Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Adakah Anda Saling Mencintai?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mungkin anda sekarang dilamun cinta dan mungkin ada dalam kalangan pembaca blog ini yang baru sahaja mengenali apa itu erti cinta namun saya tetap doakan agar anda sentiasa bahagia disisi orang yang tersayang. Semoga perhubungan anda akan berakhir dijinjang pelamin oh! Walaupun dalam blog ini saya sentiasa menceritakan tentang wang dan perniagaan izinkan saya pada hari ini membetulkan sedikit keadaan dengan perspektif yang sebenar.

Pembaca blog yang budiman sekalian,

Jika anda melakukan sesuatu semata-mata kerana wang, lambat-laun anda akan kecewa. Sangat kecewa diibaratkan seperti ditinggalkan oleh kekasih yang tidak mengenal apa itu erti “setia” oh!. Bekerja hanya untuk wang akan meletihkan anda, meresapkan tenaga anda dan membuat anda tidak bermaya. Anda akan marah terhadap pekerjaan yang anda lakukan, kekasih, rakan sepejabat, partner, majikan dan lebih malang anda memarahi diri anda sendiri.
Azizi Ali menerangkan keadaan ini seperti berikut “Satu perkara yang sangat menarik apabila anda bekerja kerana wang ialah anda tidak perlu mati untuk sampai di neraka kerana anda sudah pun ada di sana!”

Bagi mencapai tahap yang amat cemerlang, menyinar ditempat kerja dan memperoleh pendapatan yang lebih baik, anda mesti suka ataupun mencintai pekerjaan yang anda lakukan. Tiada jalan lain. Jika anda sekarang sedang melakukan tugas ataupun pekerjaan yang anda tidak suka… jangan harap anda ingin menjadi orang yang berjaya dalam bidang tersebut. Untuk mengetahui anda cinta atau tidak terhadap kekasih anda sesuatu perkara yang anda lakukan ialah anda sanggup melakukanya dengan PERCUMA!

Hakikatnya kita semua hanya akan hidup sekali sahaja dan masing-masing mempunyai satu hayat. Alangkah ruginya dalam kita hidup hanya sekali tetapi kita melakukan sesuatu yang anda tidak suka atau paling teruk dan benci. Alangkah malangnya menggunakan kehidupan yang merupakan satu anugerah Allah untuk menderita.

Terlalu banyak orang melakukan kerja yang tidak sepadan, tidak sesuai dan tidak sebati dengan kemahuan mereka. Ada juga orang melakukan sesuatu yang tidak sepadan dengan kemahiran yang mereka ada. Mereka melakukanya kerana wang. Ada juga orang yang melakukan sesuatu kerana mereka terlalu takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Ada juga yang melakukan sesuatu pekerjaan kerana hasrat ibu bapa oh! Macamlah iba bapa mereka yang hendak bekerja!

Sebuah buku yang ditulis oleh Marsha Sinetar bertajuk “Do What You Love, The Money Will Follow” merumuskan segala-galanya. Lakukan apa yang anda sukai dan wang ringgit akan datang kemudian. Sebagai penutup… satu soalan kepada anda… adakah anda sekarang melakukan perkara yang anda betul-betul cintai dan sukai? Tepuk dada tanyalah diri anda!

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

22 Comments »

Comment by rass
2008-05-01 22:28:07

Salam Labanon,
Antara cinta dan suka ada dua pegertian yang berbeza. Cinta ada lah lebeh tinggi dari suka. Anda akan lakukan tanpa kira penat lelah, walaupun sekali penat tapi hati riang. Suka hanya lakukan dgn suka tak suka boleh tinggalkan. Eh! betul ke apa saya cakap ini. Ini hanya komen saya tak semestinya betul. Siapa2 ada komen lain silakan. Terima kasih Labanon artikel yg baik utk perkongsian disini.

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-01 22:37:02

W’mslm,

Yup pengertian yang berbeza namun kita tetap perlu berpegang dengan 2 perkara berikut untuk berjaya iaitu cinta dan suka :)

 
 
Comment by kakeru
2008-05-01 23:33:01

Dahulukan kualiti, then yg lain pasti akan mengiringi… Kesimpulan yang telah saya ambil daripada sebuah buku (karya Razzi Armansur, Dunia ini penuh Wang).

Betul kata Labanon. Klu kita wat kerja kerana duit, memang menderita. So, skang ni kena tukar sikit, cintakan kerja kita dan lakukannya ikhlas kerana Allah…itu lebih baik.

Insya-Allah, Allah pun akan berikan sesuatu yang lebih baik untuk kita kerana rasa cinta kita kepada-Nya. Semoga kita menjadi begitu :)

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-03 06:21:18

Yup itulah yang terbaik… kerja ikhlas keranaNYA

 
 
Comment by hairul
2008-05-01 23:55:20

hehe… tengok tajuk pun dah tau sapa yang tulis… :)

Eh, jap2… Zhafran mana menghilangnya? Oh, sibuk bercinta ek?

Oh, teringin nak tau kisah cinta Labanon ngan Zhafran…( Opss, bukan percintaan antara Labanon & Zhafran, tapi kisah cinta Labanon & juga kisah cinta Zhafran.) :)

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-03 06:22:48

Ahaha… bunyi mcm gay jer :P

Zhafran sibuk sebenarnya dengan Majalah IM… dia yang handle untuk bulan Mei ni… ha ha ha! Dia dok sakit kepala tu Hairul :P

 
 
Comment by hairul
2008-05-02 00:05:15

Oh, nak tambah sikit lagi.

Bercinta dengan pekerjaan? Cukup menarik bunyinya. Kalau bercinta dengan manusia, kita dapat rasai kasih sayang yang disemai. Kita juga dapat rasai hangatnya sentuhan cinta.

Tapi, macam mana pula ye bercinta dengan pekerjaan. Adakah kepuasan kerja itu jadi ukuran? Keseronokan dan wangkah yang jadi bualan romantis?

Oh, Labanon, Zhafran, & pembaca budiman, inginku dengar kalian berpujangga.

 
Comment by titan
2008-05-02 03:01:33

Ai..ada je kaitan dengan cinta ye. Apapun, buatlah apa yang korang suka. :)

Comment by taukey
2008-05-02 14:29:43

hu hu hu buat apa yang suka janji tak sakitkan hati org dan tak menyalahi undang undang

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-03 06:23:09

Ya2 betul kata koorang berdua ;)

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Abang Di
2008-05-02 12:05:59

…bila cinta menguasai diri kehebatan manusia akan terselah… :-)

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-03 06:23:37

Ho ho ho! Menarik tu… kehebatan yang tak disangka2 :)

Comment by Abang Di
2008-05-03 15:49:02

Hanya mereka yang bersemangat tinggi macam Labanon sahaja yang mampu memahaminya dan merasainya …

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by dauz
2008-05-02 14:01:38

HUhu…gerenti ada project kahwin tak lama lagi nie…tapi cinta itu memang indah dan indah itu cinta..hehe

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-03 06:24:07

Hehe projek kahwin ek? Zhafran dulu kot ho ho ho!

 
 
Comment by lin
2008-05-02 14:07:05

bila baca artikel nih teringat kat satu petikan yg member ittutor kongsi lama dulu. Bekerja seolah2 hidup selama2nya, beribadat seolah2 mati esoknya.. pikirkan sejenak…

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-03 06:24:24

Yupp betul tu…

 
 
Comment by setria
2008-05-02 22:47:34

Betul tu,kebanyakan orang bekerja disebabkan ingin berada dalam zon selesa dan tidak mahu keluar dari zon tersebut atau takut hendak keluar.

Dan kebanyakannya minda mereka telah disetkan menjadi “suka atau tak suka belakang cerita,janji tiap-tiap bulan dapat gaji” dan ang sewaktu dengannya

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-03 06:25:15

hehe untuk berjaya kita perlu menyintai kerjaya… namun berpada-padalah jangan pula sehingga terlampau mencintai dunia..

 
 
Comment by saffa
2008-05-03 12:04:41

adush.. I hope the path that i choose is the correct one!

 
Comment by Sweet Thinker
2008-12-19 17:15:24

kali petama dtg cni. trus baca smpi blkg. huhu!

 
Comment by Sweet Thinker
2008-12-19 17:15:24

kali petama dtg cni. trus baca smpi blkg. huhu!

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.