Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan bersih anggota badan. Segala perjanjian telah dilakukan dalam solat mestilah dipelihara di luar solat.Antara kepentingan solat seperti berikut:
- Solat mendidik manusia sentiasa mengingati Allah s.w.t dan mematuhi perintah-Nya.
- Solat boleh memelihara manusia daripada melakukan kejahatan, seperti Firman Allah s.w.t.
- Solat memberi ketenangan jiwa.
- Solat membawa kejayaan kepada orang mukmin tetapi hendaklah dilakukan dengan khusyuk.
Jadi jika anda semua mendirikan solat tidak akan berlakunya gejala murtad yang sejak akhir-akhir ini semakin bertambah seperti kes Lina Joy. ![]()
P/S:Tidak cukup hanya menjadi usahawan berjaya jika solatnya tidak sempurna. Sesiapa ada yang ingin mengiklankan produk anda dengan kos serendah RM1 sila klik disini. ![]()

























Ya… perkara yang pertama akan disoal di akhirat nanti ialah solat sblm allah menilai perkara2 lain .
Setuju…Post yang sgt2 penting. Sembahyang tiang agama. Teringat pesan orang tua2 kalo nk pegi mana2.. “Jangan tinggal sembahyang.. jangan lupa baca quran..” Insya Allah, selagi sembahyang Insya Allah at least dosa2 besar tak buat..
p/s: Pesan ustaz, kalo mahu murah rezeki, Jaga sembahyang Wajib di Awal waktu, sembahyang Dhuha amalkan selalu.
Ya…… sesungguhnya sembahyang adalah perniagaan yang paling menguntungkan..
Bukan setakat perniagaan. Sembahyang sebagai pelaburan jangka panjang. Dapat untung banyak.
Sembahyang??? Aha… baru teringat… nanti … nanti…
Ya…. sembahyang itu penting
bukan setakat sembahyang..tetapi sembahyang yg tepat waktu dan kusyuk..
Ya… saya sokong 100% kata surfaddict tu…
Cuba kita sama-sama renung dan fikir… tanya diri sendiri dengan satu soalan yang kita pun tak dapat nak jawab dengan tepat, iaitu: “Berapa kalikah aku tinggal sembahyang?”
Pasti kita sama-sama gagal mengingatinya…
yup, macam g-kin cakap, kadang-kadang kita tak ingat berapa kali kita tertinggal seperti terlewat bgn dan sebagainya.
p.s: Allah Maha Adil, kita bayar tak perlu bunga pun kalau dah terlepas. Kalau 1 qada 1. Tapi itu bukan bermakna kita boleh tinggalkan SOLAT!! |o|
rukun islam ada 5..sembahyang salah satu..selain tu mengucap 2 kalimah syahadah..korang tau x sifat 20? ustaz (bukan ustaz kat sekolah, tp ustaz kat masjid) aku cakap, kalo kita x ingat, x sah mengucp kita…aku rasa ada betul gak..
solat smkin x mjadi kutmaan…..sembhang pun x bkualiti…apa yg sy mksudkan dsini..dngan ambik air smbhyang x btul,sembhyang laju nk kjar mase org katekan,tpi buat bnde lain bleh plak lmbat2…..mslah xksyuk dlm smbhyang pun stu…apelah nk jadi dngan umat islam skrang ni…astafirullah…
Ya betul… sembahyang tetapi tidak khusyuk kerana mengejar kesibukkan dunia.