Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seperti yang diketahui umum bahawa kerajaan Barisan Nasional terpaksa menghadapi tamparan hebat daripada gelombang pakatan pembangkan yang nampaknya begitu berkesan. Namun apa yang saya cuba sampaikan disini ialah dilema PRU dan perniagaan Internet.
Jika anda seorang usahawan Internet anda pasti mengetahuinya. Ya, anda pasti akan dapat mengesan ada yang tidak kena dan kaitanya ialah PRU ke 12 kita pada 8 Mac. Apa yer yang terjadi kepada perniagaan Internet kita?
Baiklah.. cuba anda fikir sejenak… apa yang terjadi kepada perniagaan Internet anda pada PRU kali ini.
.
.
.
Baiklah saya akan beritahu kesanya kepada anda. Kesanya jika anda menumupukan kepada pasaran tempatan, anda akan dapati bahawa sales adalah kurang menjelang musim pilihan raya. Ini kerana semua pengguna Internet tidak berfikir perkara lain melainkan siapakah yang akan menjadi kerjaaan baru selepas ini, calon yang aku pangkah menang atau tidak dan sebagainya. So, pendapatan anda sudah tentu akan merosot sama sekali.
Oleh itu, kita sebagai usahawan kita perlu mencari alternatif agar income kita sentiasa stabil dan tidak mengikut musim. Apa yang boleh anda lakukan pada ketika ini ialah anda boleh menumpukan kepada market luar negara. Hal ini juga disebut oleh Kak G dalam blog beliau yang mengatakan bahawa inilah masanya bagi kita untuk memberi perhatian kepada Adsense dan produk-produk affiliate untuk pasaran luar negara.
Kami sendiri Team FlareBiz bercuti pada semalam kerana memberi laluan kepada mood kami sendiri untuk melihat keputusan PRU12 kali ini. Zhafran pula sentiasa berlagak seolah-olah beliau adalah wakil rakyat bagi kawasan KL apabila belanja makan semua kawan beliau setelah BA menang di Selangor.
Konklusinya… sentiasa mencari alternatif lain untuk menjana pendapatan melalui Internet dan faktor musim tidak lagi akan mengugat pendapatan anda.Harap dapat membantu anda kelak.
p/s: Zhafran akan membuat post khas untuk pemenang top komantator blog ini untuk bulan lepas pada esok.

























Off topic tapi penyokong BA gembira sakanlah semalam kan? Macam salah seorang penyokong PAS kt blog ni. ;p
Walau siapa pun memerintah.. Harap dapat membina kesejahteraan sejagat.. Betul x??
Hoho..semalam. aku tak tdo. Semata2 nak tengok keputusan aje. Lepas kul 10, baru tdo. Bangun je..confirm 4 negeri yg sebelum ni kubu kuat bn jatuh ke tangan BA.
BIsines? Biasalah tu. Ada masa naik dan turun. Tapi semalam aku dapat 4 sales. Not bad la dari takde sales langsung kan? hehe..
aku pun tak tido sbb punya la syok dok surfing pasal pilihan raya. huh memang syukur.
kalo berpakat memang takdehal lah. so sama2 kita bantu utk bina kerajaan kita.
sy tk rasa plak tergugat biz masa pru12 ni..jumaat dan arini ader je sales masuk,esok nk ge pos brg..huhu.. apa2 pun maybe tgk biz ape yg kita buat kot..uhuks.. tapi keputusan pru12 mmg luar biasa…hihihi
kita amik pengajaran dlm peristiwa pru12 ni dan kaitkan dgn ebiz. kalau ada perancangan yang baik hasilnya mesti memuaskan.
(salam), dan salam hormat buat labanon dan komentars…
terlebih dulu saya nak ucapkan tahniah kepada para penyokong (mana2 parti) yang memenangi mana2 kawasan. harap2 wakil yang dipilih itu akan bekerja untuk kita setelah kita “penat” pangkah untuk pohak mereka
saya seperti komentars lain,tunggu keputusan PRU, tengok tv sampai pkl 4am..so, banyaklah keputusan yang diluar jangkaan. yet, itu pilihan rakyat yang perlu diterima..
seperti mana kata labanon, kita mesti mencari alternatif untuk memantapkan income pada musim2 yang tak menentu ni.memang diakui, selepas PRU,beberapa dasar politik dan persepsi pemerintahan akan berubah, turut berkait bursa ekonomi, keyakinan pelabur, forex dan macam2 lagi kemungkinan yang bakal berlaku.
oleh itu:
kita kena selektif!
kita kena kreatif!
kita kena aktif!
kita kena positif!
Huhuhu… Sudah tiba masanya untuk berdepan dengan “tsunami perniagaan internet” pada masa akan datang..
Kuasa Internet juga mampu memenangi hati rakyat kali ini..
Perniagaan internet kita mungkin akan menurun sedikit pada sesetengah musim. Walau bagaimanapun ia bergantung juga pada produk yg dijual. sekiranya produk ‘kemahuan’ mungkin menurun dengan drastik, tapi kalau produk ‘keperluan’ mungkin tidak banyak bezanya. Kerana produk ‘keperluan’ biasanya menjadi keperluan semasa kepada pengguna yang sama. So, dari sinilah terhasilnya jualn ulangan yang tetap.
Wanwma: Saya setuju dengan bro
Komen ebook: Ya betul tu.. wah semangat komen tu
titan: Samalah… saya pun berdebar tunggu keputusan
Terima kasih semua di atas komen anda.
wah kerajaan baru. perniagaan baru? takper laa mana2 yang dapat negeri tu jaga elok2 dengan penuh komitmen…