Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua? Sudah tentu semuanya busy-busy belaka di hujung-hujung tahun ni maklumlah sekolah dah nak buka dan beberapa perkara yang perlu diperbaharui seperti roadtax dan sebagainya. Alhamdulillah kelmarin saya berjaya melancarkan satu ebook dan saya berharap anda semua berpuas hati dengan ebook tersebut. Alhamdulillah jualanya juga cukup memberangsangkan dan saya sangat berharap Allah masih panjangkan rezeki saya untuk tahun 2008 ini.
Walau apa pun yang terjadi anda bersabar dan bersyukurlah. Ini kerana ia sudah takdir. Bangunlah, jika Dia mengkehendaki anda berdiri, dan duduklah jika Dia menyuruh anda duduk! Bersabarlah ketika Allah menjadikan diri anda seorang yang fakir, dan bersyukurlah manakala Dia menjadikan diri anda orang yang kaya-raya.
Apa-apapun saya telah melawat ramai blog kawan-kawan dan semuanya dengan azam masing-masing yang begitu mencabar dan saya yakin dan percaya mereka akan mencapai impian masing-masing. Saya juga tidak ketinggalan ingin menceritakan sedikit apakah impian dan azam saya pada tahun 2008. Ayuh kita tengok
1. Saya ingin lebih maju dalam industri penulisan ebook dan insyallah lebih banyak tips yang saya akan kongsikan dengan anda.
2. Saya akan mewujudkan satu studio design yang akan menggunakan tenaga kerja professional designer sebanyak 2 orang atau lebih. Studio design ini akan menerima pelbagai tempahan sama ada buat Wordpress + logo + minisite + banner + MASCOT( hehe Team FlareBiz akan ada mascot nanti) dan banyak lagi rasanya. ( Nak conqure Industri design tanah air hehe)
3. Saya ingin mencari pengganti bro Fai. Ya untuk menyertai team FlareBiz kerana saya benar-benar tidak mampu untuk menyelesaikan segala permasalahan seorang diri. Bagaimana lah bro Shuth, SmartZul, Sham, Alang dan banyak lagi mampu lakukan seorang diri? Ah, mungkin mental masih lagi lemah untuk menghadapi segala cabaran dan rintangan ini. ( ada sesiapa nak apply?)
4. Saya ingin memiliki sekurang-kurangnya 10 perniagaan Internet pada tahun 2008 yang meliputi produk FIZIKAL dan DIGITAL. Dalam tangan sekarang ada dua projek produk Fizikal yang dijangka dilancarkan pada awal tahun 2008. Saya betul-betul ingin berjaya dalam bidang perniagaan Internet! Jual tuala wanita secara online pun ok
Bukan main-main lagi hehe segala keuntungan saya akan salurkan kembali ke dalam ebiz untuk membuka lebih banyak peluang buat duit. ( Jika anda hendak JV jual produk PM lah saya!)
5. Saya ingin kekalkan pendapatan 4 angka sebulan dan berharap pada penghujung tahun 2008 pendapatan saya akan menjadi 5 angka sebulan. Saya mesti berusaha lebih kuat!
6. Ingat nak buat dropship sikit dengan new partner( kalau ada). Hehe harap-harap dropship yang menjadi lah yer
Rasanya cukuplah dahulu saya dedahkan 5 Azam tahun baru saya dan bagi saya azam ni kita perlu sentiasa perbaharui kerana apakah yang ada pada 2008? Semuanya sama dan terletak pada diri kita sendiri untuk mencorakkanya. Baiklah seperti post tahun lepas di sini. Saya juga ingin berkongsi sedikit kejayaan 2007 saya bersama anda. Mungkinlah kejayaan ini kecil kerana saya terpaksa menghadapi peperiksaan SPM ( Doakan saya dapat result yang baik!). Lihat di bawah:
1. Dapat menghasilkan ebook Sales Letter bersama bro Fai. Great moment!
Banyak belajar dari sini.
2. Menghasilkan Report Rahsia Penggiat AdSense yang mendedahkan kisah Ali ( perempuan ni bukan lelaki) yang berjaya dalam adsense. Alhamdulillah sudah ramai yang menggunakan konsep ini.
3. Ebook 101 Tip AdSense Terbongkar melengkapkan koleksi tahun 2007 saya. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya melancarkanya. Jika anda belum dapatkanya anda boleh dapatkan di sini.
4. Menjadi penulis di RahsiaBlogger. Kejayaan yang agak besar bagi saya kerana dapat bekerjasama dengan IM terkenal
5. Melancarkan ebook Menjana Wang Tanpa Produk!
Banyak sebenarnya projek yang dirancang tetapi semuanya tak menjadi dan insyallah pada tahun 2008 saya tidak akan mengulanginya lagi. 2007 saya hanya mampu menyiapkan 5 projek kerana AZAM saya pada 2007 ingin berjaya dalam pelajaran. So, dengan 1001 harapan saya berharap dapat mengegarkan arena perniagaan Internet pada 2008 dengan pelbagai produk.
Kenangan pahit pula hanyalah satu iaitu kehilangan domain JomBerniaga.com yang saya sayangi namun takde rezeki nak buat cam ner
Semoga FlareBiz.com mampu menjadi satu blog yang lebih berjaya dan bergaya hehe dengan kehadiran mascotnya yang tersendiri pada awal Januari insyallah.
Itulah sahaja yang mampu saya tulis pada hari ini dan jom kita tutup kamus 2007 dengan penuh kenangan. Semoga Allah memberkati tahun 2008 kita! Semoga lebih kaya! Semoga lebih maju! Semoga lebih pemurah! Semoga lebih disayangi Allah! Semoga lebih dekat diri kepadaNYA! Semoga kita lebih bersyukur! Semoga kita tidak meninggi diri! Semoga kita semua bahagia! Semoga kita semua tidak ditimpa bala!
AMIN.

























Well Done Bro. A lot of achievement you made this 2007 year. Hope this year will be a great success for you. You can and you will. I know,
.
Tahniah labanon, byk pencapaian yg dah dicapai..Saya pun dpt byk inspirasi dr labanon..
Semoga berjaya di dalam impian anda, wah, banyak nak apply kerja dengan kao ni, Labanon …boleh ke
Tahniah Labanon, diatas byk kejayaan pada 2007.. Diharap kejayaan akan terus pada 2008..
P/s: Jemputlah ke blog http://www.sipenglipurlara.com
kasyah: Terima kasih
kerana anda bnyak membantu
kuasadua: TQ bro.. erk saya masih tidak layak hendak dijadikan sumber inspirasi
Abooain: Hehe nanti kita discuss
safuan: TQ bro…
p/s: Terima banyak tempahan
Tahniah, walaupun umur ko masih belasan tahun, tapi banyak ilmu dan kejayaan yang ko capai.
Aku dah beli e book ko semalam, aku baca cerita si ali, pastu baca interview 5 pakar, pastu baca Read Me. Tiba tiba “blink” bukan blank.
Aku baca BAB 1, pastu aku berhenti membaca . Bab 2 tak baca lagi. Aku “on” internet cari domain name. Aku dah beli domain name & hosting. Aku ingat nak buat blog , tapi nak set up tak tau. Nak tulis tajuk apa pun tak tau. Aku bincang dengan sesorang, dia bagi idea .
Sekarang, aku nak minta tolong dengan ko, jadi mentor aku. Aku nak praktikkan apa yang ko tulis dalam e book tu sampai berjaya.
Kalo berjaya, ko buat lagi satu e book. “Jika ada usaha , cari duit bukan susah”. Pra tajuk. Isinya - cerita pasal aku la.
Ko selitlah teknik 101 tu semula secara detail.
Ko jadi mentor (cikgu adsense) aku lah.
Hari ni nak baca Terms and Conditions Google.
Terima kasih. (macam cerpen lah pulak)
over40: Saya masih tidak layak menjadi mentor
p/s: Fikir-fikir balik 10 perniagaan Internet banyak tu
saya tukar target 5 jerlah kot untuk thn ini 
hehe! kmo mmg bgs! =P
Wah.. Bila maskot siap?
Thanks sbb bantu saya tahun lps.. You’re my friend..
Good luck for ur 2008..
PS: Minimumkan projek(projek besar) tapi maksimumkan fokus.. Insya-ALLAH.. Akan berjaya..
tahniah labanon,


bro yakin awk boleh buat yang terbaik..
banyak azam 2…but make sure ianya achiveable…
Banyakkan belaja n teruskan belaja…
Ilmu perniagaan internet sentiasa berkembang n updated..
Fai: Entah lah.. 2 minggu lagi kot sekali dengan wordpress theme. TQ bro
Syed Hafidz: tq bro
Labanon….you are great. so strong ! Congratulation..
Hope you success always..and me too.
Good ! You have spirit than others people have. Go and keep it always!
[...] agar berusaha lebih kuat bagi menukarkan impian anda menjadi realiti. Baiklah anda boleh membaca matlamat saya di sini. Setelah anda baca… anda akan dapat lihat beberapa matlamat saya telah tercapai dan masih ada [...]
Semoga semua matlamat yang team flarebiz rancangkan akan tercapai. Usaha yg berterusan itu penting.