Assalamualaikum dah salam sejahtera,
Memang benar langkah pertama adalah perkara yang paling sukar dilakukan di
dalam hidup setiap orang. Mengapa? Selalunya langkah pertama menjurus
kepada komitmen anda untuk merubah pelbagai sudut dalam dan luar diri
anda. Anda perlu lari daripada kebiasaan. Anda perlu keluar daripada zon
keselesaan.

Mengapa perlu lari daripada kebiasaan? Ini kerana “kebiasaan” itu masih tidak membawa anda ke arah tuju yang anda impikan. Atau, “kebiasaan” itu adalah jalan panjang.
Jangka hayat hidup kita pendek, kenapa perlu menggunakan jalan yang jauh jika anda boleh memilih untuk ke arah tuju yang sama menggunakan jalan lain yang lebih singkat? Tambahan, jalan singkat ini lebih menarik dan mempesonakan. Anda juga mempunyai lebih banyak masa untuk “menikmati” impian atau kejayaan anda itu.
“The distance is nothing; it is only the first step that is difficult.”
- Madame Marie du Deffand
Sebagai permulaan, anda perlu mempelajari dan memahami kaedah, formula dan teknik yang berkesan untuk mencapai impian anda.
Untuk menjadi yang terunggul, anda perlu menjadi seperti virus selsema. Ianya sentiasa berevolusi mengikut masa, keadaan dan peluang. Buktinya, meskipun manusia semakin canggih, tiada vaksin mahupun teknologi yang dapat “menewaskan” virus pra-sejarah ini secara total. Itu yang dinamakan terunggul.
sekian..
p/s: Mulakan langkah pertama anda dengan membeli ebook easyaffiliate. Owhh ya meh ramai2 masuk blog baru CikguOnline dan soulof99.

























lepas tu bertatih baik-baik yer… jangan terjun dah ler…
langkah pertama perlu ada keyakinan yang kuat…