Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Disney Oh Disney

Berniaga adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam. Nabi SAW adalah seorang pedagang, begitu juga sahabat – sahabat Baginda antaranya Abu Bakar dan Abdul Rahman bin Auf.

Begitu penting sekali perniagaan menurut Islam sehingga perkara kedua yang dilakukan oleh Rasulullah SAW selepas mendirikan masjid di Kota Madinah ialah membina sebuah pasar. Semoga kita bukan sahaja menjadi peniaga yang kaya dari segi harta tetapi peniaga yang juga kaya dari segi akhlak, nilai murni dan moral.

Bagi mereka yang suka menonton cerita kartun, siri kartun Mickey Mouse bukanlah satu cerita kartun yang asing. Karya kartun Walt Disney ini, iaitu Mickey Mouse, dikatakan sebagai karya kartun teragung sepanjang zaman.

Siapa sangka, Walter Elias Disney atau lebih dikenali sebagai Walt Disney, akan berjaya menjadi seorang usahawan kartun, dan di atas usaha gigihnya, beliau berjaya membina sebuah Empayar perniagaan kartun, animasi dan hiburan keluarga yang bernilai berbillion – billion Dolar Amerika, hasil kreativitinya dalam bidang melukis kartun.

Tetapi apa yang lebih menarik pada saya ialah cerita awal penglibatan Disney dalam bidang perniagaan yang boleh dijadikan inspirasi kepada kita.

Walt Disney dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin pada tahun 1901. Ayahnya mengusahakan sebuah kebun jagung dan ibunya seorang suri rumah. Apabila tanah yang mereka sewa diambil semula oleh tuan punya tanah, mereka sekeluarga terpaksa berpindah dan ayahnya menjadi pengedar suratkhabar pula, bagi menyara hidup mereka 7 beranak.

Di sinilah Walt Disney mendapat pengetahuan awal tentang perniagaan iaitu dengan membantu ayahnya berniaga surat khabar.

Tetapi Walt Disney juga mempunyai bakat dan kemahiran melukis terutamanya melukis kartun. Pada tahun 1923, ketika usianya 22 tahun, Walt Disney telah menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Laugh-O-Gram, yang menjalankan aktiviti melukis iklan dan filem kartun. Malangnya usaha ini gagal dan syarikat ini mengalami kerugian besar sehingga bankrap lalu ditutup. Disney sangat kecewa. Pada masa itu, tahun 1923, siapalah yang minat sangat dengan kartun?

Tapi Walt Disney tidak berputus asa, dan 5 tahun kemudian iaitu pada tahun 1928, beliau mengilhamkan kartun Mickey Mouse pula. Bersama abangnya Roy, mereka menubuhkan sebuah lagi syarikat baru iaitu The Disney Brothers.

Kartun dan filem animasi Mickey Mouse mendapat sambutan yang sangat menakjubkan sehingga syarikat Disney akhirnya berjaya membina empayar perniagaan bernilai berbilion bilion dolar Amerika.

Dan yang anehnya, semua kejayaan ini bermula dengan seekor tikus yang bernama Mickey.

p/s: Apakah pengajaran yang anda dapat? Saya akan bagi tahu pengajaranya pada post yang akan datang :D

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

2 Comments »

Comment by Walikard
2007-01-13 04:06:55

Hebatnya…hampir semua nama-nama besar dalam empayar business mengalami kerugian yang tidak sedikit dalam perniagaan masing-masing..mudah-mudahan kita yang baru nak bertapak ni dapat mengambil iktibar dari kisah tersebut

 
Comment by aisyah
2007-03-06 09:48:04

saya adalah seorang yang yang sangat menyukai karakter mickey mouse. begitu melihat tulisan ini, saya semakin menyukai mickey. tulisan ini sangat bagus dan menambah wawasan saya tentang dunia disney.
saya harap tulisan-tulisan seperti ini bisa lebih banyak lagi.

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.