Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Jom Hadiri Seminar!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Harap berada dalam keadaan sihat waalfiat di samping isteri tersayang oh! Saya sebenarnya ingin menulis post ini berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang usahawan Internet. Untuk pengetahuan semua saya dan Zhafran akan pergi ke Jom Seminar pada 11hb ini iaitu hari Ahad untuk menimba ilmu tentang perniagaan Internet.

seminar2.gif

Di atas sebab teknikal kami tidak dapat hadir pada 10hb iaitu pada sesi pertama dan ini menyebabkan saya terpaksa memujuk Zhafran hadir juga pada hari Ahad walaupun hari tersebut beliau mempunyai temujanji bersama si dia oh! (potong line baeekk punya! :D )

Baiklah mengapa kita perlu hadir ke seminar?

Serius saya katakan… saya amat rugi tidak pergi ke seminar! Untuk pengetahuan anda saya tidak pernah kemana-mana seminar sebelum ini kerana saya tiada wang untuk hadir ke seminar. Maklumlah harga seminar pula ratusan ringgit malah ada yang mencecah ribuan ringgit. Itu normal. Namun tahukah anda wang yang anda laburkan itu akan dapat pulangan yang berkali-kali ganda!

Ini adalah pelaburan ilmu dan tiada siapa dapat merampas ilmu yang anda perolehi. Jika harta maka orang lain boleh merompak anda tetapi tidak dengan ilmu. Dengan ilmu anda akan dapat menebus kembali kekecewaan anda dan dengan ilmu juga anda dapat menjadi kaya-raya. Paling penting, dengan ilmu yang berguna juga anda akan diangkat darjat di sisiNYA.

Kini di kesempatan yang diberikan, saya cuba sedaya upaya untuk pergi ke seminar agar pemahaman dan ilmu saya tentang perniagaan Internet akan bertambah. Jika saya dapat hadir seminar ketika mula-mula bergiat dengan perniagaan Internet sudah tentu saya tidak akan membuang masa mencuba perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah dan sudah tentu saya dapat bermula lebih awal lagi dalam bidang ini.

Jadi saya menyeru pembaca blog ini… jika anda mempunyai kesempatan dan mampu untuk pergi ke seminar maka bertindaklah sewajarnya. Jom Seminar akan berlangsung pada 11hb ini pada hari Ahad di Hotel Armada, Petaling Jaya. Jika anda ingin pergi saya amat alu-alukan dan bolehlah anda berjumpa kami Team FlareBiz di sana nanti.

Klik di sini untuk ke seminar.

sekian.

p/s: Siapa yang berdaftar dibawah link affiliate kami… anda akan mendapat ebook saya yang bertajuk “Rahsia 10k” secara percuma..

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

11 Comments »

Comment by saffa
2008-05-07 17:07:18

berdaftar dibawah link affiliate kami??

Comment by saffa
2008-05-07 17:46:53

ok ok.. dah faham.. :P

amboi2 —> p/s: Kami dok tunggu kot2 ada yang nak belanja kami minum selepas
seminar pada 11hb ni ho ho ho!

p/s: Maaf, kedai x bukak hujung minggu.. LOL..

 
 
Comment by kakeru
2008-05-07 19:55:10

Wah, ajak org pi seminar sambil promote “Rahsia 10K” ya Labanon..menarik juga ya..hoho..

Anyway, bagus juga dapat pergi ke seminar ni nanti. Tapi disebabkan Labanon juga hendak bertemu si”dia” pada hari Ahad, maka bersedihlah bagi sesiapa yang pergi hari Sabtu ini…haha..

 
Comment by zool
2008-05-08 11:08:18

Seronoknya gi seminar..
Belum ada kelapangan lagilah..

 
2008-05-09 02:18:51

[...] dekat sangat dengan UM ni, sebelah jer. Aku rasa 15 minit dah sampai..haha. Bila aku fikirkan, Labanon yang tinggal di hulu Kelantan pun sanggup mai sini yang jaraknya berbatu-batu, tak kan aku yang [...]

 
Comment by Abg Di
2008-05-09 05:16:56

dah tukar hari Ahad ke… nanti boleh lah jumpa.. duk kb jumpa kat kl :-)

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-09 06:09:58

Eh abg Di pergi jugak ker? :D Pergi hari apa dengan apa?

Comment by Abg Di
2008-05-09 07:10:53

pegi kejap lagi kul 9:15 ngan mas hari sabtu check in kat armada hotel… nanti boleh la jumpa macam mana nak contact eh..

(Comments wont nest below this level)
Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-09 07:46:19

Wah.. dok hotel terus… hebat2 :D leh laa nak tumpang ho ho ho!

Send ur hp number jap.. guna ruangan contact flarebiz :)

 
Comment by Abg Di
2008-05-09 17:29:56

dah send huhu contact la

 
 
 
 
Comment by Din Beramboi
2008-05-09 17:37:29

Hoho..Labanon jumpe sedara dia..duk KB, jumpe di KL. Aku lak jauh sket jer, duk Rantau Panjang jumpe KL gak..haha. Insya-Allah. :D

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.