Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ok hari ini saya ingin sambung menjawab soalan para pembaca… Ini merupakan part 2 so, anda sepatutnya membaca part 1 dahulu sebelum membaca post hari ini.
Baiklah soalan seterusnya yang anda perlu tanya ialah apakah target market anda?
Yer betul… saya tahu target market anda ialah pengguna Internet. Tetapi jawab soalan saya ini dulu.. Anda ingat berapa orang yer pengguna Internet? Mustahil anda dapat fokus kepada semua pengguna Internet untuk pemasaran! Saya ulangi M-U-S-T-A-H-I-L! Jadi anda perlulah kecilkan sedikit skop target market anda supaya anda tidak akan melakukan promosi yang sia-sia. Dengan mengetahui skop promosi anda.. promosi anda akan lebih berkesan. Jika anda ingin menjual video menukar tiub anda perlulah melakukan promosi di forum-forum basikal,kereta dan sebagainya dan bukanya promosi di forum-forum mencari jodoh dan sebagainya. Memanglah boleh anda lakukan promosi cuma mungkin akan kurang berkesan. (Oh! Adakah anda betul-betul ingin membuat video cara menukar tiub? Tidak itu idea saya!)
Baiklah adakah anda kenal Edmund Loh? Beliau merupakan salah seorang IM yang sudah terkenal dan beliau hanya menumpukan produk tentang Resell Rights(RR), Master Resell Rights(MRR) dan Private Label Rights(PLR). Lihat beliau mempunyai niche yang tersendiri
Akhir sekali bagaimana anda ingin bermula?
Pada pendapat saya anda perlu cari niche anda tersendiri dan FOKUS dalam niche anda. Jika anda ingin bergiat dalam adsense… tumpukan sepenuh perhatian anda dalam adsense dan jika sudah berpuas hati barulah beralih kebidang-bidang yang lain. Kuasa fokus ini bukan hanya perlu dalam perniagaan Internet malah dalam perniagaan online sekalipun kita memerlukan FOKUS supaya betul-betul berjaya.
Sudah ramai yang saya dengar rintihan para newbie.. cuba buat adsense… tapi sampai sekerat jalan mahu tukar bidang pulak. Tak tengok lagi berjaya atau tidak. Tapi jika anda dah cuba sedaya upaya(bukan sekerat jalan yer) dalam sesuatu niche namun tidak berjaya.. sila tukar niche anda dengan segera kerana niche tersebut mungkin tidak sesuai untuk anda.
Mat Biz kata “Seorang yang pahlawan yang hebat tahu bila masanya untuk meletakkan pedang” (maksudnya seseorang yang ingin berjaya perlu tahu bilakah masa yang sesuai untuk berundur)
Baiklah saya sediakan step ringkas apa yang perlu anda lakukan untuk bermula dalam ebiz:
1) Beli domain + hosting
2) Buat web/blog anda
3) Promosi
4) Dapat duit anda sekarang!
Tidak salah untuk anda target mendapat pendapatan melalui Internet sebanyak RM1 juta. Tidak salah namun sebelum anda buat target begitu baiklah saya cadangkan anda buat dulu matlamat untuk short term biar dapat RM1 dulu daripada internet. Selepas dapat RM1 buat target baru iaitu RM10 dan seterusnya begitulah sampai anda dapat mencapai RM1 juta. Pendapatan kami sekarang ialah 4 angka dan hampir mencecah 5 angka. So, target kami seterusnya ialah 5 angka setengah hahaha!
Baiklah itu sahaja tip ringkas saya bagi menjawab soalan para pembaca. Bagi anda yang ada soalan boleh ajukan kepada kami di ruangan contact dan insyallah kami akan cuba menjawabnya. Jika kami rasakan sesuai untuk dikongsikan bersama pembaca lain, kami akan buat post di sini.
sekian.
p/s: Kami sedang menyiapkan “Projek Hot” untuk dilancarkan 1 Feb ini ![]()

























kecilkan target untuk memudahkan kerja2.. bile dah mahir tentang kerja2 tersebut beralih ke kerja2 yang lain untuk mendapat pulangan yang berganda.. bagus tips ni..
terima kasih…
Cantik Theme…siap ada mascot…MatBiz…
Anyway..all the best for u and me..hehehe
Zoull: yup penting tu
NayanMohd: Tq
Bagus tip ni. Banyak juga buku yang menulis tentang bagaimana nak mulakan e biz. saya ada baca jugak. tapi tip labanon nie memang cukup ringkas dan merangkumi apa yang sepatutnya.
1) Beli domain + hosting
2) Buat web/blog anda
3) Promosi
4) Dapat duit anda sekarang!
Ya! itulah ia cara buat bisnes internet.
Yup,kena ada matlamat dlm menjalankan perniagaan internet ni barulah kita tahu arahtuju kita..
bagus… bile kita start dengan semua nya kita sendiri yang buat… baru l best..
duduk kat umah je buat keje…
macam aku… semua jiran pening..aku duduk umah je..
x keje ke…
aku jawab duduk tgk tv je kat umah..
tv online hihihihihi
pening makcik tu….
Hai, Lebanon!
Saya sampai la ni tak tau nak jual apa. Tolong bagi panduan. Tak kan nak jual bihun sup gear box kat Internet kot.
aree vs Johari
5 angka setengah…? lebih sikit dari 5 angka kira okey laa tu…. sekurang-kurangnya dengan perancangan yang teliti akan membuahkan hasil yang pasti dengan target yang tersendiri…