Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Berbelanja Biarlah Bijak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

bijak.gif

Apa khabar semua? Harap berada dalam keadaan yang baik dan sihat waalfiat. Wah, saya dan Zhafran sekarang dalam mood nak pergi seminar nak menuntut lebih banyak ilmu di sana dengan satu harapan iaitu pendapatan kami akan bertambah oh!

Baiklah tahukan anda kata kunci untuk sesuatu kekayaan?

Kata kunci bagi pembinaan kekayaan ialah berbelanja dengan bijaksana. Anda perlulah berbelanja dengan bijaksana dan jangan sesekali membeli sesuatu mengikut nafsu. Mudah untuk dikatakan seperti anda mengatakan bahawa bersenam itu baik untuk kesihatan walhal anda tidak bersenam pun oh! Baiklah apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan berbelanja dengan bijaksana?

Jika saya membeli sebuah kereta EVO 8, adakah ianya bijak? Jika saya membeli TV Plasma 29 inci, adakah ianya bijak? Jika saya membeli set sofa yang baru, adakah ianya bijak? Jika saya berkahwin, adakah ianya bijak :D ? (eh ni pun kira berbelanja ker?)


Soalan yang baik.Membeli sesuatu barang boleh menjadi tindakan yang bijak atau sebaliknya. Sebagai contoh, jika anda membeli katil baru kerana katil anda yang lama telah berlubang-lubang oh!, ianya boleh dikatakan satu perbelanjaan yang agak bijak. Bagaimana pula sekiranya anda menukarkan set sofa anda kepada set sofa baru semata-mata kerana hari raya bakal menjelang tiba? Barangkali ini adalah satu perbelanjaan yang tidak bijak.

Oleh sebab itu, salah satu cara untuk mengelaskan perbelanjaan yang bijak adalah dengan mempunyai sebab yang kukuh untuk membelinya. Buka Microsoft Word sekarang dan buat empat kolum. Namakan setiap kolum tersebut sebagai ‘perlu’,'penting’, ‘menyamankan’ dan ‘tidak berguna’. Setiap kali anda berbelanja untuk sesuatu barang, kelaskan ia dalam kategori tersebut.

Perlu - Anda membelanjakan wang anda sama ada suka atau tidak. Contohnya makanan dan tempat tinggal.

Penting - Untuk meningkatkan kualiti hidup. Contohnya pemanas air, buku dan pagar automatik.

Menyamankan - Tengok wayang, beli hadiah kepada sidia dalam kategori ini.

Tidak berguna - Perkara yang tidak menambahkan nilai atau faedah positif dalam hidup anda.

Saya ingin menyentuh sedikit mengenai berbelanja untuk perkara yang sia-sia ataupun tidak berguna. Ramai remaja sekarang termasuk kawan-kawan saya sendiri bercita-cita untuk memiliki kereta sport yang mampu memecut laju dijalan raya, menambah kuasa turbo pada kereta dan sebagainya. Saya kata kepada mereka “Hey adakah kamu Michael Schumacher atau setidak-tidaknya waris beliau?”. “Tidak” jawab mereka. “Baiklah jika kamu bukan Michael Schumacher atau waris beliau maka perbelanjaan anda terhadap perkara berikut adalah tidak berguna!”. Hakikatnya ia menjadi bebanan terhadap anda.

Seorang kawan saya, Ecaros pernah kata kepada saya yang beliau ingin memiliki kereta sport yang mampu memecut laju yang konon-kononnya ingin menikmati kekayaan yang diperolehi kelak. Bukan setakat itu beliau juga ingin menambah lain-lain barangan yang agak pelik seperti ‘trimming’,’sportrim’ dan ’spoilers’.

“Hey ini adalah jalan pasti untuk anda disaman oleh polis trafik!” kata saya. “Walaupun kereta engkau boleh memecut sehingga 300 kilometer sejam, di negara manakah di dunia ini anda boleh memecut di jalan raya selaju itu?” tambah saya lagi. Dengan kata lain, anda sebenarnya membelanjakan wang untuk suatu perkara yang anda tidak patut lakukanya!

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

22 Comments »

Comment by ecaros
2008-05-09 09:33:40

Hagaga :)) …biasalah, jiwa anak muda yg inginkan ‘kelajuan’…sy pasti smua org pun nak cepat kan? Bergerak cepat, berjaya cepat, kahwin cepat hagaga, dan yg pasti nk jd jutawan cepat. hagaga

Yg spoiler dan entah apa2 lg tu biasa la, nk tackle awek takkan nk gna kereta buruk kan?? hahaha…tp janji duit byk n berjaya dlm hidup, petik sekali je 10 yg datang…. hagaaga…sbb awek2 skrang gila besi je, tu la pasal nk bg bg kete lawa skit…hagaga >_<”

haiz…keluar topik plak haku nih, apapun belanja tu kenalah bijak, bodoh la kalau sggup melabur RM 200K utk beli kereta sport kan(huhu,aku baget 50k je:)) )? baik melabur utk kahwin ke, biz ke ada la jugak manafaatnya kan ??hagaga

Lg pon kita smua ni akan disoal lol harta yg dibenjanjakan kemana masa di dunia, kalau ke jalan Allah fuhh bahagia dunia n akhirat la kita, tp kalau ke arah maksiat? huhu, pandai2 la ko jwb. huhu…

apapun nice sharing bro… hagaga (siap bg atas muka haku lg:)) )

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-12 10:30:42

Hehe rilex2 :D

 
Comment by titan
2008-05-12 11:12:49

Hoho..makan dalam tuh..

 
 
Comment by Luv
2008-05-09 11:01:33

lawak betul la korang ni..teringat akk time muda dulu2 huhu..anyway idea labanon untuk buat empat kolum tu bagus. Lagi senang guna sahaja excel ke..boleh buat pengiraan sekali. Atau kalau malas lagi, guna sahaja soft2 yang de kat internet seperti visual money ke atau sebagainya.

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-12 10:31:00

Hehe a’ah guna excel lagi mudah kot :D

 
 
Comment by hairul
2008-05-09 15:01:14

hehe..betul tu.

Berbelanja biarlah bijak. Lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang ni. Semuanya dah naik harga. Jom jadi pengguna yang berhemah.

Opsss, Labanon. Harga mas kahwin pun dah nak naik gak la…hehe

Oh, satu lagi, “Jika saya berkahwin, adakah ianya bijak :D ? ” Apa jawapan demo untuk soalan ni ye? :)

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-12 10:31:32

Haha… mas kahwin pun dah naik sakan sekarang.. tu ynag fikir nak kahwin sekarang sebelum harga melambung tinggi oh!

 
 
Comment by wanwma
2008-05-09 15:21:04

yup! kena berbelanja bijak..sekarang harga barang(beras,gandum,road tax) dah naik hampir sekali ganda! banyak tu

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-12 10:31:58

Yup… so pendapatan kita juga sepatutnya.. meningkat 1 kali ganda jugak :D

 
 
Comment by Din Beramboi
2008-05-09 17:30:05

Ya…berhati-hati di jalan raya, insya-Allah jiwa selamat.. :D

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-12 10:32:19

Hehe handsome sakan bro di JomSeminar :D

 
 
Comment by saffa
2008-05-09 17:38:25

:p OPS! ok.. lepas ni saffa akn try ikutnasihat adly ni..

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-12 10:32:41

yeah… perempuan.. perlu lagi bijak bila shopping ha ha ha!

 
 
Comment by taza
2008-05-09 17:55:46

Tak salah membeli kalo mampu bayar lagipun kalo tak der yang nak beli sapa plak nak jual kan ha ha gurau jer bila berbelanja tu tgk tgk poket gak jangan membuta tuli ok ar lu pikir la sendiri ho ho

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-12 10:33:30

Hehe memang tak salah membeli.. tp rugilah sepatutnya duit kita leh guna buat benda yang lebih memerlukan :)

p/s: Lebih baik simpan duit… hehe esok tidak selalunya cerah oh!

 
 
Comment by syuxx
2008-05-09 19:41:03

hehe. saya selalu habiskan wang pada si dia.
demit. belum lagi kawen nanti.
haha

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-12 10:33:57

haha.. itu merupakan satu pelaburan yang bijak untuk masa depan hrmm.. hahaha

 
 
Comment by Abg Di
2008-05-09 19:44:15

Adly bagi saya selagi orang itu mampu berbelanja menggunakan pendapatan atau kekayaan yang dimiliki rasanya tak salah untuk membeli apa saja yang dihajati…:-)

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-12 10:34:22

Ya2 :D

Hehe silap belanja pasti K.O :D

 
 
Comment by zool
2008-05-10 12:52:51

Tabik lah dengan ko..
Dalam usia muda tapi dah pandai merancang kewangan.. Masa aku dulu antara benda membazir aku beli ialah CD… N banyaknya CD wrestling..
Tengok sekali je lepas tu bosan.. Tu pasal tak kaya2.. ha ha ha.. tapi walaupun agak lambat namun sekarang perancangan kewangan perlu..

p/s : Kawin adalah satu tindakan bijak tapi mencari pasangan tu yang perlu bijak.. AKu tak bijak2 lagi tentang hal ni…. Huhuhuhu..

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-12 10:35:05

haha… dulu2 time famous wrestling :D hehe…

p/s: “Anda perlu kahwin untuk menjadi bebas kewangan” kata Shuth :P

 
 
2008-05-18 00:38:57

[...] IM-IM yang memberi tip berbelanja atau berjimat cermat sejak akhir-akhir ini, contohnya Labanon, SmartZul dan saya sendiri. Bukannya apa, berbelanja sudah menjadi perkara wajib dalam kehidupan [...]

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.