Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Nampaknya saya terpaksa membuat post kerana partner saya Zhafran buat-buat tak sempat nak update blog yang kononnya banyak kerja nak buat. Piiirrraaaah! Ha Ha Ha! Sebenarnya memang beliau busy sekarang kerana kami sedang baik pulih GaleriBatik.com yang kami yakin web ini bakal berjaya suatu hari nanti. Beliau kini sibuk mengedit-edit segala gambar yang hendak dimasukkan kedalam galeri tersebut.
Baiklah tentang post kali ini ialah “Bersediakah Anda Untuk Menjadi Usahawan?”. Adakah anda sudah bersedia menghadapi segala rintangan untuk menjadi usahawan? Banyak perkara sebenarnya yang perlu kita hadapi dan tempuhi untuk bergelar seorang usahawan. Dalam banyak-banyak dugaan dan cabaran tersebut saya hanya ingin pilih satu iaitu adakah anda sudah bersedia untuk diejek?
Yer.. betul ni.. sekali lagi saya ulang.. adakah anda bersedia untuk diejek? Sudah menjadi lumrah bagi seorang usahawan yang ingin meningkat naik perlu melalui pengalam diejek oleh masyarakat sekeliling. Jika anda membuka kedai gunting dan mungkin kedai anda pada bulan pertama tidak ramai pelanggan. Seperti biasa juga… sesetengah kawan anda akan kata “Erm.. nilah orang dah kata jangan buka kedai gunting ni..tengok.. sambutan pun takde”,”tulah suruh belajar rajin-rajin taknak… sekarang tengok terpaksa kerja sebagai tukang gunting pulak” dan pelbagai jenis ejekkan lagi. Adakah anda rela diri anda diejek sebegini?
Jika tidak… tinggalkanlah impian anda untuk menjadi usahawan sama ada secara offline mahupun online. Seseorang usahawan memang perlu siap sediakan mental untuk berhadapan dengan segala jenis ejekkan ini dan jangan sedikitpun rasa kecil hati dengan ejekkan mereka. Ah… biarkanlah diorang dengan kata-kata mereka. Jangan kerana ejekkan mereka, semangat usahawan anda terus padam dan tutup kedai tetapi buktikan kepada mereka. Jadikan ejekkan mereka sebagai bahan bakar semangat anda untuk berjaya dalam bidang yang anda ceburi.
Alah… saya ketika mula-mula menulis ebook juga menerima pelbagai kritikan dan ejekkan yang menjengkelakan. Macam-macam orang kata… “Eh… sapa nak beli ebook kau?”,”Ada ker orang nak baca ebook budak-budak?” dan macam-macam lagi. Ayuh.. jadikan kritikan sebagai cabaran… anda pasti berjaya!

























Daya tahan kena kuat untuk mencapai sesuatu.. Secara kasarnya 50% orang akan menyokong dan 50% akan membantah dan menkritik anda.. Tapi usah risau kerana 50% yang membantah dan menkritik tadi akan mula menyokong anda ketika anda berjaya buktikannya.. Anda akan menjadi semakin kuat..
tak.. salah tuh..
15% menyokong.. 75% lagi mengeji..
kerjalah kerja tetap.. mak bapak suka.. awek pun suka..
berniaga? kerja sendiri? soalan lazim diorang… “Boleh hidup ke?”.
Kepada 2 komenter kt atas tu:
Ni fakta:
42.7 percent of all statistics are made up on the spot.
(Mungkin statistic yg saya sebutkan ni pon dibuat on the spot).
Enjoy your life. ;p
Anyway, back to the topic. Instead of “bersedia” lebih baik seseorang itu bertanyakan:
“sanggupkah aku menjadi seorang usahawan”.
Kalau bersedia, ramai yang bersedia. Tapi jumlah yang “sanggup” (i.e. korbankan sesuatu) adalah jauh lebih sedikit berbanding yang “bersedia”.
Wah koreen79 wat bisnes cendawan yer?? Dah lama buat??
Kalau nak, sanggup gagal beribu kali. Tapi kalau xnak, gagal sekali dah tak sanggup. So, its to you..Nak duit kene usaha. Tak kesahla jadi usahawan atau keje makan gaji. Janji tak mintak duit orang..
Dulu masa saya buka kedai makan, sorang pak cik kat kampung saya cakap. “4 bulan tutup la tu!” Hahaha..lepas tu mmg tutup, saya gagal, masa saya jual lukisan tepi jalan. lecture dan ada kwn2 kata..belajar tinggi2 jadi best student, pas2 jual kat tepi jalan..huhaha..saya pun pernah keje gunting rambut..lebih kurang camtu gak pandangan orang. Masa saya buka kedai lukisan dan perekabentuk hiasan dalaman, mak saya kata boleh “bayar ke sewa tu..tutup la”, org2 sekeliling saya kata “bleh hidup ke kedai camni?” Huhahaha..kelakar betul..
Tapi saya masih terus berniaga sampai sekrang..dah 4 tahun berlalu..saya tak rasa pelik pun dengan ejekan orang. Tapi saya akn rasa pelik kalau orang tak mengejek saya apabila saya nak jadi usahawan..huhhahaha..
“U can say whatever u want to say, but i know, I will be ‘Someone’!”
Safuan a.k.a Sipenglipurlara: Yup.. insyallah
mat_jawa: Hehe betul ker fakta tu?
Abdul Rahman: Yup.. ramai yang masih tak sanggup
kooreen79: Salam.. wah baguslah
titan: Nak duit kena usaha.. tepat sekali
wanwama: Erm.. sedih lak baca kisah bro.. tapi inilah mentaliti masyarakat kita sekarang.. Yeah.. kita akan menjadi “someone” kelak
sedap baca komen wanma….kadang-kadang kenapa orang sekeliling kita susah nak support apa yang kita buat….
Terima kasih ‘kita’, orang susah nak support kita mungkin sebab ni:
“Orang yang mempunyai idea baru itu dianggap sebagai gila sebelum idea itu berjaya”.-Kata-kata oleh - Mark Twain
Betul la tu kot…:)
HUHU..biarlah orang ejek kite..apa yang penting adalah kita..kita yang nk makan..bukannye diorang..
Bab ejek mengejek ni dah jadi lumrah. Mungkin dah jadi darah daging orang Melayu. So, susahla nak cakap.
Masa aku kat universiti dulu, bende sama gak. Tapi bila sengkek, pandai cari kami2 yg buat duit dri internet dan jual beger nih. Huu, teringat masa jual beger blok ke blok sampai upah kawan pempuan jual beger kat asrama diorang. Best gile jumpa awek2 cun..hoho..:D
Biarla diorang mengejek. Dah penat diorang ejek. Nanti depa berhentila..
ya saya sudah bersedia utk menjadi usahawan! Hm… bermula dgn teragak2 dan kemudian menjadi bara apai terus dan terus sehingga mencapai misi2 tertentu. Memang saya setuju sgt2 sebagai usahawan kita mesti tabah mengahadapi segala cabaran yang dtg. Tu baru contoh ejek yang labanon bagi tu.
Tp sebagai manusia biasa kita perlu membina kekuatan dan bukan hanya menunggu kekuatan tu dtg :P. sy akui cabaran sbg usahawan teramat lah besar! Tp syukur sy telah bangkit setelah jatuh baru2 ini. Thank 4 all… lets keep going make money online…
nama lagi manusia… kan kan kan kan… memang tak terlepas dari sebarang ejekan apa-apa pun… selagi hayat masih ada memang patut kita bersedia menerima ejekan yang bertimpa-timpa itu… bukan dari orang lain pun… saudara mara terdekat memang tak senang duduk kalo tak membuat teguran pedas kalo ada apa2 usaha yang bernama perniagaan…
bukan mudah nak jadi peniaga dan bukan senang nak jadi usahawan… pahit getir kena sambut laa kalo nak berjaya…
bukan senang nak senang…