Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Wow bahang raya masih terasa jadi dikesempatan ini saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua(yang membaca blog ini) huhuhu terima kasih diucapkan ekk.
Macam mana duit raya tahun ini? Huhu mesti banyakkan? Hehe… nampaknya duit raya saya pada tahun ini berkurang sebanyak 17% :(. Ini mungkin faktor usia yang semakin bertambah HOHOHO!

Baiklah teruskan kepada tajuk kita pada hari ini iaitu tetapkan arah tuju anda. Jika anda tidak mempunyai sasaran, anda tidak akan dapat apa-apa. Anda mesti mempunyai matlamat, anda perlu tahu ke mana destinasi anda, berusaha untuk mencapainya dan sentiasa ingat akan impian anda. Saya berjumpa dengan ramai orang yang mungkin tidak faham tentang konsep ini yang berkata “impian aku ialah untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun” tetapi apabila anda tanyakan bagaimana untuk mencapainya, mereka hanya diam sahaja.
Anda mesti mempunyai matlamat jangka panjang, untuk tempoh 5 tahun akan datang, kemudian anda perlu berusaha untuk mencapainya, kemudian tetapkan matlamat jangka pendek yang lebih mudah dicapai contohnya matlamat setahun, sebulan dan seminggu.
p/s: Huhu submitkan website-website anda semua di http://direktori.JomBerniaga.com ..
dan sekali lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Dan satu lagi tunggu kuiz raya di JomBerniaga.com yang menjanjikan hadiah yang menarik :D.

























Labanon, saya dah try submit tp x leh lah.. Rec URL x betul.. Patutnya letak aper??
Oh ya.. ada masalah sikit.. maaf lah yer..
arah tuju memang dh nampak,
cuma nk tak nak,
usaha mainkan peranan penting,
agar kita esok tak melenting
melenting sbb asyik tak berjaya,
pastu terus kecewa,
putus asa pun juga,
last2 hidup mcm tu juga.
mari lah kita tetapkan arah tuju,
sebolehnya usaha dgn matlamat yang satu,
utk mencapai halatuju… =)