Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Kehidupan Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Malaysia.. semua orang mengenali Malaysia dengan keamanan dan kekayaan hasil bumi. Kehidupan di Malaysia boleh dikatakan menjadi impian bagi sebahagian masyarakat di dunia ini. Kehadiran PATI yang begitu ramai di negara ini sudah cukup dijadikan bukti bahawa Malaysia negara yang mudah untuk mencari rezeki.

Esok nak kerje kerajaan

Jadi persoalanya mengapa masih timbul masalah pengangguran?

Masalah pengangguran sudah lama dan jika tak silap masa saya lahir(1990) pun sudah ada masalah pengangguran kan? Hehe ini mungkin atas beberapa faktor yang menyebabkan pengangguran terus berlaku

  • Sikap TERlalu memilih kerja
  • Tidak mahu membuka perniagaan
  • Malu untuk bekerja sebagai buruh,pelayaan atau sewaktu denganya a.k.a bergaji rendah maklumlah dapat ijazahkan
  • Hanya mempunyai satu kemahiran

dan banyak lagilah sebab-sebab lain.

“Anda Patut Menjadi Kaya. Anda Tidak Berhak Menjadi Miskin. Hidup Di Malaysia Tetapi Tidak Kaya Adalah Malang” kata Chef Li

Jadi renunglah kata-kata tersebut. Sememangnya tiada sebab mengapa anda perlu menjadi miskin tinggal di Malaysia.Mungkin ada yang berkata Ohh.. saya suka hidup sederhana.. ya la duit tak boleh beli kebahagian.. Ya sememangnya duit tidak dapat membeli kebahagian tetapi dengan duit anda boleh memberi kebahagiaan kepada lain. Mulianya anda dapat memberi kebahagiaan kepada orang lain dan sesungguhnya tangan orang yang memberi lebih mulia daripada tangan orang yang menerima.

Saya juga sebenarnya agak tidak suka sesetengah cerita-cerita Tan Sri P.Ramlee kerana mesej yang disampaikan apabila menjadi kaya jer.. mesti seorang itu jahat dan kedekut. Jadi secara tidak langsung mempengaruhi minda remaja-remaja kita yang memang kerap melihat cerita-cerita Tan Sri untuk menjadi kaya. :D

P/S: Maaflah begitu beremosi sekali post kali ini. :D Diharap sampai mesej yang saya hendak sampaikan. hehe jangan lupa juga sertai forum JomBerniaga.com

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

10 Comments »

Comment by linn_comel
2006-10-31 03:39:45

Sebenarnya keje memang banyak..tapi orang Malaysia terlalu memilih kerja..kalau tak..takkan gomen import pendatang asing ni..
Tu pun rakyat malaysia masih tak sedar still nak merungut lagi..

 
Comment by Fuad
2006-10-31 06:41:16

Dah beralamat baru dah.. Apapon Slamat Hari Raya.. Maap Zahir Batin.. Sori x sempat bertemu muka balik aritu…

 
Comment by labanon
2006-10-31 06:56:59

Ya betul tu kak linn… :D

Huhu x per la bro Fuad.. x der jodoh nak buat cam ner :P

 
Comment by aman
2006-10-31 12:58:17

ha’a..terpaksa import orang luar tuk buat kerja kat mysia..tu ar sebab skrang semua kilang besar-besar gi negara lain cam india, china, indon, thai…

 
Comment by walikard
2006-10-31 14:26:05

Dah berwajah baru…tahniah Labanon ;-) Tentang kadar pengangguran tu, memang betul, antaranya ialah graduan terlalu memilih kerja..yelah, sejak dari kecik kita dah dimomokkan supaya “belajar sampai U, nanti dapat keje yang gaji ribu-ribu…” err, zaman tu sebenarnya dah berlalu..

 
Comment by labanon
2006-11-01 08:15:20

wajah baru… semangat pun baru HOHO :D thanx walikard

 
Comment by akirasuri
2006-11-01 16:16:13

oh oh menganggur tanam anggur sebab terlalu pilih kerja…harap-harap saya tak manja sangat bila dah habis belajar nanti :)

 
Comment by leLabu
2006-11-05 07:22:33

pengangguran? realiti atau fantasi?

betul ke banyak peluang kerja kat malaysia ni. betul ke graduan memilih kerja? dari mana statistik yang korang dapat?

satu jer, kalo mat-mat indon/bangla, dtg sini dapat gaji sedikit, kenapa diorang nak kerja? kenapa kita tak nak?

jawap aku: diorang takder anak bini kat sini. satu rumah kongsi 20 orang. makan sayur kangkung. pergi kerja jln kaki atau duduk rumah kongsi. boleh kerja 24jam sbb takder anak bini. kerja-kerja-kerja, kumpul duit jer, takder life (pinjam ayat fuad). minyak, elektrik, air takder makna dalam hidup mereka. dapat RM400, guna seratus jer sbulan. lagi RM300 hantar balik kg.

kita rakyat malaysia, ada anak bini. tak bleh keja 24 jam sbb nanti bini buat muka. kalau dah berbini beranak pinak takkan nak kongsi rumah ngan kawan-kawan lagi. kalau dah beranak pinak nak jln kaki lagi? nak berheret anak 4 5 org naik bas? minyak naik, air naik, elektrik naik. dapat RM1500, guna RM2000 sebulan.

satu lagi, kalau korang dgr berita cakap banyak kerja, betul banyak kerja tp bukan utk rakyat malaysia. bukan rakyat pilih kerja, tp malaysia x mampu wujudkan peluang kerja utk rakyat dia. macam aku sebut diatas, rakyat malaysia, kalo nak kerja 24 jam bleh (dah gaji sikit kenalah kerja lebih), tp keluarga macam mana?

sorila merapu panjang sikit. dada aku dan sesak dgn maklumat. rakyat marhaen macam kita ni, apalah daya. maaf sbb tak bersetuju dngan pendapat.

 
Comment by mineral
2006-11-11 02:48:29

jawap aku: diorang takder anak bini kat sini. satu rumah kongsi 20 orang. makan sayur kangkung. pergi kerja jln kaki atau duduk rumah kongsi. boleh kerja 24jam sbb takder anak bini. kerja-kerja-kerja, kumpul duit jer, takder life (pinjam ayat fuad). minyak, elektrik, air takder makna dalam hidup mereka. dapat RM400, guna seratus jer sbulan. lagi RM300 hantar balik kg.

betul kate lelabu tu, bg aku dimana ade kemahuan disitu ada jalan, dr anak2 muda melepak tak tentu hala, binalah satu kerjaya, aku sendiri hairan, macam mana dikg-kg ade byk tanah terbiar, tp anak muda sanggup susah payah pergi kebandar kerja kilang… sdgkan hasil berbudi pada tanah nie lebih baik dr kerja kilang… maybe tu jerla pilihan terakhir mereka. kita ptt bersyukur berada dibumi bertuah, anak2 dpt belajar di U, tp dh grad otak masih mcm kayu, harapkan kerja dtg bergolek, igtkan pndai berdikari cari nafkah, rupanya masih layu dan kayu graduan U (bukan semua, tp kebanyakkannya), lepas tu salahkan lantai tak rata kerana tak tahu menari, heheheheh sian aku tgk anak melayu nie.

p/s: realitinya… melayu tu nk cepat kaya, tak sabar, tak sanggup susah, sbb tu byk skim cepat kaya dimonopoli org melayu huahuahauhau.

 
Comment by ahib0205
2008-03-28 14:34:41

Anda Patut Menjadi Kaya. Anda Tidak Berhak Menjadi Miskin…

ha ni saya setuju la sbb sesapa pun nk jadi kaya. actually kalo tak nk jadi kaya pun semua nk hidup senang.

…Hidup Di Malaysia Tetapi Tidak Kaya Adalah Malang.

Maaf ni sy kurang setuju la. Sbb ada antara kita yang bukan takat kehidupan mereka sederhana, tp jauh lbh susah berbanding kita. So tak leh la nk kata depa tu malang kan? just my opinion la. Mcm mana pun kita nk kaya kena pandai2 la jgn smpai bercampur aduk kekayaan tu dgn yg HARAM. Wallahu a’lam =)

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.