Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua? Di harap dalam keadaan sihat waalfiat. Saya sudah memulakan proses pembelajaran saya bagi menghadapi SPM jadi saya tidak dapat luangkan lagi masa yang banyak kepada blog saya. Di tambah pula dengan projek-projek lain yang memerlukan masa yang banyak untuk diluangkan barulah berjaya.
Jadi saya rasa sekarang jadual harian saya cukup padat dan saya hanya mampu melakukan kerja-kerja ebiz pada waktu tengah malam. Jadi pesanan saya kepada pelajar yang ingin menceburi perniagaan internet atau apa-apa jenis perniagaan perlulah membahagikan masa dengan baik. Bagi seorang pelajar tidak seharusnya menumpukan 100% kepada perniagaan kerana tugas anda sebagai pelajar. Jadi bagi saya alternatif untuk menambah pendapatan terbaik bagi seorang pelajar ialah dengan perniagaan internet ataupun program wang online.
Program wang online… di sinilah ramai yang silap faham dan menanggap perniagaan internet ialah program wang online. Program wang online pula terdapat yang salah dan terdapat yang benar. Banyak program menjana wang timbul di internet sejak akhir-akhir ini seperti Indexspit dan sebagainya( anda boleh rujuk di sini). Program wang online memang menjanjikan wang yang lumayan seperti affiliate dan adsense. Jadi amat rugilah jika anda tidak mencubanya.
Jadi janganlah sertai skim-skim taik seperti yang dibincangkan di wangcyber. Ceburilah perniagaan internet. Perniagaan internet memang mudah namun tidak menjanjikan kekayaan SEGERA. Masih ramai yang tertanya-tanya ” berniaga apa di internet sampai boleh jadi Jutawan? ” dan ada yang mempertikaikan status jutawan-jutawan internet. Kenapa anda hendak menanyakkan soalan sebegini?
Sedangkan perniagaan memang menjanjikan keuntunggan berlipat kali ganda malah Rasulullah s.a.w sendiri juga berpendapat demikian. Saya sarankan kepada anda yang masih tidak percaya bahawa perniagaan internet memang boleh menjadikan anda jutawan… apa kata anda sendiri mencubanya? ada berani?
Kerana salah menganggap perniagaan internet sama dengan program wang online yang salahlah menyebabkan ramai yang tidak mahu menghampiri perniagaan internet.
sekian..
p/s: Jutawan internet sentiasa bertambah dari tahun ke tahun… ![]()

























Selamat Mengulangkaji pelajaran semoga berjaya SPM nanti perjalanan masih jauh.
Terima kasih
insyallah saya akan dapatkan straight A 
Gud Luck Labanon…
Ha..dik..bisnes tu bisnes gak..study jangan kantoi, pandai-pandaikanlah bahagikan masa, be a smart student. Apa-apa pun akan doakan semoga Labanon, success dalam pelajaran dan perniagaan..
Terima kasih bro saf-One dan kak linn
labanon saya telah lama memerhatikan awak dan saya boleh katakan awak memang ikhlas dalam perniagaan dan awak walaupun usia masih muda telah menunjukkan kematangan berbanding orang lain. Saya berharap anda akan dapat terus maju kehadapan dan good luck dalam SPM
Eh.. saya biasa jer huhu bukan pun pandai sangat dalam ebiz ni -_-” huhu… tq
Bagus lah kau labanon baru usia belasan tahun sudah sampai tahap nie………. Suatu hari nanti kau pasti akan jadi usahawan yang berjaya… punya. Teruskan usaha kau tu…. jgn jadi macam aku… baru nak mula kenal dunia internet nie……..
Takpe bro… slow2 hehe… jangan bimbang ramai yang akan membantu bro
kalau saya boleh kembali muda
saya nak jadi macam labanon
masa saya belasan tahun, tak ada lagi perkataan internet dan ebiz
eloklah bermula dari muda tetapi yang dah tua pun belum terlambat
p/s walaupun dah tua tapi SPM dah lepas
Labanon, study utk spm jangan lupa guna teknik nur amalina..haha..dapatkannya di sini http://telagabiru.syokkahwin.com (haha, sempat lg tu!)..All the best for SPM. saya doakan dapat straight A’s
Rahsia buat duit dengan blog…
Ramai yang telah mengetahui kita boleh menghasilkan duit dengan blogging. Dan saya rasa ia bukannya satu rahsia lagi kerana ada di antara rakan-rakan kita yang menjadi fulltime blogger.
Di sini saya tidak akan menceritakan apa-apa pun tentang blogging,…