Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Pagi Yang Gelap Kini Sudah Terang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin sambung sedikit lagi mengenai post saya yang lepas. Bukan ingin melepas geram cuma ingin mengutarakan pendapat saya yang tidak seberapa ini. Jika anda tidak bersetuju dan ada pendapat lain sila gunakan ruangan komen dan bukanya memburuk-burukan saya dalam blog anda oh! Baiklah pertamanya sebelum anda membaca post saya pada kali ini… eloklah saya rasa anda renungi kata-kata ini:

“Masa hadapan yang cerah bukan sahaja dimiliki oleh orang yang berpendidikan, tetapi juga bagi orang yang dididik untuk menggunakan masa lapangnya dengan bijaksana” - C.K Brightbill

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Apakah yang anda faham tentang kata-kata diatas? Adakah anda faham bahawa kejayaan ini adalah berdasarkan usaha kita bukanya pendidikan kita? Adakah anda mengerti bahawa penggunaan masa lapang yang bijak juga boleh menjadikan kita orang yang betul-betul berjaya?

Ya, kita mesti menuntut ilmu dan kita perlu belajar sehingga ke akhir hayat… namun adakah adil anda mengatakan bahawa ilmu hanya berada di Universiti? Bagaimana pula jika saya katakan bahawa ilmu boleh didapati dimana-mana sahaja? Bukankah pengembaraan itu juga merupakan salah satu ilmu? Bukankah kita mencuci longkang juga kita akan mendapat ilmu baru?

Baik. Biar saya beritahu anda tentang dunia yang sebenarnya.

Kita semua tahu bahawa Bill Gates memulakan Microsoft semasa beliau belajar di Universiti Harvard, itu bukan lagi satu rahsia. Tetapi, tidak ramai yang tahu bahawa syarikat Dell mempunyai sejarah yang sama. Seperti Bill Gates, Michael Dell mula mencipta dan menjual komputer ketika dia masih menuntut di universiti.

Tuan-tuan dan puan-puan… kenapa mereka semua berhenti belajar? Kenapa? Mereka “terpaksa” berhenti belajar kerana wang yang begitu banyak yang diperolehi menganggu pelajaran mereka! Ibu bapa Dell tidak yakin dengan beliau pada mulanya. Mereka melakukan lawatan mengejut ke kolej pada satu hari dan memberitahunya supaya berhenti daripada melakukan “kerja-kerja perkomputeran”! Nasib baik juga Michael meneruskannya dan akhirnya berjaya mendapat sokongan ibu bapanya.

Ingat, walaupun mereka berhenti belajar… jangan katakan kepada saya bahawa mereka tidak berilmu! Masakan mereka tidak berilmu jika mereka bergelar billionaire!

Lihat daripada gelap akhirnya sudah terang!

Nasihat saya, walau apapun yang anda lakukan sekarang… ayuh lakukan perniagaan secara sambilan. Lary Ellison pengasas Oracle juga dimulakan secara sambilan semasa beliau bekerja dengan syarikat lain. Namun kini syarikatnya bernilai berjuta-juta dolar. Oh, tak perlu saya beritahu anda bahawa beliau kini juga merupakan seorang billionaire!

Sesetengah orang berniaga kerana terpaksa dan tiada pilihan lain. Namun ada sesetengahnya pula  berniaga dengan hati dan tangan yang terbuka. Adakah kini anda masih berpegang dengan kepercayaan kuno bahawa hanya pendidikan yang tinggi mampu untuk menjadikan sesorang itu berjaya? Adakah anda masih memegang mitos bahawa orang yang gagal dalam pelajaran dan tidak masuk Universiti itu adalah orang yang gagal dalam hidup?

Jangan dihina peniaga pasar malam, kerana mereka mungkin jutawan senyap. Jangan dihina orang yang berniaga di kaki lima di kota-kota kerana mereka mungkin seorang yang bebas kewangan. Tidak perlu cerdik pandai untuk meyakinkan anda. Sejarah telah membuktikan bahawa kejayaan bukanlah hanya milik orang yang berpendidikan. Bukan saya ingin menghasut anda agar tidak belajar, namun jangan dihina orang yang tidak berpendidikan. Kita hidup hanya sekali. Jadi, turutilah kehendak hati anda. Tepuk dada, tanya selera. Jangan lupa tanya iman sekali.

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

33 Comments »

2008-04-21 20:21:09

[...] jadi senang. There are no shortcut to be rich. Tak caya Tanyalah kepada saudara Afzai, saudara Labanon, Alhamdulillah tuhan menjagaku dari terpedaya dengan godaan dunia. Memang teringin Afham pakai [...]

 
Comment by Heaven
2008-04-21 20:33:30

As;kum smua…..ngeh…ngeh…best2…

Sebenarnya, klau diteliti smua org2 yg telah berjaya mmg kebanyakan background mereka tidak mempunyai pendidikan yg memuaskan….

Tetapi, satu perkara yg kita kena tahu ialah…mereka semua mempunyai SATU SIFAT iaitu = Berani utk Gagal….

Berani gagal sbb berani mencuba sesuatu demi utk mengubah keadaan kehidupan org itu sendiri…Kehidupan hanyalah sekali..Jgn kita menyesal dikemudian hari kerana kita mengeluh sbb terlepas melakukan sesuatu dlm hidup kita….

Cuba kita bayangkan…Founder KFC (ayam kentucky tu)…Beliau bermula pada awal umur 60an….setelah beberapa tahun baru nama KFC dikenali…..cuba bayangkan klau kita bermula skrg…!!!!apa hasil agaknya??

Jadi, jgn kita berlengah lagi utk melakukan sesuatu yg dpt mengubah kehidupan kita….

Ingat pesanan ini= dun try to be what other ppl want you to be…tapi kita kena jadi apa yg kita minat utk jadi…p/s=ngeh…ngeh…english rojak..

 
Comment by Din Beramboi
2008-04-21 20:39:36

Hoho…betul2. Ilmu bukan sahaja bleh diperoleh di U. Mana2 pun boleh..

Cikgu aku dulu pernah ckp, org yg berjaya hanya 2 golongan..org berilmu dan/atau ada kemahiran/kepakaran. So, utk dpt kepakaran bukankah memerlukan ilmu jgk?

Aku baru saja baca ebook Rahsia Bisness Orang Cina. Dlm ebook tu penulis ckp, rahsia org Cina dlm perniagaan bukanlah menganggap “Bisness Untuk Pendapatan Sampinga”. Berusaha bersungguh-sungguh utk menjadikannya income utama.

Di situlah gunanya Law of Attraction. :D

 
Comment by taukey
2008-04-21 21:43:16

ilmu yang dipelajari di universiti hanyalah sebagai panduan sahaja….kalau tiada usaha, apa sahaja yang dibuat mesti tak menjadi. Apa yang dikatakan sememangnya betul.

Anda PHD sekalipun adan berpuluh ribu ijazah kalau anda tidak berusaha alamatnya tak makan la anda.

Lagipun orang yang berkelulusan tinggi tidak semestinya mempunyai pemikiran yang kreatif. hehehe.

Pelajaran di Universiti cuma bagi saya hanya mendewasakan pemikiran kita tapi pemikiran dapat didewasakan dengan pengalaman juga.

Merepek apa pula dah aku ni. hu hu hu

Din kalau ilmu hitam boleh ker? wakakaka

 
Comment by wanwma
2008-04-21 22:07:51

berpendidikan bermaksud mempunyai ilmu, bukan bermaksud mempunyai diploma, ijazah, phd atau sebagainya.

 
Comment by taukey
2008-04-21 22:18:13

oh ok….nampaknya saya salah faham la ni….hu hu hu ….hahaha…

 
Comment by hairul
2008-04-21 22:39:33

“Pagi Yang Gelap Kini Sudah Terang”

Ingatkan Labanon nak bercerita tentang kumpulan Hujan tadi….hehe.

Rupa-rupanya ada mesej yang begitu serius dan mendalam sekali. Kawe setuju 100% dengan Labanon.

“BERPELAJARAN TAPI TAK BERPENDIDIKAN.”

Itulah realiti masyarakat kita sekarang. Ada ijazah bergulung-gulung, tapi belum khatam pelajaran kehidupan yang sebenar.

Universiti hanyalah salah satu tempat untuk mendapatkan pelajaran, tak lebih daripada itu. Pada hal, DUNIA INI SENDIRI ADALAH UNIVERSITI YANG TERBAIK DI DUNIA.

Tiada gulungan ijazah, orang itu sekadar gagal pada realiti masyarakat hari ini, yang mengukur kejayaan pada helaian ijazah. Sedangkan realiti dunia yang sebenar tidak begitu. Ia menuntut lebih daripada sekadar pengiktirafan pada sekeping sijil universiti.

Usah berdebat dengan golongan yang sebegitu, kerana REALITI KITA AMAT BERBEZA. Kejayaan orang-orang yang BERPELAJARAN perlu dicopmohorkan pada kepingan kertas, tapi kejayaan orang-orang yang BERPENDIDIKAN seperti Bill Gates dan billionaire-billionaire yang lain tidak perlukan semua itu.

Kejayaan mereka tak perlu “dikonvokesyenkan”, tetapi seluruh dunia akan mengiktiraf kejayaan mereka.

Kebanyakan mereka, GAGAL DI UNIVERSITI, tetapi BERJAYA DALAM KEHIDUPAN DAN REALITI YANG SEBENAR.

Comment by inspiration
2008-04-21 22:52:03

Teringat pulak kepada lagu “kerja, kerja, kerja”

Ini pendapat saya pulak, Ilmu adalah sangat penting. Apa ilmu yang saya maksudkan? terpulang kepada tafsiran masing2. Ilmu akademik/ilmu perniagaan/ilmu hitam(blackhat :)) dan beberapa cabang ilmu lain kesemuanya memerlukan pengetahuan.

Untuk berjaya kita memang memerlukan pengetahuan, TETAPI tidak semestinya kita perlu mempunyai ijazah nor master or doktor utk maju. Orang yang mempunyai kelulusan akademik, sekiranya mencebur diri dalam perniagaan, ianya satu BONUS, tetapi bukan kemestian. However, Pengetahuan tetap NO. 1. Pengetahuan selok belok perkerjaan/perniagaan/life cycle/ etc akan membezakan kita berjaya atau tidak. Kalau kita tidak mempunyai pengetahuan, adakah kita boleh bersaing dalam perniagaan? Pengetahuan yang saya maksudkan bukan semata-mata dari segi AKADEMIK. Pengetahuan boleh didapati dari kajian/pengamatan/pemerhatian terhadap apa2 jua yang boleh memberi kan kita ilmu, yg membezakan kita dengan orang lain

Comment by hairul
2008-04-21 23:11:28

“BERPELAJARAN TIDAK BERPENDIDIKAN”

Oh ya, terlupa nak sertakan link ke saifulislam.com, yang mengupas tentang isu ini.

http://saifulislam.com/?p=1232

(Comments wont nest below this level)
Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-04-21 23:55:50

Thanks perkongsian link tu :)

 
 
 
Comment by Din Beramboi
2008-04-22 04:43:42

UM adalah U terbaik di Malaysia..hohoho..terpromote plak. sowi. :D

Comment by inspiration
2008-04-22 15:36:20

:) itu dulu, mungkin zaman saya kat UM 95-98 dulu, UM masih lagi top 10 di asia. Tapi sekarang dah jatuh teruk :)

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Shueqry
2008-04-21 22:49:25

Michael Dell, Lary Ellison berjaya menjadi bilionaire kerana mereka ada passion, usaha dan vision.

Di mana-mana saja ada ilmu, terpulang pada kita bagaimana nak menggunakannya untuk mengecap kejayaan!

-Shueqry-

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-04-23 01:31:49

Yeah betul tu bro :)

 
 
Comment by taukey
2008-04-22 07:52:53

hehehehe…betul tu…byk ilmu yang ditulis secara sengaja dan tak sengaja dalam blog….janji rajin nak cari dan baca sahaja…

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-04-23 01:32:16

hehe ya2… baca blog jer sekarang ni hahaha.. banyak jgk ilmu baru ;)

 
 
Comment by Nizam
2008-04-22 13:24:34

Memang kalau kaji sejarah kebanyakan yang berjaya jadi usahawan adalah orang yang kurang pendidikan tetapi berjaya sebab mereka berusaha.

Namun kita tidaklah boleh kempen orang supaya jangan belajar tinggi. yang nak belajar tinggi dipersilakan. Tapi yang paling baik belajar dibidang yang kita minat. Jika kita memang minat cari duit guna IT, maka ambil bidang yang berkaitannya.Contoh macam Labonan masih muda lagi dan ada duit mungkin boleh meningkatkan lagi ilmu dibidang IT dibidang-bidang lain yang belum dikuasai.Macam kami yang dah tua ni susahlah sikit nak belajar.

Apapun semua pandangan adalah betul. Yang penting jika kita berusaha bersungguh-sungguh disusuli dengan mendapatkan panduan dari yang berjaya memang boleh berjaya.

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-04-23 01:33:09

Ya.. kita tak boleh kempen supaya orang jgn belajar tinggi2.. hehe mereka inilah yang salah satu akan memajukan negara kita dalam bidang mereka sendiri.

Semuanya memainkan peranan penting :)

 
 
Comment by shahrina
2008-04-22 13:37:02

kejayaan tak bergantung pada segulung ijazah,or phd or anything. Kejayaan bermula dari keazaman diri. keinginan untuk berubah dan keinginan untuk berjaya. Pelajaran yang tinggi takkan menjanjikan kejayaan jika pemegang pljran tinggi tu dok diam….we always need to work out something to and nvr give up to be successful

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-04-23 01:33:54

yeah.. I totally agree with you :)

 
 
Comment by taukey
2008-04-23 10:06:52

tak payah tgk jauh..hehehe…kira berjaya jugak dah Labanon nih….masih muda dan baru jer lepas SPM…bangunan sekolah menengah dia jauh lebih tinggi..tapi kejayaan hasil keazaman dan kretiviti dia mgkn melampau ketinggian bangunan tu..

p/s : nak bodek labanon sikit… :P

 
Comment by hasbul ariff
2008-04-23 11:53:06

Labanon , budak lepasan SPM tetapi berpendapatan setaraf PHD…

p/s: ngepong skit..

 
Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-04-23 15:48:05

Wah.. naper ramai bodek ni :P ha ha ha!

 
Comment by mat_jawa
2008-04-23 17:23:44

budak-budak degree sekarang nih belagak lebih je. cakap macam bagus. tunjuk sijil macam bagus. suruh buat kerja kantoi.

dah banyak kali aku reject budak budak degree sekarang nih Nak kerja tapi tak boleh buat kerja.

ada seorang tuh siap lawan aku balik. dia kata:
macammana saya nak ada pengalaman sedangkan encik tak bagi kerja pun kat saya. mana-mana saya pergi pun semua sama.

saya jawab: kami ambil orang berkerja adalah supaya kerja kami boleh terus dijalankan. bukannya nak buang masa mengajar anda lagi 3,4 bulan!.

tak faham aku dengan budak-budak degree sekarang nih. Bersijil tapi bo.doh som.bong dan bang.ang!

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-04-23 17:39:10

hohoho.. thanks kongsikan pengalaman :P

Pengalaman yang sangat menarik ;)

 
 
Comment by rass
2008-04-23 17:28:20

kalau labanon nak tahu akhirnya mereka yang lepasan universiti ini yg akhirnya bekerja dgn mereka yg tak tamat pengajian nya. Saperti Bill Gates dan Henry Ford dan ramai lagi banyak mengambil mereka yg graduate ini sebagai pekerja mereka. Pandai tak Bill Gates dan yg lain. Mereka pandai sebab mereka creative. besok2 nanti labanon mesti creative yg mustahak. ok, itu saja. terima kasih blog yg bagus banyak tips. lagi baca…

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-04-23 17:40:03

Ya.. kreatif amat penting dalam dunia sekarang. Siapa kreatif dia dapat survive ;)

 
 
Comment by hairul
2008-04-23 19:07:33

Kalau la ada U yg khas untuk belajar bisnes ni kan best. Baru la KOOL.

Nak masuk U tu pulak, tak payah nilai ikut bilangan A dalam SPM. Barulah adil.

Pelajar-pelajar yang sangkut pun ada peluang yang sama rata untuk berjaya.

Pelajar pula dinilai ikut pencapaian dan pendapatan di dunia sebenar. Bukan sekadar pada kertas ujian.

Oh…. Kalau la ada U macam tu, terus aku berenti dari UNISEL ni.

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-04-23 19:12:49

hoho ya2 baru KOOL.. UniSEL takde course business ker? Mahal ker yuran? hohoho nak pergi uniSEL lah cam ni ha ha ha!

Comment by hairul
2008-04-23 20:02:45

hehe… Nak g UNISEL ke? Ok je. Cepat2 la daftar Labanon. Kat sana ramai anak2 dara hok comey2…hehe. Kalau lambat, melepas, kawe ngorat dulu.

Ada kot course biz kat situ, tapi tak sure la, sebab hok kawe masuk ni program lain sikit. Program ijazah Jepun, cuma menumpang kat situ. Oh, budak skool Ahmad Maher pun ada sorang sini.

Hait, hait…. Flarebiz wa saikou desu…. Motto ganbarou ne…hehe

(Comments wont nest below this level)
Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-04-25 06:39:16

Sapo budak ahmad maher tu? Nama gapo?

 
 
 
 
Comment by As
2008-04-23 19:26:08

salam…

saya sokong 150% atas ape yg Labanon cakap.Cayalah!!

saya suker giler posting ni..

Labanon say: “Adakah kini anda masih berpegang dengan kepercayaan kuno bahawa hanya pendidikan yang tinggi mampu untuk menjadikan sesorang itu berjaya? Adakah anda masih memegang mitos bahawa orang yang gagal dalam pelajaran dan tidak masuk Universiti itu adalah orang yang gagal dalam hidup?“

betol ..jangan dok hina org yg tak blajar tinggi kat U.maybe dorang xde ilmu yg terkandung kat U tu.

tapi dorang ade akal dan usaha untuk berjaya.zaman skg ni berlambak2 ilmu and info yg kita blh dapat slain dari kat U!!

nak berjaya bukan soal tempat mane kita blaja,glamour ke tempat tu?ade kelas ke??

tapi biarlah ikhlas…kan Labanon?betol tak…walaupun saya ni pon plajar U tapi saya lebih tabik spring dgn org yg berjaya tapi dia xmasuk U pon.hmmmm…!!

huhu..

As,
http://www.batikofmalaysia.com

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-04-25 06:39:33

thanks :)

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.