Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Serius, kami sekarang amat sibuk dengan projek “Rahsia 10k” yang insyallah akan dilancarkan pada akhir bulan ini. Yang pasti pakej ini sangat-sangat diperlukan oleh anda. Saya cuba juga mencuri masa untuk membuat post di sini demi memenuhi permintaan pelawat blog ini yang dahagakan ilmu :D

Baiklah sebenarnya saya banyak mendapat emel yang meminta saya mengajar tentang perniagaan Internet. Saya amat suka dengan emel tersebut NAMUN ada segelintir emel yang saya benci. Saya amat benci dengan emel tersebut! Kebanyakkan emel tersebut berbunyi “Saya sebenarnya ada masalah kewangan yang kritikal, boleh tak ajar saya tentang perniagaan Internet sebab saya inginkan dapatkan wang secepat mungkin.”

Baiklah… kenapa saya membenci emel tersebut?

1) Sebab pertama ialah perniagaan Internet bukanlah boleh dipelajari dalam masa yang singkat! Ya, saya tahu anda boleh hadiri seminar dalam masa sehari… tapi saya percaya anda masih belum boleh memulakan perniagaan Internet kan? Anda sebenarnya perlukan masa untuk belajar perniagaan Internet… 1 bulan, 2 bulan, setahun? Terpulang kepada tahap kesungguhan anda! Saya rasa mustahul anda ingin pelajari perniagaan Internet dalam masa yang singkat. “Hey, ini bukanlah skim cepat kaya yang kononnya akan sentiasa memberikan anda wang tanpa perlu belajar sedikit pun tentang perniagaan!”

2) Sebab kedua ialah anda meletakkan harapan terlalu tinggi untuk mendapatkan wang melalui Internet! “Hey, ini bukanlah mesin ATM yang sentiasa mengeluarkan duit untuk anda!” Anda jangan menganggap perniagaan Internet ini mudah dan anda akan dapat puluhan ribu ringgit sebulan setelah  sehari menghadiri seminar. Saya mempunyai ramai kawan yang sudah bencikan perniagaan Internet. Mengapa? Secara mudahnya mereka ini terlalu mengharapkan wang puluhan ribu daripada perniagaan Internet dalam masa yang singkat. Oh, setelah sebulan berlalu…. RM1 pun masih tak dapat. Maka mulahlah keluar frasa-frasa tak enak didengar… “Aku dah bosan dengan ebook!”, “Aku dah bosan dengan janji puluhan ribu sebulan!” dan sebagainya.

Mereka ini sangat kecewa ibarat ditinggalkan oleh kekasih yang tidak mengenal erti kesetiaan oh! Sakitkan bila kita jujur terhadap seseorang tetapi mereka curang terhadap kita? Begitulah juga bila anda terlalu mengharap terhadap sesuatu! Anda terlalu berharap untuk mendapatkan ribuan ringgit sebulan melalui perniagaan Internet… sedangkan hakikatnya ia tidak semudah yang disangka! Percayalah anda pasti kecewa. Saya ulangi sekali lagi… “Anda Pasti Kecewa”.

Saya nasihatkan anda buat perniagaan secara rilex dan cool. Jangan fikir tentang duit… kerana sejarah banyak telah menunjukkan jika anda membuat sesuatu kerana terlalu mengharapkan wang… anda pasti akan kecewa. Berniagalah dengan tenang dan ada target yang sesuai… anda pasti berjaya!

Oh ya.. mengenai emel tersebut.. saya malas mengajar mereka kerana “saya takut mereka akan kecewa dan masalah akan menjadi lebih kritikal”.

sekian

Noodle Station - 5.32 pm

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

30 Comments »

Comment by Lin
2008-05-21 18:47:31

Ya … Betul tu..bak kata org tua2 tk senang nak senang dan tk juga susah kalau nak susah. Lin sdiri pun wpun dah lama dlm bidang internet masih blum brjaya lagi dlm niaga internet nih. Apa tidaknya skrg ni buat pun sekadar hobi. Niaga pun blum ada lagi. Tapi ada juga hasilnya berkat beli pelbagai ebook dan usaha berterusan. Apa2 pun terimakasih kerana share pengalaman ini.
Appreciate it So much.

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-23 17:46:15

Yup betul tu… tk senang nk senang… tak susah nak susah :D

 
 
Comment by wan wma
2008-05-21 19:00:07

Saya ingin meluangkan masa 1 tahun untuk belajar dlm perniagaan internet…walaupun dah mula buat produk sendiri, saya rasa masih ada banyk perkara perlu saya belajar dan masih ramai kawan yg perlu saya cari…kesabaran ini akan akn membuahkn kejayaan juga nanti. Insyallah..tak perlu bergopoh gapah…

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-23 17:47:35

Oh… bagus tu… tapi pastikan lepas ada ilmu… terus bertindak ;) tak salah segera bertindak… asalkan jangan hampa jika target yang ditetapkan tidak tercapai..

 
 
Comment by hairul
2008-05-21 19:14:59

Kat Noodle Station? Fuh, sempat lagi tu..
Ada aura kebenciaan nampaknya dalam artikel ni…. hehe… Rilek bos… :)

=========================================

Ya, betul tu. Buat sesuatu jangan terlalu mengharapkan wang. Bekerja untuk wang, kita akan jadi hamba wang. Jadikan wang yang bekerja untuk kita.

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-23 17:48:25

Yup.. pastikan yang wang akan bekerja untuk kita :)

 
 
Comment by titan
2008-05-21 19:18:32

ehm..diorang sesat jalan tuh.

Kalau nak wat duit. Ada banyak cabang. Masalahnya ramai yg malas.

Yang paling aku benci sekali. Kalau ada kerja yg mampu bagi kita RM1 dekat internet. AMbil aje. Jangan memilih.

Kau orang tahu tak kat afrika. diorang nak keje pun tak boleh. Bukan diorang xnak keje, tapi takde keje langsung yg diorang boleh buat..

Harga beras naik. Tapi orang komplen sana sini. Kau orang tahu tak yang ramai orang yang lebih daif dari kita? Nak beli beras pun tak mampu..

Comment by dauz
2008-05-21 20:21:13

betul apa yang titan katakan tu..yang penting rajin berusaha..kalau malas income pun malas la..

Peluang perniagaan Internet sebenarnya sangat besar skop nya yang penting kena wat research…

Nanti harga minyak naik lagi kena la berusha dan berjimat…

 
Comment by Abg Di
2008-05-21 20:54:54

… salah tu titan kat afrika tu byk keje cuma diaorang je tak nak keje… sbb mereka tak berjiwa besar kot… bercakap ikut pengalaman saya la :-)

 
 
Comment by tauke
2008-05-21 20:34:50

byk kerja kat internet ni kalau rajin… g cari jer kat forum wangcyber…mesti ada jumpa. lepas tu sanggup tak sangggup jer lepas tu.

pasal tak nak ajar tu saya faham…nanti kita ajar mereka tak dapat duit mula la kita dipersalahkan. tak best nyer….hehehe

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-23 17:49:38

Hehe ya2.. di WC jer dah boleh nak cari duit :)

 
 
Comment by Ubi
2008-05-21 20:54:36

Bang…
Saya susah skang ni bang… Bil internet tak bayar lagi ni… nanti kalau takde internet camana saya nak meniaga internet?

Harap abang dapat bayarkan bil internet saya supaya saya boleh meniaga di internet…

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-23 17:50:58

Arghhh! Stress gila baca komen ni ha ha ha! Lebih kurang camnilah emel yang diterima… sangat stress :P

 
 
Comment by Abg Di
2008-05-21 21:29:10

.. nak salahkan mereka 100% tak boleh juga… sebab kadang-kadang kalau kita amati betul2 cara mereka diperkenalkan dengan perniagaan internet menyebabkan mereka berfikiran begitu.

Mereka dipengaruhi dengan ayat-ayat power seperti “..buat duit sambil goyang kaki, “buat duit sambil tidur,” , “..duit masuk tanpa susah payah..” dan banyak lagi.

Mereka tak faham bahawa sebelum boleh goyang kaki byk kerja yang kena buat dulu. byk tips dan tektik yang perlu dipraktiskan.. tips & tektik apa yang terbaik untuk membolehkan kita goyang kaki cepat.. selalunya tips ini lah yang didedahkan dalam ebook usahawan2 internet yang dah kaya raya macam adly ni :-)

Kesimpulan mudahnya tidak ada KEJAYAAN atau KEKAYAAN tanpa USAHA yang berterusan dan pastikan USAHA yang kita buat itu diambil panduan dari mereka yang telah terbukti berjaya dalam bidang mereka.

p/s sedap la mee tomyam tadi :-)

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-23 17:52:52

Hrmm.. ada betulnya jugak tu… :)

Nak jadi jutawan perlulah belajar dengan abg di :D

 
 
Comment by Ubi
2008-05-21 21:32:37

Eh, Abang Di… bila nak belanja saya nasi lemak pulak?

Comment by Abg Di
2008-05-24 03:41:19

… boleh tapi Ubi kena la panggil saya kalau wat bengkel melukis kartun :-)

 
 
Comment by mazlie nadzri
2008-05-21 21:36:50

Salam…

Biasala bro…kena sabar banyak2..aku pun ada dapat email cakap ayah sakitlah, apela..nak duit cepat..:-)

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-23 17:53:52

hehe jgn layan… nanti habis dia cakap family dia sakit :P

 
 
Comment by Lee Chee Yan
2008-05-22 00:16:46

Hi

I memang setuju yg perniagaan internet memang tak boleh jadi kaya dgn cepat. Biasanya mengambil masa.

Saya telah mengalami personal experience sendiri seperti kat bawah:

http://www.advertlet.blogspot.com

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-23 17:54:30

Yup.. memang mengambil masa yang agak lama :)

 
 
Comment by fatin pauzi
2008-05-22 14:16:52

ye..btol2..btol sgh..klu nawaitu xperbetul dr awl, ssh nk berjaya…

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-23 17:55:16

tau takpe :P

 
 
Comment by alfarabius
2008-05-22 14:58:25

Usaha…usaha…dan terus berusaha…itu je azimatnya….if kita tahu secret of ‘Law of Attraction’…pasti ramai yg dah hebat ;)

-Nokotta

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-23 17:56:02

Usaha lif kejayaan :)

 
 
Comment by Dik Mal
2008-05-22 15:56:52

It just basic formula , yang perlu di ulang ingat-guna-pakai-ulangi lagi banyak kali :D

Usaha
Doa
Tawakal

Lack one part, maka tiadalah GOOD RESULT

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-23 17:57:00

Yup… usaha + doa + tawakal = Good result :)

 
 
Comment by ladyheart
2008-05-23 18:56:20

hehe… such a lame. people will always take advantage. BEWARE! ^^

 
Comment by acik Nan
2008-05-31 16:18:25

assalamualaikum…

aku setuju sangat tentang komen labanon tentang email “saya ada masalah kewangan tolong lah saya”…aku bukan nya baru buat bizs intenet ni..cuma tak dikenali ramai.aku dulu pun tak pernah dapat income dalam intenet walaupun dah dua tahun buat…bila di fikirkan baru dapat satu cara yang berkesan…pertama aku dapat RM2.00 je..paling banyak lepas aku belajar dari orang yang berjaya..RM300.00 hebat tu..dan sekarang aku dah mula aktif..bila dah masuk tahun ke 4..RM 1000. +++ macam tu..jadi kena berusahalah

 
Comment by Wani
2008-07-10 15:53:01

Boleh tak saper2 tolong ajarkan camner???

Tengah confuse ni!!

Hehe….

p/s: kalau nak, jenguk2 la blog nih

http://www.landlord2u.tk

Tak jamin dia best tau!!!

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.