Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Harap berada dalam keadaan yang baik hendaknya. Dikala partner saya iaitu Zhafran sedang sibuk menyiapkan design ebook terbaru (sebenarnya buat-buat sibuk) jadi saya rasa eloklah saya menggantikan beliau untuk membuat post seterusnya di blog FlareBiz ini. Ebook ini masih dalam proses dan kami sekarang dalam proses ingin mencipta bonus bagi ebook tersebut. Baiklah kita teruskan dengan post kita kali ini.
Saya percaya ramai pembaca blog ini yang bekerja makan gaji dan bukanya makan sabun
. Baiklah saya tahu anda teringin untuk bekerja sendiri sambil diulik oleh si isteri yang cantik dan si suami yang tampan dan memiliki empayar perniagaan sendiri yang seolah-olah lebih stabil daripada empayar perniagaan Trump. Saya cuma ingin tegaskan di sini, kenal pasti dulu diri anda dan jangan terikut-ikut dengan rakan-rakan anda yang mulakan perniagaan sendiri yang kononnya hidup senang tanpa perlu bersusah payah mencari wang. Oh!
Anda fikir setelah mereka memperolehi keuntungan yang lumayan selepas setahun berniaga, mereka merupakan usahawan yang berjaya dan anda pula fikir anda akan memperolehi keuntungan setelah setahun berniaga… maka secara automatiknya diri anda tidak layak untuk berniaga! Realitinya sesuatu perkahwinan perniagaan offline itu di anggap berjaya setelah dua atau tiga tahun beroperasi dengan STABIL.Saya bukan untuk memperlekehkan usahawan dan saya sendiri bercita-cita ingin menjadi usahawan yang kacak,tampan dan hensem berjaya kelak. Cuma, jika kita lihat Mc Donalds sendiri mengambil masa selama 12 tahun untuk menjadikan syarikat francais yang kukuh.
Saya menyuruh anda mengenali diri anda dahulu, sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan adalah kerana sesetengah orang memang telah dijadikan membenci perniagaan untuk tidak terlibat dalam perniagaan. Mereka tidak mempunyai jiwa, keupayaan atau pemikiran sebagai seorang usahawan. Mereka juga tidak tahan melakukan sesuatu berjam-jam lamanya, mereka tidak sanggup untuk senyum seperti monyet dipaksa senyum kepada pelanggan mereka dan paling teruk mereka tidak tahu selok-belok perniagaan. (Apa yang mereka tahan hanyalah seperti partner saya, Zhafran yang hanya melayan wanita-wanita cantik yang berkunjung ke kedai mereka Ohh!) Sebab itu saya ingin nyatakan di sini, jangan buka restoran kerana anda minat memasak, jangan buka klinik kerana anda suka merawat orang lain, jangan buka kedai urut kerana anda pandai mengurut (eeeeee~) dan jangan buka seluar anda kedai dobi kerana anda suka mencuci kain. Jika anda sudah kenali diri anda dan tidak meminati perniagaan, maka jangan buang masa untuk menceburi bidang perniagaan

Jadi teruskan dengan makan gaji anda asalkan anda hidup senang. Kenapa ingat orang makan gaji ni tak boleh mencapai tahap bebas kewangan ker? Kenapa ingat orang makan gaji ni takleh jadi jutawan ker? Kenapa ingat orang makan gaji ni akan sering dibelengui hutang ker? TIDAK SAMA SEKALI!
Sebenarnya dalam dunia ini, wanita adalah segala-galanya! berapa pendapatan yang anda dapat tidak penting tetapi berapa yang anda simpan itu penting. Makan gaji adalah jauh lebih baik daripada usahwan yang hanya mempunyai perniagaan hidup tetapi tidak menjadikan usahawan tersebut sebagai jutawan. Wang yang diperolehi hanyalah cukup sekadar untuk mereka buat makan minum anak-beranak. Untuk pengetahuan anda juga, menjadi usahawan ini sakitkan kepala, sering menghadapi masalah dan tekanan darah tinggi.(tapi takpe…sekurang-kurangnya ramai perempuan suka orang menjadi usahawan ni
)
Jika anda fikir usahawan boleh bangun tidur lewat… boleh bekerja bila-bila masa… senang… bila-bila pun boleh cuti… sebelum tu cuba anda fikir… adakah sikap begini boleh membuatkan seseorang itu menjadi usahawan yang benar-benar berjaya? Jika client anda ingin jumpa anda pada pukul 9 pagi esok… sudah tentu anda perlu berada seawal jam 7 pagi lagi. Dengan kata lain, tiada bezanya sama ada anda makan gaji ataupun usahawan yang penting ILMU PENGURUSAN WANG ANDA. Ilmu inilah yang akan membezakan anda samaada seorang yang kaya ataupun tidak. Saya taknak pembaca blog saya berlagak kaya tetapi miskin.
Kesimpulanya, sebelum anda hendak menceburi bidang perniagaan… cerminkan diri anda (wah hensem jugak yer
) dahulu dan jika anda betul-betul layak… ayuh sertai kami sebagai seorang lelaki usahawan sejati. Jika tidak lupakan niat anda… tuntutlah ilmu perniagaan secukup-cukupnya dan ingat 9/10 rezeki adalah untuk orang yang berniaga.
sekian
p/s: Anda setuju atau nak bangkang post saya kali ini? ![]()

























simpanan untuk hari tua anda
kok nanti tua macam mana nak kerja lagi? urat ‘dawai’ pun tunggu masa nak putus 
Yup.. bila dah tua.. anda sudah terperangkap dan mula fikir apakah yang anda lakukan ketika muda
Saya setuju 99%.. Hahaha.. Yang penting simpanan.. Tapi jangan terlalu kedekut jugak.. Huhuhu..
simpan aje. Seposen pun kalau dapat simpan. Lebih bagus dari yg tiap2 bulan tak cukup duit nk bayar sewa rumah atau pampers anak..
kalo ada simpanan dan tentunya setiap bulan duit mesti lagi masih cukup kuota untuk perbelanjaan bulan2 yang seterusnya… yang penting simpan semua gaji yang dapat dan belanjakan simpanan yang sebelum yang masih berbaki… ahahahaa…
beberapa golden rule yang sedang saya berusaha untuk mempraktikannya:-
1. bukan berapa banyak yang saya dapat tetapi yang pentingnya berapa banyak yang saya boleh simpan
2. menyimpan tidak kurang dari 30% dari pendapatan yang diperolehi
3. mengurangkan perbelanjaan semampu yang boleh?
4. melupakan apa yang telah disimpan
sebenarnta, ia agak susah untuk saya praktikan, almaklumlah, (sudah menjadi tabii orang perempuan agaknya)saya memang suka berbelanja, shoping,…
membeli sesuatu yang baru ….
Walaubagaimanapun, demi mencapai kehidupan yang lebih sejahtera dan misi menjadi jutawan, kita perlu MENYIMPAN MENYIMPAN MENYIMPAN
Yup… ada dua prinsip nak jadi jutawan ni:
1) Mencari
2) Menyimpan
Tak boleh nak sentiasa defend jer.. kena juga attack..
kebanyakaan usahawan internet baru sekarang terikut-ikut mengikuti jejak yang telah berjaya kerana wang…namun mereka tidak sedar dengan keupayaan diri sendiri…memang wajib mencermin diri dulu sebelum memulakan sesuatu perkara
Apa yang penting bukan berapa yang kita dapat, tetapi berapa yang kita simpan.
Apa yang penting bukan berapa yang kita dapat tetapi apa yang kita belajar.
xramai yg buat target untuk simpanan & pelaburan. kne ad target i.e: setahun nak simpan brp?pelaburan brp?kt mn nk mlabur?dr mn nk dpt duit tu?kne push dri sndri, klau x..
It’s not your salary that makes you rich, it’s your spending habits…
&
…getting married is a great way to fall in love…
saya yg nk bangkang anda!
sbb sy tak makan gaji. sy makan nasi! muahahaha…
gurau seh.. apa2 pun sebelum sesapa nk berenti keje tu pastikan yakin anda leh survive dulu. jgn main cuba2 jek. kaji dulu. so mcm sy la ni keje makan gaji dgn pakcik google jek.. tp pas abis belajar ni memang nk wat business sendiri.. nk jugak tak kira
kalo dah berhenti kerja memang susah laa nak cari kerja balik. kalo ada duit standby sekalipun berapa lama duit tersebut boleh bertahan… lama2 habis jugak tak berbaki… dan pengurusan kewangan itu memang penting agar dapat meneruskan kehidupan tanpa duit yang banyak…
nampaknya kena ada bakat untuk menyimpan dengan lebih disiplin lagi… kenapa takder duit…? sebab bakat menyimpan takder agaknya…
berniaga apapun kalo duit simpanan takder… apa makna satu2 perniagaan itu…?
Saya salah sorang yang makan gaji. Tiap-tiap tahun mengharap kenaikan tahunan dan bonus yang tak seberapa. Terlibat dengan beberapa MLM tapi tak berjaya kerana tidak mempunyai kesabaran yang tinggi kerana nak kemewahan dalam masa yang singkat dengan usaha yang sikit. Mustahil-mustahil.