Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Post kali ini ditulis dengan nada tidak puas hati hahaha! Wah.. umur dah sama macam saya tapi pendapatan $70 ribu($ yer bukan RM) sebulan. Beliau bernama Ashley Qualls yang menjana pendapatan $70,000 setiap bulan daripada Internet. Tengok ini bukti sekali lagi bahawa Internet memang boleh buat duit!

(Zhafran Print Gambar Ini Dan Tampal Di Dalam Biliknya.. Oh!)
Beliau membina laman web yang menyediakan myspace layout untuk digunakan oleh para remaja yang ingin myspace profile mereka kelihatan cantik. Income utama beliau adalah daripada Google AdSense dan mendapat cek pertama bernilai $2,790! Seterusnya beliau juga menolak tawaran beberapa pihak yang ingin membeli website mereka dengan harga $1.5 million!
Nampaknya beliau kini merupakan jutawan dalam umur belasan tahun. Oh.. saya ketinggalan jauh di belakang. Jika tengok pendaptan sebulan beliau mungkin menyamai pendapatan 3-4 tahun saya haha! Mungkin ini cabaran buat saya sebagai pembakar semangat untuk terus maju dalam dunia perniagaan Internet.
Umur dah sama.. tapi pendapatan begitu ketara sekali! Baiklah namun kita perlu ingat dalam mengejar dunia kita perlu melihat orang yang bawah pada kita namun jika kita mengejarkan ibadat kita perlu lihat orang yang jauh lebih alim daripada kita. Sebagai orang Islam kita perlu yakin yang dunia ini hanya sementara dan hanyalah sekadar persinggahan.
Hehe nampaknya saya perlu bekerja keras lagi dan biarlah sekurang-kurangnya mampu memperoleh RM70k sebulan nanti!
Sekian …

























haha…
dasyat tu…
boleh bagi link web dia labanon?
nak tgk juga web dia mcm mana…hehe
huhuhu, bdk nih memang giler kaya. siap register company sendiri,bilik tido jadi office rasenyer. mmg power, pembakar semangat
han tak silap aku web dia whateverlife.com . x ingat dah
Hehe. Gila kentang betul. Pempuan plak tu. Tak tercabar ke laki semua?
Huish, Dassyyat giller…
watpe duit manyak2 tue…
Huhuhhho
memang dasyat web dia!! Income pun dasyat!!
ermmm dah penah bace sblm nih..dak nih mmg bergeliga..tp sayang nye lahh duit byk kalo x diguna untuk mantapkan ekonomi ummah
pergh….aku ni umur 26 tahun baru nak merangkak…ish..kena kayuh…
wowww memang sunguh dasyat….so kita patut jadikan ia sebagai motivasi…
Budak perempuan nih jana duit dari Adsense and website dia primarily pasal MySpace.
http://www.fastcompany.com/magazine/118/girl-power.html
aku pun nak jadi cam die jugak!aku baru 17 tahun…kita sama2 usaha yer labanon?
maybe next 2 year kita boleh banding setakat mana pencapaian kita,sama ada aku atau mu hebat…
huhuhu..
hebat tul awek ni…
nampak biasa ajer..
hebat hebat..
bile le nak dapat pendapatan macam dia ek???…
Memang gempaq bdk nie..
[...] amat tertarik dengan beberapa kisah dari blog lain seperti di blog flarebiz dan juga blog saifulsham yang menceritakan kisah-kisah usahawan offline dan online. Tapi [...]
haha…memang power r dia ni
nampak nye aku kena ubah azam thn ni biar boleh catch up kawan ni…
Ishh! Kalau tahun 2008 ni kita boleh dapat USD$70,000 sebulan macam dia ni… convert to RM… Fuhh!! Kaya Kaya!!! Sebenarnya tak mustahil. Yang penting kita mesti pergi ke market international bukan dalam Malaysia sahaja. Mungkin Website yang saya sertakan diatas boleh ajar kita macamana nak buat bisness global? Hmmm Harap kita semua berjaya sebagai usahawan.
Mak ai.. dahsyat tu.. bergeliga betul otak dia nih…
memang kegilaan kentang budak ni.. ohoho
hebat betul seorang yang bergelar perempuan ni… terasa diri ini kerdil.