Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Harap berada dalam keadaan yang sihat
Zhafran sekarang sangat sibuk dengan design Majalah IM. Majalah IM pada edisi Mei memuatkan banyak artikel yang sangat menarik! Baiklah kita tinggal dahulu kisah si Zhafran dengan designya…
Adakah anda rasa rezeki anda tidak cukup?
Baiklah sebelum saya mengolah dengan lebih lanjut tentang “rezeki” maka saya ingin menjelaskan satu perkara kepada anda. Jangan hanya menganggap rezeki itu merupakan wang ringgit, harta kekayaan dan pelanggan yang ramai di kedai anda! Tuan-tuan dan puan-puan sekalian… rezeki ini terlalu luas dan kita sepatutnya sukur kerana Allah masih memberikan kita rezeki. Tubuh badan anda sihat, awek yang sihat
mata anda masih mampu melihat, anda masih bisa bertutur dan sebagainya adalah rezeki.
Komputer, televisiyen, kereta dan segala barangan anda tidak rosak juga merupakan rezeki. Abang-abang dan kakak-kakak sekalian… anak-anak juga merupakan rezeki(ehem ehem rezeki sakan nampak!), keluarga yang bahagia juga merupakan rezeki, jodoh yang panjang juga rezeki dan isteri yang cantik juga merupakan rezeki ho ho ho! Jadi anda semua sebagai manusia yang berakal tidak perlu lagi berkata kepada diri anda bahawa “Erm… kenapalah orang lain rezeki murah… aku ni… nak duit seringgit pun payah!“. Jika itu yang anda ucapkan maka anda masih belum faham apa itu maknanya rezeki.
Baiklah terdapat beberapa petua untuk anda murahkan rezeki.
Pertama anda perlulah patuh perintah Allah… ini sudah tentu kerana Allahlah yang menurunkan rezeki kepada kita semua. Anda perlu solat lima waktu sehari semalam agar sentiasa dimurahkan rezeki. Selain itu, anda juga perlu sentiasa patuh terhadap kedua ibubapa dan jangan jadikan mereka sebagai tempat anda lepas geram. Selain itu ialah sentiasa berziarah, banyak menolong orang, banyak berdoa dan sebagainya. Itulah di antara tip agar anda murah rezeki!
Imam Ghazali juga ada berpesan… Jika anda tidak membuat empat perkara ini dalam satu hari… maka anda boleh katakan bahawa hari tersebut adalah hari yang cukup sial! Maknanya rezeki anda susah, tidak mendapat berkat dan sebagainya. Apakah 4 perkara berikut?
1) Solat 5 waktu.
2) Berdoa dan berzikir.
3) Membaca Al-Quran.
4) Berfikir.
Jika empat perkara di atas anda tidak lakukan dalam satu hari maka hari tersebut merupakan hari yang cukup sial. Saya tak tujukan kepada sesiapa… cuba kita renungi diri kita… adakah setiap hari kita melakukan perkara di atas? Adakah kita sentiasa berada di hadapan komputer hingga menyebabkan kita tidak sempat membaca kalam Allah? Sibuk laa kononnya namun adakah anda perasan… jika anda sentiasa melayan perasaan sibuk anda… maka anda akan lebih sibuk! Cuba time sibuk tu… anda luangkan masa untukNYA. Membaca Al-Quran adalah penyembuh segala penyakit, maka jika anda sempit rezeki maka Insyallah rezeki anda akan melimpah ruah.
Baiklah beberapa perkara yang menyebabkan rezeki anda sempit.
Pertama sudah tentu anda solat tidak cukup. Ada seorang ni kerja sebagai engineer… gajinya tak banyak hanya RM200 ribu jerk! Sentiasa keluarkan duit untuk buat masjid, bagi kat orang miskin dan sebagainya. Namun beliau tidak solat… rasa tak tenang jer hidupnya. Keluarga tak bahagia, duit tak cukup, stress dan sebagainya. Adakah anda mahu begini? Solatlah saudaraku…
Seterusnya ialah tidak mematuhi kedua ibu bapa, memutuskan silaturahim, benci terhadap orang lain, menabur fitnah, merasuah dan sebagainya. Dr Fadilah Khamsah juga ada cakap orang lelaki buang air kecil berdiri juga boleh menyebabkan sempit rezeki. Hehe bukan setakat tu jer… ada beberapa lagi implikasi jika orang lelaki buang air kecil berdiri antaranya:
1) Rabun mata
2) Sakit buah pinggang
3) Batu karang
4) Mati pucuk oh! (psstt dia ni pelihara burung… tapi burungnya takleh terbang laa ho ho ho!)
dan banyak lagi sebenarnya. Tapi setakatnilah perkongsian saya dan harap dapat memberi input berguna kepada anda. Ayuh jadi orang kaya yang bertaqwa!
sekian
p/s: Jangan sibuk sehingga lupa bahawa dunia ini hanya sekadar persinggahan ![]()

























post dari labanon ni lebih berunsur kepada perkahwinan..Nampak gayanya tak lama lagi makan nasi minyak ke??
Ya…rezeki bukan hanya wang ringgit…Rezeki adalah segalanya…Kalau sakit pun rezeki jugak tu..terima sahaja..
Haha… tengoklah 7-8thn lagi kot makan nasik minyak ho ho ho!
Kencing berdiri juga boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat ketika mati
owhh yer ker… erm.. takutnya..
Labanon’s split personalities:
Asal-asal seorang usahawan internet,
kadang-kadang-kadang bila dah angau, pasal kahwin je yang dia cakap…
Lepas tu, yang paling best, bila bercakap pasal benda-benda camni, rasa cam ustaz pulak Labanon ni….hehe. Gurau jah deh..
Really nice post. Kadang-kadang terlupa, sibuk study & bekerja sampai kita lupa pada ALLAH.
Ha ha ha!
So cam ner study sekarang? Ok ker? Sapa ex-maher kat sana ek?
Study? huhu….teramatlah mencabar. Lagipun ni dah final year diploma dah.
Alamak, x ingat la pulak nama dia. Tapi tengok muka cam baik jek. Tak tau la kot-kot semua budak Maher ni baik-baik belako.
Nanti nak gi bermesra ngan dia…
Betul tu labanon…rezeki bukannya dalam bntuk wang ringgt semata2. Ttapi jika kita mampu apa salahnya usahakan untuk mendapat semua yang baik…duit,keimanan,isteri cantik,anak yg soleh, rumahtangga bahagia dan macam2 lagi..
Tambahan…kalau tak silap aku apabila kita kencing berdiri kita telah membantu menghidupkan semula seekor syaitan ang telah mati akibat laungan azan…wallah hu a’lam
Tapi tulah masih ramai yang mengaggap rezeki ini hanyalah wang ringgit
Salam labanon,
satu artikel penuh peringatan utk semua. benar apa yg di tulis disini. ingat mengingatkan adalah memang nya perintah. saya baca ramai betul giat labanon tntg perkahwinan. itu kan bagus bina impian sunnah Rasul. take time to kenal kenal ada planning ok. belajar dulu fokus masuk ‘U’ dulu. kalau dah jodoh tak ke mana. banyak betul artikel labanon sy belum baca. terima kasih lah berbanyak2. selamat maju jaya dlm apa jua anda inginkan.
W’mslm,
Hehe entahlah seolah-olah sudah sinonim nickname Labanon dengan perkahwinan oh!
Sekarang pun dok planning dah ni hehe
Salam Labanon,
Bagus artikel ni. Rasulullah pun pesan kpd kita semua supaya berpesan2 kpd kebenaran n kesabaran.
Harap2 dapat disampai2kan kpd semua sbg peringatan…(mewakili Labanon, hehe)
hehe thanks
best artikel nie..
labanon. KO baru lepas gaduh dengan awek ke ada benda yang masih belum selesai nih??? Lain macam je nih. Hehe
Erk.. takdelah ha ha… lain macam cam ner tu?
lain macam la..ala. ke ko pura-pura tak tahu nih..
Perkongsian dari buku LA TAHZAN (Jangan Bersedih):
Kita sudah mempunyai dunia, sedang kita tak menyedarinya. Padahal Tuhan sudah menyempurnakan nikmat-nikmatNya bagi kita, meliputi yang zahir dan yang batin.
Ketika kita sedang tidur nyenyak, ramai yang gelisah memikirkan sejuta masalah. Ada yang menanggung derita, menahan kesakitan dari penyakitnya. Ada pula yang telah ditarik nikmat tidurnya, insan malang menderita insomnia.
“Nikmat ALLAH yang mana lagi yang hendak kamu dustakan?”
Nikmat tidur sahaja sudah teramat besar bagi kita sebenarnya. Sedang orang lain, sanggup menelan pil-pil tidur, demi mencari sebuah ketenangan, kita dikurniakan nikmat ini tanpa banyak bicara.
Nikmat tidur sahaja sudah cukup membuatkan diri kita, begitu kerdil di di hadapan AL-WAHHAB, TUHAN YANG MAHA PEMBERI.
yup… banyak nikmat Allah… tapi kita masih sering buat maksiat… hamba yang baik kah kita ini? Erm.. Allahuakhbar!
Salam..
Labanon semakin mengganas….dan masuk burung2 dah ni..heheheh…pape pun, info ni penting…saya juga ada ulas di artikel di blog saya..
http://mazlienadzri.com/?p=7
p/s : sory tuan rumah, saya letak url blog..
Haha.. burung2 tu simbol kepada kekuatan lelaki ho ho ho!
Takpe kongsi link yang berkaitan
ermmm banyak yang kita tak tau dalam dunia ni. Semakin kita belajar makin banyak kita tak tau. Macam saya jugak dalam delima sekarang ni hari-hari baca buku makin banyak perkara kita tak tau sehingga saya rasakan ada betul kata orang ilmu itu umpama lautan yang luas. Ilmu itu sebenarnya rezeki yang paling bermakna dan berguna kepada manusia. Tanpa ilmu mana ada harta dan kekayaan kecuali pusaka. Harta pusaka walau bergunung sekalipun akan habis bila pemiliknya tidak berilmu, dikikis sikit-sikit sampai licin. Kita lihat banyak contoh yang berlaku terutama kepada orang melayu sendiri. Macam cerita jutawan segera FELDA tu (tapi tak tau la cerita ni betul ke tak).
Yup… banyak sebenarnya ilmu… sekali lagi nak diingatkan.. dimana-mana jer kita boleh dapatkan ilmu.. bukan hanya di Universiti!
Baca tajuk dah terperanjat dah. Tapi bila dah baca habis baru ler paham dan setuju jikalau 4 yang disenarai Labanon kalau tak buat memang S14L!
masyaAllah, artikel yg sgt menarik
bagus lah mcm ni, abg xsangke walaupun adik leh jana wang 5 angka, tapi tidak lupa pada yg maha kuasa dan amal harian…
teruskan
jom2 join forum abg nye gak ->
http://www.iluvislam.com