Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Ujian Daripada Yang Maha Esa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar pembaca sekalian? Harap berada dalam keadaan yang sihat, tenang dan ceria disamping dapat membaca post ini dengan selesa. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kita masih diberi kesempatan olehNYA untuk beribadat dan berbuat baik sesama manusia. Saya seringkali terfikir… mengapa diusia saya yang muda begini… saya sudah mula mengira wang ribuan ringgit… dan kadang-kadang terpaksa menolak rezeki yang datang…

Saya juga terfikir… alangkah bertuahnya diriku… alangkah beruntungnya diriku… kerana untuk memperolehi wang agak mudah berbading rakan-rakan sebangsa dan seagamaku yang lain. Kelmarin saya berbual dengan seorang pak cik… dan saya juga menanya beliau tentang hal-hal peribadi beliau seperti pekerjaan, jumlah ahli keluarga dan sebagainya. Sedikit sedutan dialog semasa perbualan kami:

Labanon: Pak cik.. leh saya tanya.. pak cik kerja ape yer?

Pak cik: Pak cik kerja macam nilah dik.. hari-hari dok atas jalan raya.. (dia tunduk.. cuba menerangkan pekerjaanya sebagai pemandu teksi)

Labanon: Oh.. macam mana pelanggan banyak ker pak cik? (cuba untuk dapat kepastian)

Pak cik: Erm… sekarang ni slow sikit… nak dapat customer susah… sebab kawan-kawan rama lagi.. kena perlu bergilir-gilir. ( sambil memutarkan jarinya)

Labanon: Oh.. takpe pak cik.. mungkin dah rezeki macam tu.. pak cik ada berapa orang anak yer?

Pak cik: Betul tu dik.. pak cik ada 7 orang anak.. dan yang 2 orang dah berkerja di KL.. dan yang lain semuanya masih bersekolah. Ada sorang dok tunggu result SPM.

Labanon: Oh… yang tunggu result SPM tu dok buat apa sekarang? (nak tahu nasib anaknya yang seusia dengan saya)

Pak cik: Dia kerja sekarang… kat kedai makan.. nak bantu keluarga.. yerlah pak cik orang susah dik.. nak dapat RM10 - 20 sehari pun susah…tak macam dulu ( mengeluh)

Labanon: Beruntung pak cik dapat anak yang rajin macam dia… dapat bantu pak cik.. tak macam saya.. tak kerja walaupun lepas SPM. (cuba untuk mengembirakan hati pak cik tersebut)

Pak cik: Owhh.. adik baru lepas SPM juga yer? Keluarga adik lain.. keluarga pak cik lain… kalau anak pak cik tu tak kerja.. silap-silap adik-adik dia takleh makan…

Anda sambung sendiri… perbualan yang sayup dihati…

Allahuakhbar… begitu besar dugaan terhadap diri saya. Pendapatan harian saya jauh lebih lumayan daripada pak cik tadi. Pak cik tadi begitu susah mencari wang untuk menyara keluarga… sedangkan saya dan Zhafran… terpaksa menolak tempahan pelanggan.Persoalan ini begitu memuhasabahkan diri saya… orang lain membanting tulang empat kerat tetapi hanya mendapat wang tidak seberapa… Mulai hari ini.. insyallah.. saya berjanji akan bantu mereka yang memerlukan…kerana dalam setiap rezeki yang saya dapat… ada hak mereka.

Saya juga datang daripada keluarga susah… saya tahu bagaimana sukarnya ayah dan mak saya bekerja siang dan malam untuk membesarkan kami adik-beradik dan kini alhamdulillah… Allah murahkan rezeki kepada keluarga kami. Insyallah… jika diberi lebih rezeki kepada kami Team FlareBiz… kami akan cuba membantu mereka yang layak walaupun sedikit.

Saya berharap… pembaca blog ini juga dapat membantu mereka yang memerlukan… ingatlah… ini merupakan ujian Allah… dan dalam sekelip mata… Allah boleh menarik nikmat ini.

p/s: Terfikir ingin tubuhkan yayasan FlareBiz.. tak gitu Zhafran? :D

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

18 Comments »

Comment by wanwma
2008-02-23 08:01:07

Alhamdulillah..itulah sebetulnya tujuan untuk kita menjadi kaya. Pada saya kerana wujudnya perbezaan inilah yg menybbkn saya berusaha kuat untuk berjaya. supaya nanti dapatlah kiranya saya membantu orang2 yg memerlukan. Kaya atau miskin semuanya ujian Allah..dan kita masing2 saling memerlukan..

 
Comment by Cikgu Nasir
2008-02-23 08:57:47

Alhamdulillah, syabas kepada Adli kepada Adli kerana terlintas juga dihatinya untuk membantu yang kurang bernasib baik. Cikgu ingatkan Li hanya fikir duit,duit, duit sahaja. Risau juga takut mabuk dengan duit. Syabas Li.

 
2008-02-23 10:49:26

Bersyukur atas apa yang kita dapat.. Insyaallah lebih diberkati..

 
Comment by bizmalaya
2008-02-23 14:14:11

sedih gak baca kisah ni…kadang-kadang i pelik gak…macam mana orang yang ramai anak dengan pendapatan yg rendah boleh sara anak hingga ke universiti….orang sekarang kebanyakkannya banyak gaji tapi banyak jugak hutang….satu jer jawapan yg pasti…anak itu rezeki dari Allah…betul tak

 
Comment by Taqiyuddin
2008-02-23 16:58:33

siapakah gerangan pakcik tuh..

 
Comment by ahib0205
2008-02-23 16:59:40

“tak macam saya.. tak kerja walaupun lepas SPM. (cuba untuk mengembirakan hati pak cik tersebut)”

maaf tang ni aku tak setuju. pada pendapat aku enough just cakap,”Beruntung pak cik dapat anak yang rajin macam dia… dapat bantu pak cik”

ha pasal nk tubuhkan yayasan tu aku setuju! Korang tau pasal syed mukhtar bukhari? salah seorg sumber inspirasi ku…

kita beri satu tunggu dtg berlmabak2 kat kita. lagi2 kalo kita tak kedekut dgn mak bapak. fuh, rezeki dtg je tanpa kot mana2 disamping peroleh keberkatan :)

 
Comment by titan
2008-02-23 18:11:28

Ehm..aku banyak gak dengar cite macam nih. So far, semua ada cara masing-masing. Apapun, nak duit, nak sara anak bini orang, kita kene ada duit. Mungkin sesetangah orang cakap, duit itu bende remeh. Tak penting dan bla..bla.bla..

Tapi hujung cite, gi sana sini jugak pinjam ehsan orang. Kekadang, aku heran gak. Orang kita nih, kalau kaya. Kaya sungguh. Kalau yg miskin, memang daif sungguh. Sampai kekadang, nk tolong orang pun rasa semacam. Terdetik gak dihati nanti orang kata kita nih menunjuk-nunjuk..Tapi terpulang pada hati yg nak membantu.

Bukan apa. Klu nak sesuatu. Kita kene usaha. Macam pakcik teksi tu. Dia nak sara hidup kuarga dia. So, dia usaha. Yg aku bengang, ada orang dok bising itu ini. Tapi buat keje malas. Dok bising pinjam duit itu orang dan sibuk bagitau satu dunia dia ada masalah..Orang macam nih, susah tul nk bagi nasihat.

Ps: Wat kawan2 yg selalu berhutang aku tuh. Hutang bila mau bayar aa..

 
Comment by G-kin
2008-02-23 20:46:12

yayasan flarebiz… kalau selalu menolong org susah mungkin boleh success mcm yayasan albukhary

 
Comment by Irfan Jani
2008-02-23 21:48:45

Yeah.. 1st time bagi komen, sebab dulu teragak2 nak letak URL apa kat sini.. hehe..

Nak rezeki besar, pengorbanan besar tau. Kalau orang itu setakat redha dengan apa yang dia ada dan tak mahu berusaha lebih kuat, it’s fine.

Bak sedutan dari kalamNya; Bismillah,
“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (34, AL-Luqman)

kalau baca huraian tafsiran dalam buku ni, menyebut;
-Manusia itu tidak dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diusahakannya besok atau yang akan diperolehnya, namun demikian mereka diwajibkan berusaha.

So, mari kita sama2 renungkan ya.

 
Comment by afham
2008-02-23 23:52:53

sayu aku dengar cerita ko bro..sesama kita mengisafi diri memasing..

 
Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-02-24 16:29:41

wanwma: yup.. saya setuju

Cikgu Nasir: hehe kadang-kadang tu mabuk juga dengan duit ni.. tapi bila fikir.. siapa yang bagi rezeki ini.. insaf lah jadinya :D

Safuan a.k.a Sipenglipurlara: Betul tu :)

bizmalaya: pendapatan yang berkat.. insyallah walaupun sedikit mencukupi..

Taqiyuddin: Adalah :)

ahib0205: ok2 betul tu :D

titan: Kalau kita ada perasaan menunjuk.. lawan jer.. kalau dah sentiasa buat.. perasaan ini akan berunsur hilang dan hilang :)

G-kin: Amin :)

Irfan Jani: “Nak rezeki besar, pengorbanan besar” memang benar :)

afham: hehe.. harap dapat mengubah diri saya dan diri pembaca blog ini juga..

 
Comment by wawa
2008-02-24 21:46:00

MERENDAH DIRI ITULAH KETINGGIANMU

Merendah diri itu, di sanalah letaknya ketinggianmu
Engkau pandai atau berilmu, banyak orang mendapat manfaat darimu
Engkau rasa dirimu tidak berguna atau tiada jasa apa-apa, di sinilah kemuliaanmu
Pandai engkau bergaul di semua golongan masyarakat
Engkau meletakkan diri pada tempatnya
Di sanalah semua golongan boleh menghormatimu
Pemurahnya engkau, di situlah rezekimu di dunia
Ertinya engkau tidak akan papa
Di Akhirat kelak harta dan kekayaan bagimu
Engkau tidak suka nama dan glamour
Kalau engkau orang yang berjasa
Banyak orang mendapat faedah dari pertolonganmu, dari jasamu
Nama dan glamour tetap ada walaupun tidak dipinta
Nama yang bersih tanpa diminta
Nama dan glamour yang diminta lambat-laun orang benci
Setiap kali pula Tuhan mengangkat darjatmu di sisi-Nya
Kalau engkau sentiasa baik hati dengan manusia
Dengan manusia engkau baik sangka
Tidak pernah berdendam dan dengki dengan insan
Mudah engkau memaafkan orang
Di situlah ketenangan dan kebahagiaan jiwamu
Jika engkau sentiasa bertawakkal dengan Allah
Engkau tidak akan risau dengan masa depanmu

AYAH
8.8.2001

 
Comment by Emio
2008-02-26 03:02:22

salam.

dik laba.. meleleh air mato pakcik baca citer ni..
pakcik sbenarnya pun antara golongan yg malas berusaha.. tp selepas baca citer ni.. hadir lg utk kesekian kalinya rasa insaf dalam diri ini..

hmmm.. biar pakcik termenung dulu..sedeyy..

 
Comment by abdfatah
2008-02-29 21:37:41

dik laba..? citer sedih dan sayu… memang begitu laa ragam kehidupan manusia di muka bumi ini… ada kaya dan ada yang tak kaya… sama-sama ada peranannya masing-masing.

itu masih lagi bernasib baik dapat berdikari dan membantu ibu bapa…

haaa… bagaimana dengan mereka yang mempunyai tanggungan yang bertimpa2 sengsara derita setiap masa dengan ujian yang lebih getir lagi…

maka bersyukurlah dengan limpah kurnia anugerah rezeki yang melimpah ruah itu…

tiba masanya untuk anda menubuhkan pula yayasan flarebiz… apo macam?

 
Comment by Din Beramboi
2008-03-24 02:21:31

Huhu..bagus la Labanon. Dah ada niat nak bantu tu..harapnya akan terlaksana. Jgn berubah plak nanti. Sama2 lah kita bantu membantu.

Niat yg baik, walaupun belum buat, Allah dah bg kita 1 pahala..kalau kita btul2 buat, Allah tambah 10.

Harap aku juga akan menjadi manusia yg tak lupa diri. :)

 
Comment by munierah
2008-05-02 21:17:33

satu la hati….

 
Comment by munierah
2008-05-02 21:18:11

salah tu…nak kata ..hati satu baca dialog pkck tu..

 
Comment by munierah
2008-05-02 21:18:26

salah tu…nak kata ..hati sayu baca dialog pkck tu..

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.