Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua teman? Harap berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Baiklah saya pada hari ini ingin menceritakan sedikit perjalan Projek Rahsia 10K kepada pembaca blog yang saya sanjungi sekalian. Baiklah secara keseluruhan projek ini berjalan lancar namun dalam keadaan yang agak kucar-kacir disamping keadaan emosi, motivasi dan semangat yang agak tergangu. Mungkin kerana projek yang agak besar membuatkan diri kami belum cukup bersedia menghadapinya.
Baiklah projek ini dirancang setelah ada orang yang mempersoalkan tentang pendapatan saya dengan menjual produk digital. Di harap dengan pendedahan yang berbayar ini semua akan faham dan percaya bahawa pendapatan lumayan di Internet bukan lagi mustahil. Alhamdulillah sambutan yang diberikan agak menggalakan walaupun ditengah bulan
Apa yang kucar-kacirnya? Maaf saya ucapkan kepada rakan JV kerana ini pertama kali saya JV dengan ramai orang. Mungkin tidak kena dengan caranya yang membuatkan agak kucar-kacir untuk manage rakan-rakan JV ini dan tentunya ada yang tak senang dengan kami. Maaf sekali lagi kami ucapkan kerana kami budak baru belajar
Ada juga yang memberikan teguran secara langsung ataupun tidak kepada kami tentang cara JV tersebut… alhamdulillah telah dibaiki sedikit demi sedikit.
Antara yang ketara kucar-kacirnya sistem JV kami ialah rata-rata para JV menyebut masih ada forum sokongan eksklusif bagi Pakej Rahsia 10K sedangkan saya telah memansuhkanya sebelum tarikh pelancaran lagi. Selain itu, sisitem tracking affiliate juga nampaknya dah tak relevan dan sepatutnya kami menggunakan sistem affiliate yang berbayar. Oleh itu, terdapat beberapa kelemahan daripada sistem affiliate sendiri.
Selain itu, pre-launched projek ini juga dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa dimana hanya beberapa hari sebelum tarikh pelancaran barulah kami melancarkan produk digital bertajuk “Temubual Eksklusif Bersama Labanon”. Produk ini tidak dapat disiapkan jika tidak mendapat bantuan bro Amirol yang sememangnya seorang yang baik kerana sanggup bersengkang mata demi kami
Tambahan lagi, kami menerima emel-emel yang terus mempersoalkan tentang pendapatan 5 angka sebulan di Internet. Rata-rata yang menghantar emel kepada kami tidak langsung mempercayai bahawa perniagaan Internet adalah satu sumber buat duit terkini. Mereka mempersoalkan tentang kejayaan ebook 101 Tip AdSense Terbongkar yang dianggap oleh mereka bahawa jualan ebook ini adalah dibawah paras RM10k. Saya tak mampu membalas emel mereka kerana saya tidak mahu bertekak dengan mereka. Namun, sebagai seoran yang masih newbie dalam industri perniagaan Internet… emel-emel ini membuatkan kami tersentak dan memikirkan bahawa Adakah perkongsian kami dengan anda semua tak dihargai?
Mereka ini sebenarnya tidak nampak bahawa potensi produk digital ini amat luas dan tidak mustahil langsung untuk mendapat 5 angka sebulan daripada produk tersebut. Oh, jika saya mengatakan bahawa jualan Pakej Rahsia 10k untuk tempoh 2 hari ialah RM10k pasti ada yang tak percaya bukan? Tapi apa yang pasti rakan-rakan JV saya pasti mempercayainya kerana mereka mengetahui keadaan yang sebenar! Tolonglah, jangan buat spekulasi yang seolah-olah kami ini dilabel sebagai penipu dan terus menipu anda.
So, alhamdulillah overall perjalanan pelancaran Pakej Rahsia 10K telah mencapai target walaupun masih banyak kelemahan. Saya memohon maaf di atas kekurangan produk kami pada kali ini. Saya tahu ada yang mengatakan bahawa produk saya tidak berkualiti… saya akur namun saya tahu saya dah buat yang terbaik demi untuk negara, agama dan bangsa. Saya cuba untuk memanjangkan hayat produk digital di pasaran tempatan kerana ramai yang sudah kecewa dengan produk digital. Pencapaian 5 angka dalam masa 2 hari sangat memuaskan hati kami!
Sebelum saya membuat produk ini, saya masih ingat ada seorang mamat ini mengatakan bahawa produk saya takkan laku seperti produk TipAdSense kerana produk ini bukanlah niche adsense. Oh, saya sangat takut ketika itu… namun alhamdulillah setelah memperbetulkan niat bahawa saya buat sesuatu kerana wang akhirnya saya berani untuk melancarkan produk Pakej Rahsia 10K yang nampaknya 6 kali ganda lebih baik daripada ebook 101 Tip AdSense Terbongkar.
Itu sahaja perjalanan ebook Pakej Rahsia 10K dimana masih jauh perjalanan produk ini
Majalah IM? Harap anda semua bersabar menanti Majalah IM Jun
sekian.
p/s: Terima kasih semua ![]()

























Salam…
Anggaplah kritikan sebagai pembakar semangat untuk terus kehadapan….
Dalam kehidupan ini tidak semua perkara kita dapat lakukan dengan sempurna….mesti ada kurangnya di sana sini.
Semoga berjaya
w’mslm…
Thanks
kritikan sememangnya diperlukan..
Tahniah Labanon,
Seronok tengok orang Islam n melayu kita berjaya.. Walaupon tak dapat jd JV.
Pastinya Labanon akan menjadi pendorong dan membuka mata masyarakat dengan lebih luas tentang dunia IT.
Selepas ini bertambah banyak la usahawan muda kat Malysia ni. hehe..
Tunggu nak lahir Jutawan muda plak..
Tahniah bro..
thanks bro
Cekal dan gigih. InyaAllah berjaya. Good luck.
tq
Waktu kecik2 dulu datuk selalu cakap benda ni kat saya…
“Kita kalau susah orang benci…
dan kalau kita senang orang akan dengki..”
Tak semua orang kita boleh puaskan…
Anyway, you’ve done your best. Caya lu bro! Dan terima kasih gak atas peluang untuk mendapat pengalaman yg tak ternilai ni…
“Hanya Johari mengenal Maniam…”
eh silap…
“Hanya jauhari mengenal manikam…”
Caya lu!
“Kita kalau susah orang benci…
dan kalau kita senang orang akan dengki..”
hohoho great bro!
kuatkan kan semangat dan terus bersemangat
…kerana anda tahu siapa diri anda yang sebenarnya dan apa yang anda mahukan!
thanks a lot!
cayala….kalau ada orang mengata ebook bro tak baik takper la…biar jer. ada gak org yang katakan ebook tu bagus. hehehe. Kalau ada update blh bagi percuma dengan pelanggan sedia ada. hehehe. ini utk mantapkan lagi ebook tu.
apa-apa pun congratulations
ya sure… update percuma
Tahniah kepada Labanon dan Team FlareBiz dengan kemunculan Pakej Rahsia 10K.
Semoga produk ini akan membuka kembali semangat para IM untuk menghasilkan produk digital yang berkualiti dan mempunyai permintaan tinggi.
Kepada para newbie, jadikan Pakej Rahsia 10K ini sebagai salah satu panduan dan motivasi untuk terus maju dan maju dalam perniagaan internet.
Good Luck!!!
thanks a lot
Salam labanon. Tahniah dapat pendapatan 5 angka sebulan. Skrg akak dah tuka tpt keja, dah kena transfer. Kawasan yg agak pedalaman sedikit. Xlama lg mungkin transfer lg, berjiran dgn negeri kelahiran labanon. Akak bru melangsungkan perkahwinan 1 Jun 2008. Labanon bila lg? Pendapatan dah cukup utk belanja kawin.
Untuk pengetahuan labanon, student akak ramai yg nak tahu ttg adsense drpd akak. Akak hanya beri penerangan ringkas, jika berminat mereka boleh dapat 101 tips adsense. Nampaknya ramai gak antara mereka yg dah beli. Ebook tu memudahkan akak, xdalah student kecik hati sbb akak x bg penerangan lengkap. Tip adsense memudahkan keja akak. Tq.
w’mslm,
Waa… lama kita tak chat
Hehe dah kahwin tak ajak saya yer
p/s: Hoho bestnya kawin
Ahahha….pe lg dik? duit hantaran kamu ckp dh..suke benor aku mencucuk si adly..haha…
Labanon,
Kita perlu kuat menghadapi semua kritikan negatif.
Usahawan terbilang adalah usahawan yang bijak mengawal emosinya.
LiveStorng!
-Shueqry-
Usahawan terbilang adalah usahawan yang bijak mengawal emosinya.
Nice quotes
saya sebagai rakan JV mengesahkan labanon berjaya menghasilkan pendapatan 5 angka dalam masa 2 hari!
peace!
hehehe… kritikan? biasa laa. takkan nak tengok produk digital tu sekadar produk untuk buat duit aje. banyak lagi niche yang menarik yang boleh dilaksanakan dengan menggunakan pakej rahsia10k tersebut.
jangan patah semangat.
tanya aje pengalaman bitol camner dalam perjlnannya menguruskan perniagaan onlinenya… anda mesti ingat citer dalam internet muda. pengalaman mengajar erti perniagaan yang sebenarnya…
asam garam. takkan boleh nak puaskan hati semua orang…
ya2 sure
Thanks bro
sdr. Labanon:
kalau semua orang asyik puji aje…awak tak akan belajar apa-apa sebaliknya mereka yg kritik dan hentam awak, di situ awak akan dpt belajar memperbaiki kesilapan. Mereka yg asyik puji aje, awk tak belajar apa2 pun melainkan kembang hidung dan bangga diri. kesimpulannya, ucapkan terima kasih byk2 pada mereka yg kritik dan hentam awak kerana dapat ilmu yg berguna.
sya percaya awak dpt RM 10K tu pun kerana penat lelah bersengkang mata siang mlm nk siapkan. hasilnya berbaloi.
tahniah.
ya.. saya juga perlukan kritikan yang membina dan berasas
Terima kasih saya ucapkan kepada mereka semua!
Thanks pakteh!
Lumrah dunia ini ada bermacam2 jenis ragam manusia. Walau Rahsia10k tu sehebat manapun, tetap ada yang kritik. Tapi dengan adanya kritikan ianya menjadi balance dan Labanon dengan cepat boleh menutup kesilapan yang lalu.
Contohnya, program affiliate tu memang perlu ditukar kepada yang berbayar seperti affiliate dev. Memang kena ada perancangan yang diperhalusi lagi sebelum launched produk. Tapi dari segi kualiti produk, ianya adalah paling mantap dan penuh berinformasi sekali. Tahniah
Hehe… ya2.. itulah kesilapan saya
Tahniah Labanon!
Bila berjaya atau gagal pasti ada saja kritikan yang dilemparkan..pastinya sebab mulut manusia bukan macam mulut tempayan kan
ehehe
saya juga belajar dr kegagalan dan kritikan..Dare to Fail!! all the best bro
thanks kak farra
Tahniah atas penghasilan produk terbaru anda.
ARB Dagang.Com
http://www.informasi.arbdagang.com
Salam…
Quick respon dari saya….jangan takut dengan kritikan..kritikan adalah pemberi semangat..
Kita buat sahaja apa yang kita mahu buat, kejayaan bermula dari diri kita sendiri..bukan orang lain…kritikan yang membina ianya baik…kritikan yang menghancurkan..biarkan…
Dalam dunia sentiasa ada baik buruk, begitu juga manusia…ada yang suka dan ada yang tak suka…
Labanon, dengar lagu dari Youtube ni, moga bermanfaat dan hayati liriknya ok?
http://youtube.com/watch?v=t6_QJ6cg4G0
KAU BOLEH!!
wow..tahniah anda telah mendapat lbh dr 10k dari penjualan ebook ini..
boleh tiru kejayaan anda..;)
Belum baca2 lagi..
Baru balik kursus..
Esok boleh start baca..
hurm… kagum2… tahniah
Biasalah tu.. Lebih ramai orang mengkomplen dari mengkritik secara baik..
Teruskan usaha anda..
Baru baca chapter 1.. menarik ..
Bukan setakat untuk ebook je boleh dipraktikkan tapi untuk bisnes offline juga…
p/s :- Jangan pedulikkan pada komen2 jahat.. selagi rasa boleh teruskan je… manusia ada banyak ragam…
nak kutuk ke nak puji?
Ehm. Biarlah. Nasihat dari aku. Kalau beli apapun ebook atau software dari sesiapa pun. Apply apa yang korang baca tuh. Cuba wat dan apply. Kalau tak berjaya hari nih. Mungkin 2 tahun akan datang akan berjaya. So, buatlah daripada korang dok puji labanon atau kutuk labanon.
Kalau takat puji je. Tapi takde maklum balas. Tak guna gak kan? So, better korang buat keja. Lepas baca ebook, apply dan tengok result. Keje, usaha, promosi dan memacam lagi.
Bab2 puji memuji dan kutuk mengutuk nih, Adalah lumrah IM malaysia.
Apapun. E-book ni sesuai untuk newbie or noob dan sesungguhnya, Aku seorang newbie. Jadi ebook nih juga bagus untuk aku. Hehe..
yea betul dengan pujian ada bagusnya… dengan kritikan pun ada bagusnya… buat kerja anda dengan sebaik mungkin…
ingat pesan dr tuah iskandar?
ingat pesan dr fadzilah kamsah?
ingat pesan imotivasi?
[...] tidak melenting pun. Bagi saya si Labonan lagi teruk kot, sampai ada yang tak percaya budak 17 tahun buat duit RM10k dalam masa sebulan kemudian buat [...]
Lebanon, mmg tabik spring.. la. Omputih pun dh mention pasal ngko. Terkenal ngko dh kan, hehe.
Apapun, selatmat maju jaya