Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Jutawan Senyap Yang Tak Berapa Senyap

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah syukur kerana produk digital bernama Pakej Rahsia 10K telah berjaya dilancarkan dengan jayanya dan sudah mula menampakkan hasil yang sangat lumayan. Lepaslah nak buat duit mas kahwin ho ho ho! Dikala kesibukkan melayan karenah-karenah pelanggan dan menghantar download link yang tak berhenti-henti memasuki inbox, kami telah pergi berniaga ala-ala pasar malam selama 2 hari.

Kami Team FlareBiz dan bersama seorang rakan Hasbul telah mengambil langkah drastik dengan cuba menyewa gerai selama 2 hari setelah habis menelaah buku-buku Chef Li dan ebook Wang Pasar Malam oleh bro Johari. 2 hari jer kerana satu event besar berlangsung selama 2 hari sahaja. Sebenarnya telah lama nak mencuba namun kami semua tiada masa yang sesuai. So, di kesempatan ini kami cubalah kot-kot jadi jutawan senyap nanti :D tak gitu?

Baiklah kisah bermula dengan malam sebelum operasi perniagaan bermula kami sudah bersemangat membawa payung, meja dan sebagainya ke tapak gerai. Malam itu sungguh romantik kerana hujan renyai-renyai dan jika anda sudah berkahwin sudah tentu best habiskan masa bersama isteri :D Jadi kami tengok tapak gerai kami… alamak! Tak strategik lah pulak kerana tapak kami agak ke belakang.

Namun, kami kuatkan semangat untuk meneruskan perniagaan kami keesokkanya. Oh, mesti anda tertanya-tanya apakah yang kami jual kan? Kami sebenarnya menjual yogurt buatan sendiri yang diberi nama “Yogurt Ori:D yang dikhusukan kepada orang berkahwin yang dahaga. Moto yogurt ialah “Belilah Yang Original“. Inilah pula pertama kali kami menghasilkan yogurt sendiri oh! Tak sabar-sabar nak jadikan pengunjung sebagai bahan eksperimen sama ada yogurt ini menepati piawaian ataupun tidak. So, customer hanya ada dua pilihan sama ada terus hidup atau mati akibat sakit perut oh! :D

Ok hari pertama saya tak dapat hadir kerana ada masalah teknikal (tido)… so, Zhafran dan Hasbul jerlah yang handle. Katanya kol 11 pagi lagi dah tutup gerai kerana kami buat sikit jer yogurt untuk test market, alhamdulillah semuanya habis. Hari kedua, saya hadir dengan harapan dapat membuat jualan yang berganda pada pukul 8 pagi lagi ketika itu memang ramai orang. Oh, gembiranya tengok ramai orang! Kami membuka tapak gerai dan mula menjual yogurt.

Pukul 9… pukul 10… pukul 11… baru 2 orang customer! Adeh! Ni yang buatkan bakal-bakal jutawan senyap takleh dok diam. Kami pun apa lagi… blah lah tinggal Hasbul sorang yang masih kuat motivasi untuk menjaga gerai tersebut. Kami balik kerana banyak tempahan design… agak rugi masa jika kami terus menunggu disitu. Kemudian, kami hadir pada malam hari untuk meneruskan penjualan yogurt yang memang banyak dibuat. So, kami mulalah melaung-laung… yogurt, yogurt dan yogurt.

Jika juri-juri Gang Starz ada pasti kami dah dapat 5 bintang untuk laungan kami tu :D Di pendekkan cerita sudah pukul 10 mlm dan yogurt masih ada sedikit lagi. So, Zhafran dengan angkuhnya mengenengahkan satu idea iaitu dengan menjaja yogurt ini ketika orang sendang melihat persembahan. Apa lagi kami terus mencari bakul dan letakkan yogurt-yogurt yang sudah diproses. Ho ho ho! Cabaran bermula lagi… ketika itu ada lebih kurang 12 gelas yogurt yang tak habis dijual dan kami pergi menjaja dengan harapan agar semuanya habis terjual!

Apa lagi.. “bang.. nak yogurt?”, “kak nak yogurt?”, “adik nak yogurt?”,”kau nak yogurt?”(sambil menunjukkan penumbuk) dan macam-macam lagi dialong kami bertiga bertanya kepada deretan pengunjung yang melihat persembahan. Semuanya buat tak tahu jer.. kerana sudah mengetahui bahawa yogurt kami bakal membuatkan diorang mati oh! Dalam lebih 30 minit kami menjaja… hanya 1 jer yang laku! Aii.. ni tak boleh jadi… muka dah tebal macam tembok China dah tapi satu jer yang laku.

Kami mengabil keputusan give up pada malam tu setelah kira-kira dah balik modal rupanya…. so ada 11 gelas yogurt lagi ketika itu. Fuh.. dipendekkan cerita lagi, kami berjaya buat beberapa sales lagi. Nampaknya, idea Zhafran agak bagus namun belum cukup bagus untuk melawan otai-otai usahawan lain. You fired Zhafran! So, selebihnya… kami bawa pulanglah yogurt tu.

Baiklah keuntungan 2 hari berniaga daripada pukul 8 pagi hingga 12 malam ialah RM36.50… banyakkan? kan? kan? :D

Nilah cerita jutawan senyap yang tak berapa senyap setelah hanya mendapat untung RM36.50! oh!

sekian.

p/s: Oh lepas berniaga pasar malam… saya ditinggalkan kekasih hati..jatuh standard katanya! Sekarang ni rasa mood jadi single balik nih :D siapa girl yang single? jom kawan :p

—————————————————————————————————————————

Zhafran menambah :

Ok, ini cerita versi Zhafran pula. Tak syok la kan cerita versi Labanon je kan. Jeng jeng jeng.

Yelah yelah..memang yogurt tu tak abes dijual tp at least saya dan Hasbul bersuara dengan penuh konfiden dan macho (macho sampai gi jaja yogurt kat kaum muslimah..ngehngehngeh) ketika cuba menjaja yogurt tersebut. Tetapi Labanon hanya mengekori kami dengan senyap membisu sahaja. Dimanakah kehebatan Labanon yang konon-kononnya “power” ini. Adakah Labanon hanya berani bersuara didunia dengan penuh lantang didunia maya sahaja tetapi didunia realiti, dia kaku! Oh sedihnya! Macam mana nak pergi meminang anak orang nie? Isk isk isk

Walaupun yogurt-yogurt itu tak habis dijual, (ehem, hari pertama ketika hanya saya dan Hasbul je yang jual, yogurt habis dijual ye..nampaknya memang yogurt tak habis budak budak yang poyo asek berangan nak kawen tu ade skali kot) saya tak berasa menyesal kerana saya telah cuba satu teknik lain dan saya dpt pengalaman baru. Tak berjaya tak bermakna kita gagal. Tapi kalau kita tak mencuba, sampai bila pun peluang untuk berjaya takkan muncul. Betul tak?

Satu lagi perkara yang agak menjatuhkan kemaluan memalukan kaum lelaki ataupun dalam hal ini lebih kepada peniaga, ada suatu masa tu, saya tengah berehat sambil makan keropok lekor dan Hasbul pula balik ke rumah untuk mengambil senduk yang tertinggal dan Labanon sedang menunggu pembeli datang. Bila pembeli datang, saya cakap la kat Labanon, “tolong la layan orang nak beli yogurt tu, aku nak makan jap ni“. Maka dengan muka yang ketakutan dan pucat lesi Labanon berkata “eh, ko la layan, aku mane reti nak menuang-nuang yogurt nie..suruh mengorat awek aku reti la” dan pergi menyorok agar tak kena layan pembeli yang datang. Waduh waduh..camne nak berniaga ni, nak tuang yogurt dalam cawan pun takde konfiden..YOU’RE FAILLLL.

Saya hanya mampu tersenyum kambing sambil terus mengigit keropok lekor yang dah tinggal separuh lagi dan menahan kebengangan yang semakin membuak-buak dalam kepala dan berkata didalam hati, “nasib baik ko ni partner aku, kalau adik aku dah lame aku lempang nie“..ahaha. Akhirnya pembeli yang agak bengang jugak kerana penat menunggu itu dilayan oleh saya dan Hasbul dengan muka yang agak malu kerana gelagat kami ditertawakan oleh penjual di gerai sebelah. Jika pembeli itu sedang membaca post ini, saya bagi pihak Labanon ingin mintak maaf banyak-banyak ye, jangan marah..kami budak-budak baru belajar :D

Inilah kisah lawak kami semasa cuba untuk berniaga secara offline. Walaupun terdapat banyak perkara yang lawak telah berlaku, tapi bak kata Saida AF6 “Ok la tuuuu”..Ya, ok la tu untuk first time kan. Hari pertama, yogurt habis dijual dan hari kedua, hanya 6 yang terpaksa dibawa balik. Tujuan kami berniaga di gerai bukanlah kerana terdesak nak cari duit, tetapi kami buat untuk mencari pengalaman baru. Ha memang banyak pun “pengalaman” yang dapat..hehe

Walauapepun, kami tak putus asa dengan projek yogurt ni, kami sedang menganalisa masalah dan membaiki mutu produk dan skill jualan..sape-sape yang ade pengalaman jual yogurt dan ada resepi untuk buat yogurt yang sedap didunia, sila emel saya ye..kehkehkeh.

Moral of the story : Aa Lu pikir la sendiri, Labanon

-MZ-

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

68 Comments »

Comment by Din Beramboi
2008-06-16 06:01:51

Huhu…2 hari dpt RM36 ajer? Nak beli ebook Rahsia10k pun tak lepas..keke.

Takpe la bro, titik permulaan tu..Klu makcik pakcik tau yg si penjual tu bdak 10k, tentu abis jualan tu…diorg nak rasa air tgn bdak 10k..ngeh3. :D

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 11:54:54

Hehe tau takpe… nak beli ebook pun tak lepas sehh :D

 
 
Comment by ahib0205
2008-06-16 06:28:36

sykur la ada juga dpt :P tp sy aritu jual ayam kampung organik, sehari lbh RM50.

er… sama gak pernigaan offline dgn online nk kena kaji dulu demand :)

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 11:55:16

:) nice la tu

 
 
Comment by Kasyidi
2008-06-16 07:18:59

Salam, Biasalah permulaan meniaga. Orang tak kenal lagi. Lagi pon yogurt kalu kat KB ni dah biasa & mudah dapat… kecuali dapat di “Ubahsuai” jadi luar biasa.

Tapi memang keuntungannya tinggi.
Tahniah Team Flarebiz, satu pengalaman yang bagus untuk anda..Bakal Jutawan Mudah. :)

P/S: Eh, kow “jutawan” doh loni…? :p

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 11:56:06

pengalaman yang tak boleh dijual beli :)

 
 
Comment by kita
2008-06-16 08:19:23

sedap baca u all semua bercerita….

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 11:56:33

hehe ye ker? Subscribe lah post kami :)

 
 
Comment by Dik Mal
2008-06-16 08:22:32

Erk.dari semalam promote diri single? agak konfius..hahahahahahaha

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 11:57:13

ya2 single mingle sekarang ho ho ho! :P

 
 
Comment by Khalif
2008-06-16 09:56:20

Hehe. Bilo nok nikoh?
Nok nikoh tahun depan ko?
Nnti jemput kawe gi nikoh sekali. eh silap. gi majlis demo nikoh :D :rolleyes:

p/s: Gurau je :)

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 11:57:30

Hehe lambat lagi kot…

 
 
Comment by paan
2008-06-16 11:05:53

saudara labanon,tak sabar-sabar nak nikah ke???hahaha.Semoga team flarebiz terus sukses didunia online dan ofline…wasalam

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 11:58:21

Hehe… kalau ada jodoh esok pun nak kahwin oh!

 
 
Comment by nasrul
2008-06-16 11:36:01

waa.. bestla boleh tambah pengalaman.

jual yogurt? great idea.

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 11:59:02

ya2.. yogurt ori :D

 
 
Comment by zool
2008-06-16 12:11:30

Bagus2…
Memang bukan senang nak meniaga kat tepi jalan ni.. Muka mesti tebal .. Malu kena tolak tepi..
Dulu2 penah gak jual air tebu, rambutan depan umah..
Time ramai orang oklah dah takde orang pedih je rasa…

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 11:59:23

a’a.. malu gila2 :)

 
 
Comment by titan
2008-06-16 12:26:56

Okla tu apa. Dulu aku jual baju, jual bunga musim konvo lagi best. Modal bunga tak sampai RM300. Beli dari kundasang. Tolak duit minyak(dapat subsidi UMS yang free) dan memacam lagi. Cincai, modal dekat rm300++ sebab dapat subsidi dr HEP.

Untung bersih dekat 2k hanya jualan 2 hari. Best gila. Tapi memang malu la. Aku laki. Jual bunga. Wehhhh…malu gila masa tu toksah cakap la..(yang best, harga bunga ikut dan aku je. Aku cakap rm100, orang beli. AKu cakap Rm50. Orang beli..tapi ikut saiz la. Hehe. Tapi still leh kurang klu diorang pandai tiaw aku.)

Ni cite masa aku tahun dua kat UMS. Kalau korang dr UMS, kenal la muka aku jual bunga tahun tu.

So, nak jadi jutawan senyap nih. Kenela tahan malu. Awek memang suka lepas tu. Kenapa? Dompet tebal beb..(walaupun duit 2k tuh aku pegang sorang. Tapi duit kelab maa..)

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 12:00:57

Wah… 2k 2 hari tu :D Lumayan2… kalah gaji orang keje gomen :P

Comment by titan
2008-06-22 20:29:29

boleh la. Itu antara income terbest aku masa aku kat UMS.

Tapi bukan duit aku la.Duit tu kelab yang punye. Haha, tapi time main tarik tali bab harga tu best. Harga RM150. Kalau diorang pandai kelengtong aku, diorang leh dapat RM80-90. Tapi biasanya, aku bagi diskaun sampai RM120 je..

Yang keciknya. Diorang pilih. Kitaorang combine. Wat lawa2. Harga, kira tawar2 je masa tu. Senang. Aku ada 3 orang perempuan yang lawa-lawa bagi pelaris jualan.

Dan, aku sahaja seorang lelaki disitu. upah kami 4 orang hanyalah nasi kuning + ayam + air suam. Waa!!!

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by mazlie nadzri
2008-06-16 12:52:31

Salam..

Sebut pasal jual bunga, saya pun sama pernah jual bunga untuk konvo KUTKM kat Melaka.

Buat ramai2 masa tu. Dekat RM5K habis modal kami semua, tapi sales rugi. Hanya RM1K je dapat. Sebab apa rugi, sebab orang yang deal dengan kami macam tipu je. Awal2 cakap dapat kerjasama dengan pihak KUTKM, tapi last2, diorang cakap takde. Adusss…memang menyirap masa tu.

Terpaksa fikir jalan lain untuk jual, terpaksa bukak di mana2 ade orang datang, memang berniaga tengah2 panas masa tu.

Satu lagi pengalaman, berniaga di kampung. Best juga. Malu? Kena tolak tepi. Tapi yang penting, dapat tengok aweks la.Kehekehekeehekehekeh…ramai wooo…

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 12:03:05

Hoho… sama macam bro Titan jer nih.. cuma ni kes rugi… kena masuk bilik mesyuarat Donald Trump lah cam ni :D

 
 
Comment by Hasbul
2008-06-16 13:26:03

Haha, lawak2..xpe, byak pengalaman dapat bila jual yogurt ni..sebenarnya margin keuntungan jual minuman yogurt ni tinggi..cuma kami yg xreti buat..maklum la first time try..ok la tuu…so kami kena belajar lagi dari otai kami yg dah dapat untung ribu2 sebulan hasil penjualan yogurt ni..mcm mane la dia buat? ke die salah ajar ni? huhu..( malu kat awek sebelah je..laku jual aiskrim )

Comment by Din Beramboi
2008-06-16 20:09:44

Cerita versi Labanon dah ada..cerita versi Zhafran pun dah ada. Takde cerita versi Hasbul ke? hehe.. :D

 
 
Comment by abdfatah
2008-06-16 16:17:22

hehehe… dulu saya jual surat kabau. punya laa tension kira syiling pun tak lepas. akakaakakaaa… terkial2 jadinya nak bagi duit baki…

takper laa sekurang2nya kita dah ada pengalaman. belajar dari kesilapan… boleh cuba lagi lain kali di hari minggu bukannya hari2…

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 12:03:45

Hehe saya pun ingat nk jual surat kabau dulu… tapi tengok main nga syiling jerk :D

 
 
Comment by Ajin
2008-06-16 18:55:23

biasala berniaga dalam dunia sebenar depan orang ramai mmg x sama meniaga dalam dunia siber, tp dapat jugakla satu pengalaman. hehehe

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 12:07:41

hehe tu lah yang tak tahan…

 
 
Comment by hairul
2008-06-16 19:07:37

Hehe…patut la tak senyap ;)

Takpe, takpe…

Nanti try lagi kat bazar ramadan…

Oh, minta resepi boleh? hehe :)

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 12:08:37

Hehe resepi tu kena bayar nak belajar hoho ho

p/s: Wat personal coaching lak :D

 
 
Comment by Shueqry
2008-06-16 20:26:49

Labanon & Zhafran,

Saya kagum dengan semangat korang berdua. Satu permulaan yang baik.

Saya pernah join direct selling dan rasanya formula yang saya pernah guna amat berguna utk awak berdua di lain kali.

Rahsianya, pakai baju yang kaler terang.

Terutama kuning, biru, atau pink! Warna mempengaruhi aura.

Bila menghampiri orang lain, mereka akan tertarik dengan awak, so seterusnya akan membeli apa yang awak jual.

Moga tips ni berguna :D

-Shueqry-

Comment by Dik Mal
2008-06-16 23:14:43

betol2 i love colors a lot…ada atraction..cm gak adsense…haha..diff colors give diff impact..kakaka

 
Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 12:09:45

Hoho tip yang amat berguna

p/s: Tapi hari tu dah pakai kaler terang dah :) Purple lagi :P

 
 
Comment by mastermuzo
2008-06-16 21:22:29

Dahsyat pengalaman orang muda..namun itulah sebenarnya realiti perniagaan offline.

Saya juga seorang peniaga offline tapi
seringkali gagal dalam perniagaan, mungkin pengajaran atau mungkin menguji kesabaran he3…

Sekarang saya x kan pandang belakang lagi, ini semua kerana saudara Labanon…memang jealous giler la aku nie…

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 12:10:34

Erk.. kerana saya? :O

 
 
Comment by G-kin
2008-06-17 00:35:09

at least sertakan gambar gerai korang tu. nak kenal sket. Mana tahu korang tiba2 nak meniaga lagi, kalau terserempak boleh ketawa kat situ terus :D

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 12:10:55

Hehe… nak tangkap gambar… takde camera laa g-kin

 
 
Comment by nasrun
2008-06-17 03:48:07

Kelakar la cerita korang.. adei..

Labanon tak promote sekali patut tak abis..=P

Last pengalaman berniaga offline ni time sekolah dulu. hari usahawan.. Jual western food.. hehe..

Memang best jd taukey..

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 12:11:35

haha… dah ada 2 orang… biarkan jer dia promote :D

 
 
Comment by Hasbul
2008-06-17 03:49:05

cerita versi sy plak…hurmmmmmmm, sebenarnya labanon n zafran FAILED!! sbb aku sorang je yg buat yogurt bersengkang mata…hehe..

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 12:11:56

Demo gagah kes ado tok tua tepi jah wakkakaa

 
 
Comment by ambsmart
2008-06-17 08:09:29

Masalahnya rakyat Malaysia ramai lagi yang tak makan yogurt. Walaupun ramai yang makan, tapi ramai lagi yang tak makan. Belum jadi budaya lagi. Lainlag dadih ke, jeli kelapa ke.

Lagi satu, tukang jual tu tak cukup ‘ayu’ kot. Haha..

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 12:12:16

Hehe… tapi yogurt pun best :D leh jadi peneraju nih

 
 
2008-06-17 11:28:51

[...] seterusnya lagi.Ya benar juga kata orang,ebiz ini memerlukan fokus yang agak mendalam.Seperti kata labanon,siapa yang tidak kenal budak remaja yang berjaya menghasilkan lebih rm10k dalam seminggu dengan [...]

 
Comment by yaziyahaya
2008-06-17 12:37:45

macam-macam la korang ni..

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 12:12:32

hehe… rilex2 :D

 
 
Comment by noorizam shah
2008-06-17 16:11:12

hahaha.. aku suka post ni… kool!

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 12:13:00

:D

 
 
Comment by mysticmind
2008-06-17 17:46:36

Haaa.. kan.. aku dah cakap siap macam nak gaduh mesej lagi arituh.. :p

Yang sesungguhnya cerita tokey pasar malam yg berjuta-juta duit tuh ‘terlebih indah penceritaan’ sampai lupa nak masukkan peritnya dan ranjaunya.. lenkali masukkan sekali ranjaunya buat pedoman!!!

Alerr.. tuh baru sehari tuh.. aku hampir setahun.. hehehhe

Yang Benar,
bekas peniaga pasar malam dan pekan pagi/sehari. :p

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 12:14:19

Hehe… ya2 :D

Muka mau tebal… baru leh berjaya!

 
Comment by Otai Pasar Malam
2008-07-10 03:21:10

Salam…keperitan dan kepayahan berlaku dengan semua perniagaan bukan sahaja Pasar Malam…sebab tu saya undang khas anda untuk datang ke Tapak Perniagaan Pasar Malam saya di Pulau Pinang..

Kalau cam tu anda hanya layak makan gaji dan kena buli ngan bos 24 jam ..dan jadilah kuli seumur hidup anda dengan kesempitan wang seumur hayat….\

Maaf ini lah kenyataanya …bukan maksud mengecilkan anda..

 
 
Comment by abdfatah
2008-06-17 18:13:06

takper laa sekurang2nya dah ada panduan untuk digunakan dengan sebaik mungkin. lepas nih boleh laa upgradekan lagi kandungannya ebook pasar malam berkaitan perit getir perniagaan pasar malam sebagaimana chef li punya bestseller…

apa jua jenis perniagaan dah tentunya ada cabarannya yang tersendiri. takkan semuanya nak indah2 belaka…

 
Comment by cyda
2008-06-18 00:04:38

salam..

yela mal…asik promote single je jejaka 18k plus2 ni..ngehehe….

len kali,pki la pink b3..wah?sure meletop..hahaha…

tapikan…rkyt mesia kan mmg kureng sket dgn yogurt…nape xtry dadih?senang je nk wat :D….nk tau…pm…nnti i ajar :D

p/s: 1st time drop komen…hahaha

Comment by Dik Mal
2008-06-18 09:16:25

Oh? bau pink yang sgt kuat..haha..ha adly..chef ni..

 
 
Comment by pakteh
2008-06-18 15:30:09

lawak-lawak memang boleh buat bahan utk release tension.

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-06-19 12:15:09

hehe lawak tapi hope dapat pengajaran :)

 
 
Comment by Hasbul
2008-06-19 15:19:48

yg penting kami dah improve yogurt kami..ada dua version lak..minuman yogurt ori n yogurt slurppp..ala2 kat seven E tu..hehe..

 
Comment by zool
2008-06-20 22:18:31

Tak tau nak gi blog mana.. SInggah sini balik…
Ebook 10 K pun baru baca satu chapter…
bisnes offline leceh sikit nak kena tebalkan muka…
saya pun pemalu gak tapi sekarang kena gak tebalkan muka nak jual baja vermikompos..
kalau malu alamat susah nak jual..

 
Comment by Skywalker
2008-06-21 06:40:31

Bercerita sambil berkongsi….bagus nih!
eh…lebanon,zhafran…korg amik recipe yogurd dr kampung ker…yogurd pasar malam kurang komersial lar…lebih kepada susu peram jer…

nk wat yogurd yg sbati,kna peram and smbil kacau…blend ker,letak dalam mesin bancuh simen ker…hekhek

aper2 pon…nice job:p

 
Comment by Hanep
2008-06-21 16:15:05

labanon, pasar malam kat mana ni?

 
Comment by hasrulnazim hassan
2008-06-23 10:00:02

Salam.
Saya dah buat pembayaran untuk Rahsia10k tp tak dapat apa2 maklum balas pun lagi, saya dah buat pembayran pada 19hb melalui maybank2u.com

harap maklum.

Comment by kecewaman
2008-08-05 11:46:08

kecewalah, duit dah masuk dalam akaun tapi ebook tak dapat2 … hilang kepercayaan sayalah mcm ni.

 
 
Comment by isha
2008-06-25 17:37:20

hurmm…
bagus gak jual yogurt, gud 4 health
tapi, tahan ker yogurt 2 lame2???
untung 2 dh tolak kos beli ais???
rasenyer,,,,
lagi best jual sandwich or burger
tapi xpe, good try
keep it up!

 
Comment by Otai Pasar Malam
2008-07-10 03:15:32

Salam…rasanya saya terlepas pandang benda ni….

Walau macam mana pun tahniah untuk anda he he eh…

Syabas kerana dah berjaya bisnes offline …untuk maklumat anda…hari pertama saya berniaga di Pasar Malam..jualan saya hanyalah RM70 dan modal saya RM200…dan saya masih ingat lagi pengalaman pertama saya tu…muka memang cukup tebal hanya tuhan saja yang tahu…

Saya cukup bebal pada malam tu…malu cukup malu…orang yang lalu lalang hanya asyik pandang jer ke arah saya .beli tidak pun …mahu rasanya saya lari ke menyorok kat belakang dek tak tahan malu…mujur abang saya ada masa tu…dia bagi kata-kata semangat..dan dengan berkat kesabaran alhamdulilah ….

Saya kurang setuju ngan komen makcik tu..kalau dia tahu anda adalah penulis ebook 10K dia akan beli….

Kalau cam tu tak real ler…diaorang beli kerana nama dan bukan jenama…buat perlahan-lahan dan lama kelamaan anda akan mahir dengan perniagaan ini….produk makanan perlukan masa dan bukan boleh meledak dalam sehari dua….

Sekali lagi syabas buat team flarebiz…tq for promoting my product.

 
Comment by Otai Pasar Malam
2008-07-16 15:51:20

BRO LEBANON >>> SUSAH GAK NAK JUAL EBOOK AWAK NI WALAU PUN AWAK ADA NAMA

EBOOK RAHSIA 10K

KAT WEBSITE SAYA YANG PROMOSI EBOOK BRO DAH ADA 380 VISITOR TAPI SORANG PUN TAK BELI….HE HE HE SEDIH

 
Comment by yazidyahaya
2008-08-10 12:09:42

hehehehe..korang ni..ade-ade je..papepun..korang ni bukan pennyeyap..tu je…

 
Comment by Delaila La
2008-09-27 18:21:21

Tak apa jual yogurt pun boleh jadi jutawan kan

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.