Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Saya tahu dan saya faham semua penduduk Malaysia kini resah dan geram dengan kenaikkan harga minyak yang melampau di negara kita. (Nak kahwin pun susah!!!) Saya juga salah seorang yang risau dengan situasi sekarang namun kita perlu meneruskan perjuangan kita sebagai seorang usahawan. Ketika inilah menguji ketahanan mental dan fizikal seorang usahawan dikala keadaan sekeliling yang terdesak.
Baiklah tahukan anda dalam membuat sesuatu perkara yang baik kita tidak boleh bersederhana. Dalam mengejar kekayaan dan kejayaan kita tidak boleh bersederhana. Dalam beribadat dan berdoa pun kita tidak boleh bersederhana. Orang yang biasa ialah membuat sesuatu kerja yang baik dengan kadar yang sederhana manakala orang yang gagal ialah orang yang melakukan sesuatu kerja buruk dengan bersungguh-sungguh! Jika anda ingin menjadi orang yang luar biasa apakah yang anda perlu lakukan?
Ya, anda perlu melakukan sesuatu yang baik dengan bersungguh-sungguh! Tiada istilah bersederhana dalam melakukan sesuatu yang baik jika anda ingin menjadi orang yang luar biasa. Ada kawan saya berkata “Kita mesti makan secara sederhana. berpakaian secara sederhana, bekerja secara sederhana, berhibur secara sederhana, beriadah sederhana, tidur sederhana dan pendek kata semuanya sederhana”.
“Hey, apa yang anda mengarut ni?” kata saya. Tiada siapa di dunia ini menjadi luar biasa dengan melakukan sesuatu perkara yang sederhana. Anda tak percaya? Cuba kita lihat bimbingan besar kita Rasulullah s.a.w, adakah beliau berdakwah dalam keadaan yang sederhana? Tuan-tuan dan puan-puan, tiada hasil yang luar biasa jika kita melakukan sesuatu perkara secara sederhana. Tiger Woods menjadi pemain golf no 1 di dunia bukan kerana beliau bermain secara sederhana semenjak berumur 20 tahun 6 bulan! Tetapi beliau mula bermain golf secara bersungguh-sungguh ketika berumur 3 tahun.
Saya pernah tengok seorang mak cik mengejar suaminya bersungguh-sungguh ketika suaminya bermain haji di kedai kopi dan akhirnya isteri ini berjaya dan membuat tindakan yang luar biasa oh! Bayangkan jika si mak cik ini hanya mengejar suaminya secara sederhana pasti tak dapat tangkap pak cik tersebut. Sungguh hebat kesan bersungguh-sungguh ni. (Alahai pak cik.. kenapalah bersederhana apabila ingin melarikan diri… kan dah kena tangkap tu!)
Hakikatnya sekarang dikala kadar inflasi tinggi, anda tidak boleh lagi hidup dalam kedaan yang bersederhana. Anda perlu bersungguh-sungguh dalam mengejar kekayaan barulah anda akan kaya dan sama juga konsepnya jika anda bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang Insyallah anda pasti memperolehi hasil yang luar biasa. Anda tentu ingin menjadi orang yang luar biasa bukan?
“Hey Labanon, kita hidup perlulah bersederhana” sekali lagi kawan saya berkata. Ok, jika anda mahu perkejaan biasa, rumah biasa, percutian biasa, pendapatan biasa, kehidupan biasa, isteri biasa
, kereta biasa, syurga biasa (sudah pasti semua mahu syurga tertinggi tetapi hakikatnya ramau yang tidak bersungguh-sungguh dalam beribadat) dan macam-macam yang biasa silakan.
Konklusinya, hidup ini terlalu singkat untuk bersederhana.
sekian.
p/s: Post ini ditulis dalam keadaan yang bersungguh-sungguh oh!

























Betul tu…
saya setuju dengan pendapat Lebanon. Semua pekerjaan yang dibuat dengan “sekadar” sahaja adalah susah hendak buahkan kemanisannya.
Dalam arena keusahawanan, usaha adalah segala-galanya. Tanpa usaha, tiada buah akan dikecapi, tanpa usaha, segala nya akan menjadi payah.
Dan juga, tanpa usaha, anda bukanlah seorang USAHAWAN..hehe.
betul tu Labanon..
Maksud sederhana tu bukanlah buat keje sekadar sederhana..
kerje kena kuat dan bersungguh2..
cuma besederhana dari segi kelakuan, gaya hidup..
tu yang penting
ye la..in whatever we do must alwiz exceed the expectation..bersungguh-sungguh, fokus
dalam kedaan inflasi yang semakin meningkat..kita patut :
- tingkatkan usaha untuk menambah pendapatan
- tingkatkan pelaburan dan pelaburan
- kurangkan nafsu nafsi nak beli benda tak berfaedah
“Hidup ini terlalu singkat untuk bersederhana.” kata Labanon.
“Life is too short to be ordinary.” kata Azizi Ali.
“Be exremist, be optimist.” kata Hairul Faizal Adli.
Hidup kita ni sekejap saja, rugi kalau jadi orang yang biasa-biasa sahaja.
ikutlah makcik yg bersungguh2 dalam mengejar suaminya dan jangan tiru aksi pakcik yang bersedrhana dalam usaha menyelamatkan diri….
Dalam maksud cerita tu ..Labanon. Ada unsur tersirat dan tersurat
Pakcik sakit lutut nak.. gout.. Makcik kau pula kalau membebel, memboros ngan ‘menerkam’ memang bersungguh2. Bab masak2, jaga mkn minum pakcik n bermekap untuk pakcik kau tak tau.. Uhuk3(batuk sambil mengurut2 lutut)
oh, bersungguh-sungguh aku baca post ni. haha.
selain bersungguh-sungguh, kena pandai jugak.
tak guna sungguh-sungguh, tapi tak tahu apa2
Pakcik tu belum kena kopi tongkat ali lagi..manakala makcik tu dah balun 2 cawan kopi kacip fatimah..tu yg bersungguh2 tu..
apa kata kita minum dulu..
Salam..
Bekerjalah dengan bersungguh-sungguh seperti kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beramal lah dengan khusyuk seperti kamu akan mati esok hari.
Jelas daripada pesanan Saidina Ali seperti di atas, kita kena bersungguh-sungguh didalam setiap amal ibadah dan pekerjaan yang kita lakukan.
hye adly, i just bought your e-book, rahsia 10k, actually, that’s my 1st e-book.,
Good luck untuk keluaran akan datang,.,selamat bersungguh-sungguh!
takpe. Aku senang bersederhana. Biar bersederhana dan tak menyusahkan orang lain. Sekali kita menyusahkan orang lain, tak senang hidup kita. So, Jangan tamak cam Qarun..
betul tu..hidup ini terlalu pendek. buat yang terbaik untuk merealisasikan impian kita. Life is to short be ordinary.
Hmm..betol sangat la apa yang labanon cakap tu, dalam hidup nie kita mesti kejar kesempurnaan, baru lah dapat ketenangan dan kebahagiaan.
Tetapi dalam mencapai kesempurnaan kita kena guna kelebihan baru boleh kan!!, kalau dengan kesederhanaan muzo rasa sampai ke tua la x capai apa-apa!!….apa pun jangan over pulak! he3
Pada pendapat saya, jika kita ingin menjadi LUAR BIASA, kita mestilah beri komen pada blog yang LUAR BIASA, berkawan dengan mereka yang LUAR BIASA,rajin macam orang yang LUAR BIASA dan berfikiran seperti mereka yang LUAR BIASA….ARB Dagang
salam bro..
satu post menarik untuk kita semua… bersungguh2 untuk kejar kejayaan dunia dan akhirat. yang penting seimbang (bukan terumbang-ambing)…
..kalau tak bersungguh2, sekadar buat melepaskan batuk ditangga… nanti kita akan jadi kaum yang ditindas!