Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pernahkah anda mendengar nama Creative Technologies? Ia adalah sebuah syarikat Singapura yang bernilai berbilion ringgit. Pengasasnya ialah Sim Wong Hoo adalah seorang yang terkaya di Singapura dan menerima jolokoan “Bill Gates Singapura” oleh penduduk Singapura.
Seperti kebanyakkan usahawan berjaya, Sim Wong Hoo datang dari sebuah keluarga miskin. Dia adalah seorang pelajar biasa dan lulus dari sebuah politeknik sewaktu berusia 19 tahun. Bagi lepasan politeknik sudah tentu akan berpuas hati jika mendapat gaji sekitar RM1500 sebulan, namun tidak bagi Sim Wong Hoo.
Pada tahun 1981, dia telah menubuhkan Creative Technologies. Beberapa tahun selepas itu, dia melancarkan sebuah computer baru, Cubic CT iaitu computer peribadi multimedia yang pertama di dunia. Adakah dia terus berjaya seperti yang anda fikirkan? Tidak! Komputer itu gagal dipasarkan kerana ia susah digunakan dan mahal. Tidak lama selepas itu, dia membina sebuah lagi computer sekali lagi, dia gagal.
Sim tidak berputus asa. Dia menggunakan semua maklum balas yang diterimanya bagi mengubah strateginya. Dia terus mengubah strateginya sehingga dia mendapat suatu idea baru iaitu mencipta kad bunyi bagi digunakan dalam computer peribadi multimedia. Kad ini dinamakan Sound Blaster dan ia merupakan kad bunyi yang palin banyak terjual diseluruh dunia.
Pada hari ini, Creative Technologies adalah sebuah perusahaan multimedia gergasi dengan 5,000 orang kakitangan, lebih daripada 20,000 kedai di Amerika Syarikat dan memperoleh pendapatan sebanyak 1.3 billion ringgit setahun.
Kita sering berfikir, orang-orang kaya dan berjaya itu bernasib baik. Sebenarnya mereka juga manusia seperti kita. Oleh itu, jangan takut kepada kegagalan kerana ia mendekatkan kita dengan kejayaan. Percubaan pertama mungkin tidak memuaskan namun tidak selama-lamanya kita akan gagal. Lambat laun, pasti akan membuahkan hasil kejayaan yang sungguh manis.
Sekian.
p/s: Kami juga sedang mengubah strategi memasarkan NiagaKit dan insyallah tahun depan anda akan dapat mengetahui revolusi NiagaKit ![]()

























baguslah anda menerima segala kritikan samada yang membina atau tidak dengan pemikiran yang positif. Terserlah gaya professional anda. Cheeewahhhh.
labanon ada terfikir tak untuk NK yang sekarang ni jual secara international. mgkn tak laku pada peringkat domestik. mana tau secara international boleh kot?
hidupp flarebiz!!
aku dah lama plak tak post pasal kisah jutawan nie.. bz kot..hehe..takpe2 tggukan masanya
Salam..
Menaikkan motivasi bro..tahniah, jangan putus asa kalau gagal dengan projek yang dilancarkan..ia adalah ‘guru’ yang terbaik untuk membina kejayaan yang lagi ‘brutal’..kekekeke..
salam flarebiz..
“orang kita takut rugi tapi tak takut mati.. orang itu takut mati tapi tala takut lugi munyaa..”
lumba haram, dadah dll xde hal.. berniaga = banyak hal..
kalau tak rasa gagal.. tak rasa manisnya berjaya.. cayok cayok!!
ramai yang mengharapkan cubaan pertama sebagai asas kejayaan, malangnya yang pertama itu biasanya sesuatu yang paling teruk…bahkan yang kedua , ketiga dan seterusnya pun mungkin mengalami masalah yang sama…
Sekiranya anda tahu anda tidak akan gagal maka anda akan terus berusaha untuk mencapainya…hingga BERJAYA
Salam kekayaan,
THINKERICH
[...] Adakah Orang Kaya Bernasib Baik? [...]
Strategi adalah penting dlm perniagaan. Satu lagi adalah persaingan.
urmmm… tak takut akan kegagalan..
a.k.a berani mengambil risiko.. bagi saya ianya satu daripada profil usahawan yang berjaya dan daripada artikel yang saya baca ni membuktikan yang beliau telah berjaya. alangkah moleknya jika kita turut mcontohinya..
semua ingin berjaya tapi malangnya bukan semua ingin menerima kegagalan..
be an entrepreneur sound’s great tp xramai yang tau bagaimana untuk mjadi entreprenuer yang betul n bjaya… tmasukla saya….
ahhhhh!!!!
Ukuran manusia bukan bererti kegagalan. Kejayaan sebenar bila kita menerima setiap kritikan dan jadikan ia sebagai satu postmortem untuk lebih berjaya.Untuk menjadi kaya antara faktor terpenting sentiasa ada R & D termasuk perkara yang disebut ini.
Niaga Kit anda sebenarnya tak gagal lagi..
Anda perlukan sedikit masa lagi untuk mencapai tahap maksima..
memang mostly orang yg kaya ni bernasib baik dan pastinya mereka mempunyai nasib yg baik.
Antara 3 benda yg wajib ada pada orang yg berjaya dan telah berjaya serta yang bakal berjaya:
1. usaha yang bersungguh2
2. keazaman yg tidak kenal putus asa.
3. nasib yang baik.
3 benda ni yg aku pegang sejak kecil lagi walaupun ada benda yg aku cuba capai masih tak tercapai. Wuu..
kegagalan mematangkan kite…..
waseh..biar betik..
salah satu sebab aku gagal dlm biz IM adalah kerana kurang networking.. mulai hari ni.. sy nak cari kawan IM.. hello semua..