Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Percaya atau tidak? Huh! Siapa yang tak percaya boleh teruskan membaca artikle ini kerana saya akan dedahkan kenapa kesabaran begitu perlu dalam ebiz dan saya berani katakan bukan sahaja dalam ebiz malah dalam semua jenis peniagaan kita memang perlukan kesabaran.

Baiklah jika anda buat perniagaan Internet tanpa sabar jangan harap hendak berjaya! Tahukah anda bahawa ramai perniagaan Internet gagal bukan kerana tiada potensi tetapi kerana tiada kesabaran! Itulah hakikatnya yang perlu kita telan walaupun pahit seperti panadol. Baru start ebiz 2 bulan dah berputus asa kerana tiada pelanggan kerana apa berputus asa? kerana terlampau berharap dan tiada kesabaran!

Tanyalah siapa yang buat ebiz mesti mengalami kesusahan pada fasa pertama iaitu first 3 bulan. Ini kerana pelawat masih kurang so anda kena sabar untuk sampai ke fasa dua yang orang akan mula kenal website anda. Selepas fasa 1 insyallah perniagaan anda akan bertambah maju itulah hakikat perniagaan Internet anda perlu bersabar di fasa 1.

Walaupun anda mempunyai produk terbaik di Internet tetapi tanpa promosi produk anda tetap tidak akan laku.

Baiklah kepada yang ingin bergiat dalam adsense pula ada jugak yang tidak sabar. Hmm.. baru buat blog 3 minggu tapi takde hasil = takde yang nak kelik adsense mulalah malas nak update blog, mulalah kata program Google AdSense ini tipu, mulalah kata rugi masa jer buat dan macam-macam lagi. Ingat anda perlu sabar dan kebiasaanya anda perlu tunggu 3-4 bulan barulah nampak hasilnya itu pun jika anda sentiasa update blog secara constant. Buktinya? Ini buktinya…
Ada pelajar berumur 17thn daripada India yang income dari blog dier RM9000 sebulan dan katanya ini adalah hasil selepas 7 bulan blogging dengan post yang constant!

Jelas kesabaran itu perlu untuk berjaya dan kesabaran itu separuh daripada iman. Di sini saya ingin kemukan satu hadith buat renungan kita bersama :)

Dari Abdullah bin Qais r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak ada yang lebih sabar mendengar ejekan, selain daripada Allah S.W.T. Orang-orang kafir mengatakan-Nya berbilang (banyak atau bersekutu), atau mereka mengangkat anak bagi-Nya. Namun begitu Allah Taala tetap memberi mereka rezeki, memaafkan mereka dan memberikan apa yang mereka pinta.”

Manakala dalam ayat lain Allah SWT menegaskan lagi dalam firman-Nya yang bermaksudn: “Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar“. (S. Ali ‘Imran: 146).

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan perintah Allah) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang. Kerana sesungguhnya Allah berserta (menolong) orang-orang yang sabar“.(S. al-Baqarah: 153).

Jelas kesabaran memang penting dan dituntut oleh Allah! Marilah sama-sama kita bersabar dalam berbuat sesuatu pekerjaan.

Kepada bro Fai bersabarlah walaupun anda dicaci oleh orang yang hanya tahu cakap jer ;) seperti yang tertulis di blog bro Zul.

Sekian wassalam :)

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

10 Comments »

Comment by Sarah_wmrm
2007-06-08 00:30:24

Begitu sekali susahnya nak start ebiz yer? Tapi dalam apa jenis peniagaanpun kesabaran perlu tetap ada.

 
Comment by BujangJutawan
2007-06-08 07:57:54

Setuju tu Labanon,

Tahun lepas saya ada buat eBiz.. dalam masa 2 bulan memang tak de income. Tapi saya belajar dan terus belajar mcm mane nak promote. Alhamdulillah pada bulan ke-3 dah dapat hasilnya.. :-)

 
Comment by ahib0205
2007-06-08 11:28:35

seriously kesabaran amat penting! Sabar dlm apa jua keadaan! Kita jgn mudah “melatah” bila sesuatu perkara berlaku. Ingt, psti ada hikmah! So, walau apa2 pun kita nk buat pastikan kita tak lari dari landasan kita sbg umat islam khususnya. Anyway, jom kta sama2 tingkatkn kesabaran kita dgn byk2 bersuyukur kpd-NYA… :)

 
Comment by nor_5348
2007-06-08 19:15:59

Hehe percaya…

Nyanyi skit.

Bersabarlah dan bertawakallah
Dalam kehidupan ini sesuatu yang terjadi itu
tentu ada hikmahnya
penderitaan yang engkau alami
hanyalah suatu dugaan
dan janganlah kau bersedih hati
tuhan maha penyayang

Hatiku memahami derita yang kau rasakan
diriku menyayangi oh dirimu
linangan air matamu
hanya tuhan yang tahu
sedih yang kau tanggungi tak terkata
sabarlah wahai insan
yang sedang menderita janganlah putus asa

Kasih yang kau harapkan menanti di hadapan
bahagia yang kau rindu terbuka di akhiran
ku hulurkan tangan ini sebagai tanda kasih
semoga kau menyedari niatku tulus suci

Bravo. Sowy kalu silap lirik. Lagu lama ni.

Comment by amar
2008-03-19 12:44:51

bole bg tak nama lagu n nama penyanyi lagu ni?

 
Comment by azzura
2008-12-06 22:52:09

lagu ape nie ea?

 
 
2007-06-09 10:18:28

[...] Namun begitu, kadang - kadang kita terlalu mengeluh dan melihat pintu yang tertutup buat kita terlalu lama sehingga tidak menyedari pintu yang terbuka buat kita. Ingat, yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang. Ini kerana rezeki yang baik ialah hasil usaha dari usaha kita yang halal yang diberkati oleh Allah. Ia memerlukan kesabaran dan tabah menghadapi ujian. [...]

 
Comment by abdfatah
2007-06-09 16:17:04

itu pasal Fai cakap buat kerja giler sebalum orang kata beliau buat kerja giler… apa kesannya? tak perlulah dihiraukan apa yang mereka nak kata… apa yang mereka dapat? tak dapat apa2 pun…

buat penat je mengutuk orang nih… takder kerja lain ke nak mengutuk orang. eleh dah itu kerja mengutuk yang boleh dia buat. apa kerja lagi yang depa nak buat selain dari mengutuk dan terus mengutuk? bak kata dr tuah iskandar, membina imaginasi cemerlang dengan lebih mantap. tak payah pedulikan mereka yang tak tahu apa-apa.

sekian terima kasih…

 
Comment by labanon
2007-06-09 18:05:08

yup betul tu :D tq semua tinggalkan komen :D

 
2007-06-12 18:56:10

[...] Jika anda mahu memulakan sesuatu GAMES dah tentu anda akan belajar bagaimana nak mengendalikan GAMES tersebut dengan sebaiknya. Adakah anda tidak begitu sabar? [...]

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.