Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pernahkah anda mendengar keluhan seperti berikut :
“Bisnes aku lingkup la..modal RMXXXX habis macam tu je..”
Sebenarnya rugi dalam bisnes adalah perkara biasa. Kami sebelum bergabung sebagai Team Flarebiz pun pernah mengalami berbagai-bagai kegagalan tapi itu sudah menjadi adat dalam berbisnes. Dan kami memegang satu kepercayaan bahawa untuk mencapai kejayaan besar dalam bisnes, seseorang usahawan tersebut WAJIB mengalami kerugian.
“Kalau takut dilamun ombak, jangan berumah ditepi pantai”
Jika bisnes anda sedang bergelora, anda mempunyai dua pilihan iaitu :
1. Berhenti
2. Baiki
Jika anda tanya pilihan mana yang paling tepat, ia bergantung kepada kondisi bisnes anda. Anda perlulah membuat kajian dan penilaian sebelum menentukan pilihan mana yang anda perlu buat. Antara faktor-faktor yang perlu diambil kira adalah :
1. Persaingan
2. Kekuatan Produk
3. Pemasaran
4. Customer Service
dan juga beberapa lagi faktor lain yang sesuai dengan bisnes yang anda jalankan. Saya bagi contoh yang berlaku sendiri kepada saya. Sebelum wujudnya RapidFireStudio.com, laman web servis design saya adalah eCoverStudios.com (domain dah expired). Pada mulanya sambutan terhadap eCoverStudios.com memang hangat sekali. Boleh saya kata, saya busy sampai terpaksa tolak order pada permulaan eCoverStudios.com dilancarkan. Tetapi selepas beberapa bulan, order yang saya dapat semakin kurang. Mungkin disebabkan munculnya beberapa designer yang lebih hebat dari saya.
Jadi langkah yang saya ambil untuk mengatasi masalah ini adalah “rebrand” laman web servis design saya kepada RapidFireStudio.com. Saya menukar secara keseluruhan laman web servis design saya dengan menggunakan trend terkini design untuk minisite dan memasukkan elemen-elemen yang lebih menarik dan hasilnya..Alhamdulillah…
Saya kembali dapat bernafas dengan servis design saya. Cuba anda bayangkan jika saya tidak melakukan rebrand tersebut. Mungkin servis design saya sudah menjadi kenangan terindah
Zhafran (Dalam dilema….)

























Dalam dilema ape tu zaf? Ni mesti ade ape2 ni..hehe..bercakap pasal rebranding zaf td..kejayaan dpat bernafas smula dgn rapidfirestudio adalah hasil kajian dari kegagalan ecoverstudios..tp yg first bisnes tu la memberi kite pengalaman utk lebih maju dlam menggerakkan second bisnes atau rebranding bisnes kite..jgn lupakan pengalaman kite mase buat first bisnes..kerana ia dapat membantu kite utk lebih maju dlam second bis..pasti kite susah nak lupa yg first bisnes tu sbb ia bagi kita pengalaman dan pengajaran pling berharga..mcm first love la..susah nak lupa..hehe..(eh, ade kaitan ke?)..=P
busines is risk.. just remmember it..
ermmm..tak sayangke dengan domain tu…kadang-kadang penat kita bangunkan website tersebut guna domain tu..tiba-tiba nak biarkan ia…bagi pendapat saya rebrand design jer ler…domain tu tak yah..amacam ?
hasbul ariff : yg pertama mungkin adalah yg terindah tp tak semestinya yg terbaik..yang kedua mungkin mungkin lebih baik walaupun tak seindah yg pertama..
randavi : dulu masa mula2 saya blaja servis design, saya tolak order sbb takde lg kwn/partner. skrg network dah ramai, boleh outsource. Good point
afham : kalau takut dilamun ombak, jangan menonton filem ong bak..hohoho
kita : saya tukar domain tu sbb domain pertama adalah eCoverStudio..bunyi macam servis cover shj. tp yg baru adalah lebih meluas. sbb mule2 dulu saya nampak nak buat design cover je. skrg baru terbuka minda sket
Cerita pasal rugi mmg best..sejak ceburi bidang perniagaan ni samada online or offline dan byk K saya kerugian.. rasa fedup pun ada tapi semangat nk berjaya tetap ada! Apapun, biz tetap ada risk.. nk berjaya kena berani..
Saya pun rugi jugak masa mula-mula berniaga dulu dan sampai sekarang pun saya masih X dapat lagi nak cover modal yang dulu tu..Well mungkin tak cukup study..
Yang penting belajar dari kegagalan kita.. Kerana itu dapat mematangkan kita..
apa2 pun nk business memang wajib guna modal. even kita blogging hanya guna blogspot pun. hehehe… soal untung rugi tu semuanya rezeki yg kita perlu usahakan betul2.. ok2 stay tune…
alah…
perniagaan yang tak berjaya tu biasa lah…
utk naik kan balik, kena rebrand lah…
Bende nih perkara biasa. Sejak 4 tahun dulu. Dah jadi mainan online aku. Biasala kalau rugi atau terus rugi.
Jarang sungguh aku nampak seseorang tu, mula je perniagaan online, zup. Untung terus. Mesti ada bende dia failed dulu. Normalnya cam gini.
So, toksahla fikir nak untung cepat. Belajar dulu cara macam mana nak untung cepat. Itu lagi baik biarpun mengambil masa.
eh eh… yer tak yer yaaa… mempelajari cara untuk untung cepat lebih menguntungkan dari nak cepat untung… beza sakan tu…
lain laa mereka yang nak meleburkan diri dalam skim cepat kaya… nak kaya punya pasal.