda ingin terus menjadi kaya dengan mengharapkan wang lebihan mereka yang bijak membuat wang menggunakan usaha sendiri. Gunakan kelebihan anda sendiri untuk membuat wang!
Sekian.

























Thumb Up!
tq my new friend hehe
Alahai, kesiannya Labanon. Semoga sentiasa sihat la lepas ni. Kami semua doakan team Flarebiz sihat sokmo. Harap2 para pembaca pun sihat selalu gak. Jaga diri elok2.
p/s: Labanon, demam kali ni sebab kuat sangat kerja ek? Bukan sebab putus cintakan?…hehe
Hahah… takdelah kaitan dengan putus cinta.. maybe Allah nak ampunkan dosa kot huhuhu…
“Dua cara untuk buat duit”
Mantap la post kali ni Labanon, demam-demam pun boleh menulis lagi.
Ada nasihat yang amat berguna untuk orang-orang berijazah.
Kita juga dapat buat duit menggunakan usaha orang lain, dan ada kawalan penuh pula atasnya. Itulah pentingnya SISTEM PERNIAGAAN. Ada orang yang menguruskannnya, dan kita pula duduk santai, fikirkan strategi bisnes seterusnya. Tapi, BERFIKIRlah benda yang paling susah sebenarnya, dan tak ramai yang mampu melakukannya.
Orang-orang yang berijazah seperti kata Labanon tu, sebenarnya BUAT DUIT MENGGUNAKAN DUIT ORANG LAIN. Mereka gunakan kepakaran mereka sepenuhnya. Dan mereka tak seperti graduan-graduan yang lain. Mereka tidak mengharapkan wang lebihan orang lain untuk berjaya.
Pesanan tu untuk “kita” sebenarnya, yang ada ijazah bergulung-gulung tapi tak lulus ujian kehidupan sebenar.
Dan betul cakap Labanon.
“Gunakan kelebihan sendiri untuk buat wang.”
Thanks bro Hairul atas pandangan yang cukup bernas ni…
Semoga ko cepat sihat Bro…
Hm.. buat duit menggunakan orang lain.. Kalau cam affiliate tu kira no 1 atau no 2??
No 2 rasanya…
“Dan Kami turunkan dari Al Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Dan Al Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (Al Isra’:82)
Banyakkan membaca Al-Quran
Semoga cepat sembuh
Afterall, knowledge is power!!!
Thanks… yup Al-Quran adalah segala penawar..
Wa’alaikummussalam wr wbk,
Semoga Labanon jaga kesihatan baik2nya.
Banyak berihat, minum air suam yg dimasak atau mineral water. ..makan nasi air tu apa, bubur agaknya. Cuba tidur lepas zohor 20 atau 30 minit utk kembalikan tenaga. Ini sunnah Rasul, sain dah buktikan.
Artikel ini ada makna, lagi2 mengenai kreativi. Siapa creative dia survive siapa cakap tu, tuan punya blog lah, ingat tak.
Tntg pelaburan saham hendak kena faham turun naik pasaran, bila nak jual sikit ke banyak. nak kena tahu perkembangan negeri maju. betul lebeh2 lagi ada ijazah lagi bagus.
baiklah disini dulu sorry ya terpanjang komen. Lastly makes your life balance everything will be fine then, take care. Semoga cepat sembuh dan semoga maju jaya dlm bidang apa jua yg Labanon minati. Salam.
ohh.. tido lepas zohor yer
Thanks… yup kena seimbangkan antara kerjaya dan kesihatan oh!
waduh…kuar lagi post yang mantap…
Boleh sebenarnya kita buat dua-dua cara sekaligus..Maksudnya income 2 in 1 dalam satu masa..Tetapi biarlah kefokusan tu terlebih dahulu…kalau sudah banyak duit nak melabur apapun boleh aje asalkan tidak terjebak dengan pelaburan skim cepat kaya….
..asalkan tahu halal haramnya…
Buat duit sebenarnya banyak cara lagi..
opss tak post ke arah unsur-unsur kahwin ke kali nie??
off topic hee
hehe… demam2 ni… takde mood nak kahwin ha ha ha!
Hoho. Ana pun demam jugak
Tapi alhamdulillah mampun pegi sekolah. Semoga bro cepat sembuh 
Semoga cepat sembuh juga kepada khalif…
Insya-Allah. Projek offline akan berjalan tahun ini. Investment? Ya. Dah setat wat dan dah setat bayar apa2 yg patut..