Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Merenunglah dan Bersyukurlah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara dan banyak lagi.

Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, berserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya, anda menguasai kehidupan anda tetapi tidak pernah mengetahuinya.

Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki. Apakah anda mengira bahawa berjalan dengan dua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa? Padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki. Anda mengira berdiri tegak di atas kedua-dua betis adalah perkara mudah? Sedangkan ramai yang telah kehilangan betisnya!

Renungkanlah! Betapa besarnya nikmat Allah. Apakah anda mahu membeli istana-istana besar dengan lidah anda dan menjadi bisu? Mahukah anda menukarkan sejonkong emas dengan sebiji mata anda dan anda menjadi buta?

Anda acapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material seperti tiada handphone canggih, tiada rumah besar dan sebagainya. Namun anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki kebaikkan, kenikmatan dan banyak lagi.

Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukuralah! Don’t be Sad!!

Sekian..

p/s: Kepada yang dapat result PMR kurang memuaskan sabarlah… :D

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

1 Comment »

Comment by MaizulDotCom
2006-12-29 00:29:15

Bagus tu sentisa bersyukur dengan apa yang kita nikmati. amin

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.