Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ok ini saja nak sambung kesinambungan post-post SaifulSham yang banyak memberi sebab mengapa kita perlu kaya? Saya nak kongsi pendapat ringkas saya dengan anda kenapa kita perlu menjadi kaya.
Islam sendiri perlukan umatnya yang kaya untuk menjadi sebuah agama yang kuat. Kaya dari semua aspek seperti kaya akhlak, peribadi, harta dan sebagainya yang baik-baik. Ini secara tidak langsung dapat memperkasakan ekonomi umat Islam.
Sesungguhnya orang kaya yang pemurah adalah lebih baik daripada orang miskin yang meminta-minta di sisi Allah. Jika kita kaya jangan pula kita kedekut kerana bila mati kita tinggalkan segala-galanya. Rumah besar, kereta mewah semuanya kita tinggalkan kepada anak isteri kita.
Sungguh menyesal kita ketika itu kerana tertipu kepada dunia jika kita kaya tetapi kedekut dan bakhil untuk membuat amal jariah. Lihat zaman Rasulullah sendiri umat Islam menjadi kuat kerana mempunyai sahabat yang kaya dan pemurah!
Ya memang kita kena menjadi kaya!
Sekian.

























yer betul dan sebetulnya kita memang patut untuk menjadi kaya dan berusaha sedaya upaya untuk jadi kaya…
abdfatah: yes i agree
nanti kalu hang dah kayo nanti bleh jugak belanja nasi ayak kat jalan berek dua belas nun… wahaha..
oh kaya dan kaya dan kaya… seronok ker jadi orang kaya? kaya yang budiman…
bleh jugak belanja taikun2 motivasi negara…
wah! taikun motivasi? adesh!
lagi banyak belanja yang berfaedah lagi banyak murah rezeki… macam dalam kaset dr fadzilah kamsah, tapi kena yakin ler kalu nak mejadi otai internet yang terkaya dalam malaysia nih… imaginasi.
adesh panjang citer pulak kat sini…
kaya untuk membantu orang lain..harta dunia milik bersama bukan?
adly aka labanon! Terima kasih byk2…
Wahai semua yang baca post ini, jom kita jadi kaya! Kaya segala2nya! ISLAM tak larang kita kaya! Bila dh kaya mcm2 kita boleh buat pahala! TP INGAT, dgn KAYA juga kita amat mudah utk alpa! Salam Kenapa Kita Perlu Kaya! Saya nak jadi senang 
Kaya bukan untuk menunjuk atau lupa diri tapi untuk menolong diri sendiri, keluarga dan juga org lain.