Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Bagaimana Nak Mula Ebiz? (1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah hari ini saya ingin menjawab salah satu soalan daripada rakan kita yang juga pembaca blog flarebiz ini. Soalanya berbunyi lebih kurang begini “Bagaimana nak mula ebiz?”. Baiklah saya cuba untuk berkongsi di sini agar pembaca lain juga boleh mendapat beberapa tip di sini secara tidak langsung akan menjadikan blog ini lebih berinformasi.

Baiklah langkah pertama ialah anda perlu tahu kenapa anda hendak cuba cari duit secara online ni?

Anda perlu tanya diri anda dahulu kenapa…kenapa dan kenapa nak cuba perniagaan Internet. Jika jawapan anda hanya sekadar ingin mencuba.. saya nasihatkan agar lupakan sahaja kerana sudah ramai yang gagal kerana ingin sekadar mencuba tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh untuk bermula perniagaan Internet ini agar apabila anda ditimpa musibah ia tidak akan menjejaskan semangat anda yang sedang membara tersebut. (tengok Zhafran mempunyai semangat yang membakar seperti logo flarebiz :D dalam mengejar cita-citanya)

Bilakah anda ingin mulakan perniagaan Internet?

Ini juga merupakan soalan penting bila anda ingin mulakan perniagaan Internet. Jika anda jawab sekarang maka anda check dulu diri anda adakah ilmu sudah cukup? Adakah sudah baca semua ebook berkenaan perniagaan Internet? Adakah sudah menghadiri seminar?(saya sendiri belum pernah menghadiri mana-mana seminar haha) dan pelbagai jenis soalan lagi anda perlu tanya diri anda. Jika nampak sudah ok maka mulalah sekarang! Jangan pula jadi macam sesetengah orang yang sudah membaca berpuluh-puluh ebook tetapi masih lagi tidak mengambil langkah pertama. “Just Do It”

Bak kata Mat Biz:

Jarak perjalanan tidaklah penting tetapi apa yang lebih penting ialah langkah pertama

Nak berniaga apa di Internet?

Soalan ini merupakan perkara yang amat penting dimana akan mencorakkan kewangan peribadi anda nanti ;) Ramai orang yang pening nak berniaga apa di Internet ni… Nak berniaga apa yer? Kaftan Team FlareBiz dah buat… Nak jual tudung orang dah buat… apa yer orang masih tak buat? Jika itulah yang anda fikir maka sampai bila-bila pun anda tidak mampu untuk memulakan perniagaan Internet. Kenapa takut sangat dengan persaingan sihat ni? Kenapa? Jika takut persaingan kenapa anda ingin berniaga? Perniagaan Internet tetaplah suatu perniagaan walaupun anda tidak perlu betentang muka dengan pelanggan. Lihat bagaimana saya tetap mengeluarkan ebook tentang adsense walaupun ramai yang kata ebook adsense dah berlambak kat Internet.

Mat Biz kata “Ramai orang yang mempunyai banyak idea yang hebat tanpa tetapi tidak bertindak dan ramai yang bertindak tanpa idea yang bagus. Tanpa idea yang bagus dan tindakan yang sepatutnya anda tidak akan berjaya” (Pergh! Mat Biz nak jadi orang falsafah ni)

Idea… Idea dan Idea.. Itulah yang anda perlu sentiasa fikir dan cari apakah produk yang sesuai untuk dijual di Internet. Baiklah saya bagi anda idea secara ringkas bagaimana anda ingin mencari wang secara online.

1) Jika anda mempunyai perniagaan secara offline, bawakan produk tersebut secara online. Tak rugipun hanya keluarkan modal untuk hosting + domain. Contohnya anda berniaga minyak urut secara offline.. apa kata anda jual minyak urut tersebut secara online.

2) Jika anda tahu bagaimana hendak menukarkan tiub basikal,motor dan sebagainya (Jangan tiub kereta api sudah!) anda mungkin boleh buat blog untuk menerangkan step by step bagaimana untuk menukar tiub tersebut dan letakanlah kod adsense di blog anda. Secara tidak langsung anda boleh mendapatkan duit daripada program Google AdSense. Cara lain ialah anda mungkin boleh buat video menukar tiub tersebut dan jual video tersebut melalui Internet! Jaga pemasaran Insyallah laku macam goreng pisang panas!

Bersambung… tunggu part 2

p/s: Dalam proses menulis ebook terbaru yang akan diedarkan percuma kot :P tapi tak tahulah macam mana.

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

8 Comments »

Comment by arman
2008-01-17 03:37:40

haha jd smangat update blog tu :p

 
Comment by zool
2008-01-17 08:17:01

Yang penting usaha dan tidak berputus asa sebab kalau nak kira putus asa dah lama dah give up…
Tapi usaha tangga kejayaan..
Lambat atau cepat insyaallah rezeki akan tiba jua.. AMIN..

 
Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-01-17 09:45:33

arman: Yeah tq ya!

zool: yup betul tu :)

 
Comment by zawiah
2008-01-17 10:42:56

hiii dik labanon,
walaupun akak ni orng lama , tp semangat labanon mmg bagus dn terpuji…contoh yg baik utk semua orng muda sekalian.

 
Comment by Zoull
2008-01-17 18:52:41

mungkin tahap yang paling sukar dalam perniagaan internet ini adalah untuk maintain semangat dalam mencari pelanggan… kebykan usaha yang dilakukan tidak membuahkan hasil..
tp kalu bersertakan ilmu yang mantap dan bertawakal kepada Allah S.W.T isyAllah lagik cepat dapat hasilnye…

 
2008-01-18 00:04:05

[...] ingin sambung menjawab soalan para pembaca… Ini merupakan part 2 so, anda sepatutnya membaca part 1 dahulu sebelum membaca post hari [...]

 
Comment by En Dlie
2008-01-21 08:52:25

Idea boleh dapat dari mana-mana, malah depan mata sekalipun dah terpampang, bezanya kemahuan kita mahu lakukan ataupun tidak..

Produk sama tidak semesti serupa.. mungkin kualiti berbeza dan kandungan juga lebih baik, jadi tak apa lah kalau bersaing pun.. :-)

 
Comment by abdfatah
2008-02-15 07:41:43

idea dah tentu kena ada. tak ada idea nak berniaga…? boleh jenguk idea dari team flarebiz

berniaga? ebiz?

takkan nak cuba2 ebiz je…

kalo “JOM mulakan ebiz sekarang!” lagi best…

setakat cuba-cuba mana best… ebiz bukan calang2 cobaan yang boleh dicuba-cuba… tak gitu…?

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.