Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar para pembaca blog sekalian? Harap anda semua berada dalam keadaan yang baik di samping orang yang tersayang oh! Baiklah pada kali ini saya ingin tanyakan satu soalan kepada anda… apakah pandangan anda terhadap wang?
Soalan yang simple tetapi jawapanya bakal mengubah hidup anda buat selama-lamanya. Apakah pandangan anda terhadap wang baik atau sebaliknya? “Wang ini merupakan akar umbi kepada syaitan!” kata seorang jiran saya yang saya masih ingat sampai pada hari ini. Sampai begitu sekali tanggapan beliau terhadap wang. Patutlah beliau hanya sekadar cukup-cukup makan sahaja. “Bukan itu sahaja, wang yang banyak juga akan memecah-belahkan keluarga kita!” tambah seorang lagi kawan kepada jiran saya yang saya rasa baru dihalau oleh isteri kerana tidak bekerja oh! Bahagiakan mereka?
Saudara-saudari sekalian, tahukah anda presepsi negative anda terhadap wang akan membuatkan wang semakin lari terhadap anda. Ya, semakin anda berfikir negative mengenai wang maka semakin payah dan sukar wang untuk masuk kedalam poket anda. Pemikiran sebegini seolah-seolah anda telah menolak rezeki! Untuk mendapat wang yang banyak, perkara pertama ialah anda perlu suka terhadap wang. Wang hanyalah alat, saya tak faham mengapa ada segelintir yang begitu membeci wang yang dikaitkanya dengan pecah belah masyarakat, membuat kita lupa diri dan sebagainya.
Sedangkan, jika kita melihat di sudut positive sudah tentu mempunyai 1001 sebab mengapa kita perlu kaya. “Hey, yang kau sibuk-sibuk nak kaya ni kenapa? Harta bukan boleh bawak ke kubur pun!” kata sorang mamat ni. Sekali fikir, memang betul jugak kata mamat ni. Tapi jika anda berfikir sekali lagi anda pasti akan berkata “Eh, masih ada manusia yang memiliki otak yang malap sebegini?“. Sudahlah, secara jelasnya orang yang kaya, beriman dan bertakwa adalah lebih baik disisi Allah berbanding orang yang miskin, meminta-minta dan sentiasa menyalahkan takdir.
Tiada apa yang salah dengan perkataan kaya dan wang. Wang hanyalah satu alat dan kita sendiri yang tentukan kemanakah kita ingin belanjakan wang tersebut. Jika kita berpegang teguh dengan agama, insyallah kita akan selamat dunia akhirat. Kita perlu kaya itu sahaja yang boleh saya katakan.
“Hey, kamu tak lihat orang kaya di kampung seberang yang memiliki kereta yang banyak tetapi asyik berbalah jer suami dan isteri! Haa kan banyak masalah tu!” kata mamat tu lagi yang sememangnya baik dengan orang kaya tersebut. “Erm, semua kereta tu bayar ansuran bulanan ker?” tanya saya. “Ya, dengan tempoh bayaran ansuran selama 9 tahun jer bagi setiap buah kereta. Ala semua 5 bijik kereta jer!” jawab mamat tu lagi. “Err ini dikatakan sebagai orang kaya disisi masyarakat? Oh!” bisik hati kecil saya.
sekian.

























saya setuju tu. kalau kita lihat secara negatif mmg gitu. Tapi kalau kita lihat secara positif mmg baik.
Tentang perbualan pergaduhan tersebut di atas, macam drama erk. hehehe. hmm rasanya sikap dan peribadi tu yang buat gaduh. Bukan ada kaitan dengan wang. Tak gitu labanon. hehehe.
Wang hanyalah alat pertukaran sebab dulu susah guna sistem barter. hehehe
Wang tidak pernah salah,yang salah adalah kita yang menggunakannya.Yang penting jangan jadi hamba wang dah le.Sapa kata tak perlu wang kat dunia ni.Menjadi kaya pulak bukanlah satu benda yang negatif, malah macam-macam benda kita boleh buat,contohnya tolong orang lain.Sekadar contoh Macam Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari buat Yayasan Al-Bukhary untuk insan yang tak mampu
saya dah terima komisyen RM462.00 dari team flarebiz. TQ
cari wang kerana Allah..kaya kerana Allah..buat apa saja kerana Allah..insyaallah kita akan selamat, tak perlu tengok orang itu, orang ini dan tak perlu salahkan sesiapa..pasanglah niat yang betul…
aahh..membaca post sdr. Adly seperti pipi ini ditampar-tampar…
terima kasih Adly.
ps : bila nak buka affiliate rahsia10k kepada public?
wang??bagi saya didunia memag memerlukan wang..tetapi diakhirat..ilmu didada itu lebih penting berbanding dengan wang…
nak jadi kaya, mesti kaya dulu dengan ilmu.
cari ilmu ttg money managment.
labanon, menurut buku The Secrets of Millionaire Mind sapa yang kata money is not important actually org tu ‘broke’
apapon kita nak kaya dunia & akhirat, tak gitu?
yele..bila nak bukak affiliate rahsia10k kepada public?
Betullah duit tu tak penting ,
Kalau you all pergi kat Bangladesh , antara negara miskin dan kotor di dunia. Ada diantara mereka tidak punya wang dan harta tapi PASSPORT MEREKA TELAH DI COP DI BANYAK NEGARA . ???
Mana datang duit?
Orang mesia duit puluh ribu pun lum sampai lagi Sabah & Sarawak.
Sebab? Duit Billion macam na pun kalau REZEKI tak tertulis , tak jalan gak.
Bagi saya , kata2 seorang KAFIR tak bley diguna pakai , buat rosak iman jerk. hati2
Ada 2 orang yang mempunyai persepsi tentang wang .
Pertama : Si Miskin
Kenapa nak ada wang? wang bukan boleh bawak masuk kubur (betul gak) , wang akan pecah belahkan keluarga, biar kita miskin asalkan hati senang (betul juga tapi ada gak orang miskin hati tak senang!) .
Pro : Betul juga kata orang nih, wang (yang banyak, orang kaya) adalah sebab kita LEWAT MASUK SYURGA 500 TAHUN AKHIRAT DARI ORANG MISKIN ! Wang juga menjadi sebab manusia menjadi TAMAK , KEDEKUT, MENCINTAI DUNIA , MEMBENCI AKHIRAT, KUBUR , ZAKAT . MENYENANGI FITNAH IATU HARTA DUNIA .
Kontra : Dengan wang kita boleh berzakat, dengan wang kita boleh membantu ekonomi tempatan, membantu orang lain,
Orang kaya [Internet Marketer, Broker Hartanah, Pilot] :
Dengan wang saya boleh hidup kaya, tak perlu susah2 kan orang lain, tak perlu minta sedekah, dengan wang yang banyak saya boleh sedekah kepada orang lain. Saya boleh bina masjid dan bantu anak2 yatim dan orang miskin. Saya boleh bla bla bla . Saya lebih tenang menjalani ibadah ( yer ker , rasanya orang kaya lah yang liat nak bayar zakat! contohnya Qarun Laknatullah )
Pro : Betul ,
Kesimpulan : Adalah penting untuk kita mensyukuri wang / rezeki yang diberikan dengan TAAT PERINTAH ALLAH MENGIKUT CARA YANG DITUNJUKI MUHAMMAD S.A.W . seperti kata Rasulullah apabila ditanya kenapa bersolat sepanjang malam, menangis , kaki sampai bengkak2 “Tidakkah aku ingin menjadi hamba yang bersyukur” .
Sahabat nabi: duit juta2 tapi satu sen pun tak da dalam hati (tak terkesan dengan dunia)
Ummat jeman sekarang : Duit kat tangan baper sen jer tapi ada JUTA2 DOLLAR dalam hati .
Duit yang Allah bagi kat kita bukan sekadar kita guna sorang2 , tapi untuk dihulurkan kepada orang lain juga , Student, Orang miskin, Mujahidin .
Just my 2 cent .
Aku suka 2 cent adnin ni.
Aku prefer bersederhana. Tapi aku tak menyusahkan hidup orang lain. Itu dah cukup.
Persepsi negatif ni perlu dihingarkan untuk kita berjaya..
Yang penting duit tu dapat digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan..
Janganlah sekadar mengharap belas orang lain..
Ubah diri kita.. Kaya bukanlah untuk menunjuk2 sebaliknya untuk masa hadapan..
hadis yang mengatakan orang kaya masuk lambat syurga adalah hadis dhaif.
Abdurrahman bin Auf adalah termasuk dlm 10 orang sahabat Nabi yg dijanjikan syurga.maka,kisah beliau yg lambat masuk syurga kerana dihitung hartanya adalah kurang kuat nas dah hujahnya.
malah ketika beliau ingin menginfaqkan seluruh hartanya kepada Islam,Nabi Muhammad SAW melarang dengan berkata,lebih kurang la maksudnya..
Kamu lebih hebat dlm urusanmu(bisnes),jadi gunakan duit yg tinggal untuk rolling/besarkan bisnes yg sedia ada,tambahkan harta untuk membantu Islam.
Ini menunjukkan Islam tak melarang umatnya kaya…
Dhaif pun Hadis gak bro .
Kenapa orang mesia suka samakan hadis dhaif dengan palsu?
Adakah kamu menidakkan hadis ?
Jika saya diberi satu tan kitab2, kaset dan video ceramah Dr Yusoff Qardawi dan satu hadis dhaif , maka saya akan pijak2 dan bakar semua kitab2 , kaset dan video ceramah Yusoff Qardawi tetapi saya akan junjung hadis daif di tangan kanan .
Hadis tetap hadis, yang dhaif dan sahih hanyalah pada PERAWI . Sepatutnya kita sebut HADIS DARI PERAWI YANG DHAIF .
Hadis tidak pernah lemah , yang lemah hanyalah perawi . Jika anda mengatakan hadis lemah, anda telah merendahkan taraf kata2, perlakuan dan pengakuan nabi.
my 2 cent
islam sendiri menyuruh kita mencari duit..jika org islam kaya, boleh bantu kaum sendiri, malahan org yahudi pun tak boleh menindas kita sesuka hati…
jika kerja kerana duit memang tak ke mana hidup,jika kerja kerana cari rezeki dan membantu yang memerlukan,pasti rezeki akan berlipat kali ganda kita menerima
bersyukurlah.. amin
kenapa takut dgn kekayaan …
yang kita patut takut adalah bila kekayaan itu membawa kita jauh dari Pencipta, yang patut kita takut adalah bila kekayaan itu membuatkan kita cintai dunia ini lebih dari tempat kembali yang hakiki…
tahukah kita bahawa 2/5 dari rukun islam memerlukan kita mempunyai kekayaan untuk melaksanakannya. Alangkah ruginya mereka yang tidak dapat menunaikan zakat dan haji disebabkan oleh kemiskinan( atau kejahilan mereka sendiri dalam mencari kekayaan) …
bila sesekali meninggal jejak
Jangan jadi hamba wang!!!
salam…
sebenarnya banyak faedah jika kita kaya. tapi kita mesti sentiasa ingat asal-usul dan agama. kita kena ingat, setiap dari kita mesti berhutang. hutang rumah, kereta dan sebagainya.
persoalannya, mahukah kita mati meninggalkan hutang kepada orang yang tersayang? biar mereka sahaja yang selesaikan hutang kita? atau kita mahu meninggalkan harta kepada mereka? agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan selesa semasa ketiadaan kita.
banyak perkara fardhu yang kita boleh selesaikan dengan wang.
tetapi jangan kita terlampau taksub dengan wang sehinggakan kita sanggup lakukan apa sahaja untuk wang. matlamat tidak menghalalkan cara. banyak kisah2 para anbia’ kita boleh jadikan teladan semasa menjalankan perniagaan.
setuju dengan Abg Di…
Wang adalah alat.. sepatutnya kitalah yang mengawal wang, bukan wang yang mengawal kita..
Saidina Umar sendiri seorang yang kaya raya, tetapo beriman dan bertaqwa. melalui kekayaannya dia membantu ramai orang semasa zaman pemerintahannya..
Benar apa yang dikatakan, leboh baik menjadi kaya dan boleh membantu orang lain serta meningkatkan taqwa berbanding orang miskin yang hidup meminta-minta dan menyalahkan takdir..