Assalamualaikum kepada semua,
Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh
keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan
untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap
sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya
menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.
*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin….
Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan
tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan.
P/S: Saya telah lancarkan Chat Usahawan di sidebar tu.. ha nampak? Marilah sama-sama kita gunanya ke arah kebaikan :D. Kepada yang hendak menghantar artikle untuk di muatkan ke dalam ebook sila hantar artikle yang bersesuaian dengan tajuk iaitu tentang Perniagaan yang dapat menaikkan motivasi kita sikit.
. Untuk makluman saya hanya nak 2 artikle sahaja.

























Jangan cakap saja Lebanon kena amal laa ..
Tapi… rasanya bukan ke tak elok makan kurma lebih dari 2 biji?
Hahaha, Gkin buat lawak.
hehehe…kartun tu dapat kat mane..?
Haha..kalo kurma ke-3 tu bukan kita punyer mmg x elok kot.. heheh.. Peace G-Kin. Ilmu yang baik..
Kadang2 bende remeh pon kalo x diigtkan boleh terlupa…
jangan berbalah..yang penting amal jer..yang cakap tu pun ape kurangnye..he..he..
chow…