Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Saya berharap anda semua dapat berpuasa dengan baik di bulan yang mulia ini. Fuh, agak letih bermain dengan perniagaan Internet sebenarnya. Hari-hari saya menerima emel kutukan dan cacian daripada pelanggan dan juga pembaca Majalah IM. Ya, yang dapat Majalah IM percuma setiap bulan pun ada kutuk Team FlareBiz yang mengatakan buang masa sahaja baca Majalah IM kerana sehinggi kini dia tidak dapat menjana wang di Internet. Itu yang buat saya rasa nak kahwin cepat jer nih :D

Baiklah berbalik dengan persoalan kita pada hari ini iaitu “Ramai bakal Usahawan dan Usahawan Internet sendiri pun yang lupa…”. Sebenarnya ramai daripada kita yang lupa bahawa rezeki itu datang dari Allah dan kita sebagai orang Islam wajib mempercayainya. Jika kita berniaga secara offline dan tiba-tiba dalam satu hari itu pelanggan kurang maka seperti biasa kita akan cakap “Erm.. Tuhan dah tanda rezeki kita banyak ini”.

Namun, kenapa perkara ini agak berbeza apabila melakukan perniagaan Internet? Apa yang saya nampak dan buat analisa dengan emel-emel yang saya terima, mereka semua cuba salahkan sesuatu pihak apabila gagal dalam membuat sebarang jualan di Internet. Saya lihat mereka ini sudah berusaha bersungguh-sungguh namun apabila tiada sebarang hasil maka mereka meyalahkan pihak yang lain. Satu persoalan yang timbul di sini, adakah pihak tersebut yang memberikan rezeki kepada anda? Kenapa dialog ini “Erm.. Tuhan dah tanda rezeki kita banyak ini” tidak terkeluar? Adakah kerana perniagaan Internet tidak mempunyai kedai, tidak nampak pelanggan dan sebagainya.

Sekali lagi, kita sebagai orang Islam wajib percaya bahawa rezeki itu datang dari Allah. Apa yang pasti bukan saya, bukan perdana menteri, bukan majikan anda dan bukan juga ibu bapa anda yang memberikan anda rezeki. Satu persepsi yang perlu diperbetulkan ialah walaupun anda menjalankan perniagaan Internet, rezeki itu datang dari Allah. Walaupun yang klik adsense anda itu adalah manusia dari Amerika Syarikat namun yang mentakdirkanya tetap Allah. Jika anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun masih tiada hasil yang diperolehi, pasti ada something wrong dengan diri anda. Anda perlu cek balik diri anda!

Muhasabah diri anda, apakah perkara yang anda lakukan sehingga Allah sempitkan pintu rezeki kepada diri anda walaupun anda telah berusaha bersungguh-sunggguh. Dan ingat, rezeki itu datang dari Allah bukanya sesiapa dalam dunia ini :) Sekian tazkirah dari saya Ustaz Adly.

sekian

p/s: Kami sekarang sedang busy menyiapkan satu set ebook. Ebook ini bernilai RM700 namun harga pengenalan kami bagi harga RM500 jerlah ;)

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Bengkel Minisite

RSS feed | Trackback URI

24 Comments »

Comment by Dik Mal
2008-09-06 08:51:35

satu jari tuding ke arah orang, 4 jari kembali ke tuding diri sendiri..
siapa mao jawab?

maknanya, kaji diri sendiri dulu sebelum tuduh orang lain..as nobody perfect…but kesempurnaan itu mampu di hampiri

 
Comment by mazlie nadzri
2008-09-06 13:17:24

Salam…

Baru berkesempatan nak beri komen, bz sikit.

Saya bersetuju dengan pandangan adly. Saya sendiri semalam, ada dapat email daripada sesorang, yang inginkan pertolongan, takpela, saya tolong semua.

Tapi yang agak buat saya kurang selesa ialah, soalan dia, ’saya buat ni, esok dah boleh dapat duit la ye?’ Apa perasaan anda? Saya terkedu sekejap dan saya terus jelaskan.

Bukan semudah encik. Kena banyak lagi usaha, buat promosi, kuasai ilmu, dan yang penting, jangan nak set buat arini, esok dapat pulangan.

Pening juga kepala saya kalau ade orang macam ni. Kadang2 saya terpaksa mengawal emosi sikit la :)

Comment by fatin pauzi
2008-09-06 19:05:19

huhu..bkn senang nak kawal emosi tu. Tahniah kt mazlie sebab berjaya kawan emosi. (mcm motivater kot. hehe)

 
 
Comment by Richie
2008-09-06 13:46:23

haha…diorang tu tak ade fizik kot..atau tak tau hukum alam..atau taktau erti kehidupan lagi..atau yang hantar email tu baru lagi berumur 5 tahun yakni yang masih mentah pemikirannya..hehehhe..dialek N9 dari richie..

“korang ni..tibo2 nak salahkan flarebiz apo pasal eh..takkanla diorang nak ajar ekau 24 jam..ekau pandai2 yo la carik ilmu eh..takdo bondo kek dunio ni nak dapek sonang2 buto yo..”

 
Comment by TheReds
2008-09-06 16:57:58

Majalah IM..sumber maklumat berguna percuma pun dorang kutuk..
orang ikhlas bagi nak membantu tapi dikutuk2nya..sebab tu la tak dapat rezeki tu..

Comment by fatin pauzi
2008-09-06 19:07:24

huhu….skrg da fhm kn, kenapa tak ramai org melayu berjaya dlm bidang ni???huhu..jelas dan nyata…

 
 
Comment by Nabieel
2008-09-06 16:58:14

Ramai Bakal Usahawan Internet Yang Lupa…

Ingat lagi, kalau kat tempat keje saya,hampir setiap hari nak punch card jer…orang akan kata “lu pikir le sendiri” sebab nama saya sama dengan raja lawak musim ke-2…ejaan jer lain..

Dalam topik ni pun perkataan “lu pikir le sendiri” sesuai digunakan bagi mereka yang banyak soal…:D

 
Comment by Rizal Komenebook
2008-09-06 17:25:33

(salam) buat Labanon dan Komentars

PERTAMA:
“buang masa sahaja baca Majalah IM kerana sehinggi kini dia tidak dapat menjana wang di Internet”

bagi saya, ia pendapat yang TOTALLY WRONG! Saya cakap ni bukan atas mau “bodek”,”jek”,”ampu” Labanon.

Bagi Saya, Majalah IM banyak beri manfaat. Ia satu sumber percuma yang terbaik di samping dapat tahu bagaimana IM2 kat Malaysia ni.

Labanon, Teruskan usaha anda menghasilkan Majalah IM. Benda Percuma memamg payah orang nak hargai…

KEDUA:
“rezeki yang diusahakan datangnya dari Allah, kalo mereka tuding jari pada orang lain untuk menutup kesalahan sendiri, sepatutnya orang itu kena muhasabah dan berfikir dalam2…setiap rezeki tiada akan berhasil tanpa usaha. Rezeki itu memang datangnya dari Allah, cuma asbabnya pada manusia”

Teruskan usaha anda Labanon and Team FlareBiz! :-)

 
Comment by Din Beramboi
2008-09-06 17:40:04

Kalau x suka, xyah la baca..ape susah? Tak perlu komen yg akan menyebabkan Labanon semakin bersemangat utk berkahwen. Huhu..

Comment by fatin pauzi
2008-09-06 19:09:01

haha…betol2…

 
Comment by Dik Mal
2008-09-06 20:36:16

makin semangat utk kawen..hahaha..din..nampak gayanya, dpt makan nasi minyak adly dulu nih..hak hak hak

 
 
Comment by Firdaus
2008-09-06 19:52:38

ya betul rezeki dari Allah kita just usaha dan doa pada dia dia yang akan beri rezeki.Terus berusaha labanon bangsa melayu yang hebat amin

 
Comment by SyedHafidz
2008-09-06 21:04:45

Betul sngat..
memang rezeki ni hak Allah..
Sia yang bagi..tapi kenalah berusaha..
Dalam quran Allah sebut dia takkan membantu seseuatu kaum melainkan mereka berusaha sendiri..

 
Comment by Badruzamani Azmi
2008-09-06 21:47:36

Abang dah cakap, suruh kahwin jual ebook tu, tapi Labanon tak nak?

Buat apa beri percuma kalau orang tak mau nilai. Ibarat awak bagi bunga kat monyet.

Niat awak baik, tapi tak kena cara sikit. Buat baik ni biarlah berpada - pada. Macam nak baca paper digital sekarang kat BlueHyppo. Boleh selak - selak satu tapi kena bayar la walaupun bukan fullpayment.

Masa tu, hanya orang yang pandai menilai ilmu sahaja akan beli. Macam abang dok langgan Majalah PC la. Walaupun, bulan - bulan kena bayar RM 4.70, tapi tak kisah sebab sebulan sekali aja.

Ada impian nak cetak fizikal? Atau hantar artikel tu kat KarangKraf. Mungkin depa akan bayar. Cepat, sebelum orang lain buat dulu. :D

Tak mau buat? Tak apa… Jangan marah kalau orang lain ambil kesempatan nanti :D

 
Comment by Nabieel
2008-09-06 22:32:55

Ya..labanon kenakan bayaran je..RM 5 sempoi je..ho3..

Maklumat yang diberikan dlm majalah IM tu lagi mahal dari harga RM5..

Ingat jual majalah ni, labanon boleh buat duit hantaran tak? ho3..

Kalau dah kahwin nak gi honeymoon..contact je me..honeymoon in malaysia je..ho3.. :D

 
Comment by wan wma
2008-09-07 05:11:30

Allah itu maha benar..jika kita masih ada sifat ingin menyalahkan orang lain, itu salah satu tanda yang kita belum bersedia untuk membuka pintu rezeki yang Allah berikan…

 
Comment by zool
2008-09-07 12:11:33

Biasalah tu.. Saya pun tak berapa dapat sangat duit online ni tapi yang penting matlamat …
Saya lebih kepada kepuasan.. Yang lain tu terserah…

 
Comment by paan
2008-09-08 06:56:22

saya sendiri kurang pasti,dah layak ker digelar usahawan internet,baru beberapa bulan mula menjejakkan kaki ke dalam dunia nie,ilmu masih lagi cetek,dan setakat belum pernah menjana apa-apa pendapatan dari internet.tak lepas minimum payout.hehehe tapi saya tak kan pernah putus asa berusaha,kerana ini jalan yang saya pilih.semoga orang melayu aka sedar,tak wujud skim cepat kaya di dunia nie,cepat miskin ada la .

salam keusahawanan.

 
Comment by mazlie nadzri
2008-09-08 08:59:23

Salam..

Kena banyak sabar paan, yang penting teruskan sahaja. Duit letak nombor 2 dahulu. Cari ilmu dan amalkan.

Saya pun dahulu macam anda juga, tiada apa2. Tapi sekarang alhamdulilah, bulan2 ade sahaja income masuk dari affiliate dan produk sendiri.

Yang penting, perancangan anda. Susun sebaik-baiknya. Setkan ‘goal’ anda. InsyaAllah, rezeki itu ada, cuma belum sampai lagi :)

Moga bersemangat ya :)

 
Comment by pakteh
2008-09-08 11:40:53

kalau nak rezeki bertambah, bersedekah la banyak-banyak. Tambahan pula sekarang ni bulan ramadan, lagi banyak la pula pahala yg dapat. yg pasti anda tak akan jatuh miskin kerana bersedekah.

Selamat berpuasa dan bertarawikh :)

 
Comment by Mohd Safuan
2008-09-08 15:00:18

Betul team flarebiz..saya sokong 100%.
ramai manusia antara kita lupa diri, lupa pada Allah Yang Maha Esa.
Allah jualah tempat kita mengadu, dan meminta pertolongan.
Allah limpahkan rezeki di seluruh pelosok dalam bumi ini, tapi ada antara kita xblaja menghargainya.
Saya sendiri walaupun, xpernah dapat sesen walaupun dah lama bergiat dalam perniagaan internet, saya xpernah menyalahkan sesiapa.Itu antara perkara yang xpatut kita lakukan, dan perkara itu tidak mematangkan diri kita sendiri.
Jadi, kepada semua IM, dekatkan diri dengan Allah di samping mencari rezeki.
Selamat beribadah di bulan ramadhan.
Wassalam

 
Comment by titan
2008-09-09 18:07:01

manusia kan mudah lupa dan alpa. Haha. So, bende ni normal. Terpulang pada individu masing2. Sedangkan dibulan yg mulia ini pun ada yang tak puasa dan semayang. Apatah lagi bab cari duit..sendiri mahu ingat la..

Set Ebook = RM500? Huh..ada ke orang nak beli nanti? Ni untuk pasaran lokal ke luar??

 
Comment by mdlut
2008-09-10 13:34:19

ish3….amende la orang yang kutuk korang tue…bulan puasa pun nak mengutuk…ak setuju sangat dengan ustaz adly nie….rezeki tuhan yang bagi, kalau kita usaha, insyaallah tuhan bagi….konsep nie kita kena pegang….orang yang kecewa biasanya lupa benda nie…aku pun tgh berusaha skrng nie…semoga tuhan murahkan rezki aku..amin
wassalam..

 
Comment by zulblsb
2008-09-17 11:45:10

yer benar rezeki datang dari ALLH kita kena berusaha,jgn mudah putus asa,malajah im edisi 7 baru aku baca,bro alang bergitu komented dgn kerja2 beliau sehingga dapat menjana wang yg banyak,itulah usaha yg berterusan pasti akan membawa hasil yg lumayam

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.