Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Anda semestinya fikirkan bahawa seorang yang digelar jutawan itu akan hidup mewah dan bergaya. Namun adakah anda tahu realiti bagaimanakah kehidupan manusia yang digelar jutawan? Bukan anda seorang, malah ramai yang beranggapan bahawa jutawan memandu kereta mewah yang besar, sentiasa naik turun kapal terbang, melancong ke seluruh pelosok dunia dan mengetuai perniagaan besar. Pendapat ini sebenarnya silap!Tetapi dari segi realitinya, hanya 5% sahaja jutawan yang hidup seperti itu. Dengan kata lain, kehidupan naik turun kapal terbang merupakan satu ilusi.
Sebahagian besar jutawan mempunyai gaya hidup yang mudah dan sederhana. Ini dinyatakan dengan jelas dalam buku The Millionaire Next Door oleh Thomas J. Stanley dan William D. Danko. Mereka hidup di kawasan perumahan biasa, memandu kereta biasa dan mempunyai kerja macam orang lain. Pendek kata, semuanya biasa dan sama dengan orang lain… cuma wang ringgit mereka itu yang LUAR BIASA.
Kesimpulanya, apabila wang ringgit anda luar biasa maka segala keinginan anda yang luar biasa turut dapat dicapai ![]()

























betul ke??
rase2 nye ramai yang memakai barang mewah..
realiti kehidupan masa kini memang takleh lari dari menggunakan barangan mewah…
Huhu…saya pun cadang nak idup biasa2 je nt jd jutawan kelak (kalau tercapai cita2 la)…
Hidup standard2 je tapi semua keperluan cukup. Ada rumah, ada kereta, ada kolam renang..hehe, bebas kewangan, ada bini lawa dan ada anak 12 org…hagaga
Ada semua tu dah cukup bg saya kalau jd jutawan.
Biasanya masa kita tiada duit, kita nak itu, nak ini, nak yang tu lagi dan nak semuanya. Tp bila dah ada duit xtau nak belanja untuk apa.
last2, melabur dlm biz dan derma kat org2 yg memerlukan sbb tak tau nak buat apa dgn duit yg melimpah ruah tu…
hehe…tu pendapat saya je..
yang pasti bila dah bergelar usahawan pasti kepala kat bahagian depan botak sedikit
bukan sahaja botak kat depan je. hilang terus rambutnya… pakai rambut palsu daaa….
Ini adalah orang yang senantiasa “Down to Earth”
haha..bila da jutawan nanti. korang tahu la macam mana. Konpem dah tak pandang kete kancil..:D
kereta kancil dah tentunya tinggal kenangan dah kecuali keter kancil tu sebagai spare masa kecemasan aje…
(salam) Zhafran dan komentars.
artikel yang dipostkan oleh labanon itu betul. saya pernah stay kat rumah sorang jutawan,dalam sebulan. dia hanya pakai kereta proton waja. paling ketara, dia hanya pakai henpon nokia 3315.
saya tanya kenapa tak pakai henpon canggih, dia jawab tak tahu nak buat pe dengan henpon canggih. boleh wat panggilan dan sms dah kira ok, itu jawapannya…
bila fikir2..terbalik pulak, orang tak kaya nak belagak jadi kaya..itula realiti dunia sekarang..
betul. betul. tapi naluri dan kehendak manusia sukar dikekang. Pastinya mahukan sesuatu yang baru..
kalau jadi jutawan hanya sekadar untuk kesenangan diri sendri, lebih baik saya jadi orang biasa.
Nak jadi jutawan, jadilah jutawan yg boleh memberi manfaat kepada org lain.
bagus betul jutawan yang macam tu.
lebih2 lagi bila dia jadi jutawan akan merapatkan lagi hubungannya dengan Allah SWT…
orang kaya sayang duit woo.. makin byk dia dapat, makin sikit dia spend.. ha ha..
hahaha… ni memang jelas lah terbukti kpd org yg baru2 jadi jutawan… sbb betapa sygnya duit utk labur.. muahaha… mcm kenal je
jutawan bukan orang yang pentingkan sangat tentang status. peduli apa org lain tau atau x status dia.yang penting duit dia lg byk dr org lain.lg pun security purpose, klau org tau nti byk plk msalah.marilah beramai2 menjadi jutawan
[...] Labanon…top 30 bloggers under [...]
Thanks Zafran, post ini buat saya bersemangat…
-Shueqry-
saya setuju dengan topic ini. cuma bukan semuanya tak bermewah. ada juga yang nampak mewah.
cumanya kalau jutawan segera ni kebanyakannya akan bermewah. kalau jutawan yang banyak menempuh jatuh bangun dlm perniagaan. pernah rugi,bangkrap atau sebagai. mungkin mereka akan sedikit low profile.
biasalah kalo dah cepat dapat duit… dah tentunya nak beli apa yang patut sebelum habis semua duit kena kebas oleh penyangak…
kalo yang dah tahu susah payah nak cari duit dah tentunya mereka akan beringat sentiasa hasil dari usaha mereka sebelum ini… beringat sebelum kena…
ada duit dah tentunya boleh beli apa-apa barangan yang mewah…
Jadilah usahawan n jutawan seperti Abdul Rahman bin Auf..sorang sahabat nabi yg dijanjikan syurga. Itu lebih bermakna.
Kalau kita kerja n dpt sejuta sehari pun, blum dpt beli 1 kunci syurga.
p/s - jutawan beriman, insya-Allah.
gua tak sampai lagi tahap jutawan, so takleh nak komen banyak la kot. skrg nie baru level ribuwan hehehe..
Saya pernah merasai sekejap pengalaman tersebut.Tapi sekarang dah zero balik. Baru nak mula balik.
Pada saya yang penting,bila dah ada tu jangan lupa nak menabung sebab duit yg ada tak semesti akan terus menerus masyuk. Ada kala ia akan jadi kering jika tak kena gaya alirkan.