Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Di manakah matlamat anda sebelum ini? Nampaknya kita akan masuk pada bulan Mac beberapa hari lagi dan sudah tentu pada bulan Februari ini memberi pelbagai kenangan kepada kita. Berapakah income anda untuk bulan ini? Sudah mengenalpasti income anda… berapakah pula perbelanjaan anda? Jika anda mendapat RM10,000 tetapi perbelanjaan ialah RM9,800 tetap sama dengan orang yang berpendapatan RM1000 tetapi berbelanja RM800.
Mengikut kajian orang akan mula melupakan matlamat awal tahun mereka apabila menjangkau pada bulan Mac. Jadi post ini sekadar ingin mengingatkan kembali matlamat awal tahun anda agar berusaha lebih kuat bagi menukarkan impian anda menjadi realiti. Baiklah anda boleh membaca matlamat saya di sini. Setelah anda baca… anda akan dapat lihat beberapa matlamat saya telah tercapai dan masih ada beberapa matlamat belum tercapai.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah semuanya telah tercapai? atau satupun matlamat anda tidak tercapai?
Tepuk dada tanya usaha anda. Bagi yang masih belum ada matlamat, sila bina matlamat anda sekarang kerana hidup tanpa matlamat adalah sia-sia. Bagaimana perjalanan perniagaan saya pada 2008 adalah mengikut matlamat yang telah saya tetapkan.
Jika anda gagal untuk merancang maka anda merancang untuk gagal!
sekian
p/s: Majalah IM dalam proses! He He He designer Majalah IM sedang bertungkus lumus sekarang ![]()

























Matlamatku… apa aku buat utk masa lepas masuk kubur kot. Terlalu bnyk distraction. Dh x tau mana aku nk pergi.
Abdul Rahman: Hehe business dan agama tak boleh dipisahkan
Apa yang kita buat kerana Allah.. dua2 kita dapat.. dunia dan akhirat Insyallah 
matlamatku sudah tersasar untuk tahun 2007. dan untuk tahun 2008 lapan delapam pam ini kena sambung balik dan kena susun semula strateginya untuk mencapai matlamat tersebut dengan jayanya…
hehehe… berapa banyak mau lupa punya matlamat daaa… kalo lekat kat dinding sekalipun dah tentu masih lagi terlupa… apa dia daaa matlamat hari tu…?
dah lupa daaah…?
So far alhamdulillah tahun 2008 saya masih lagi dalam landasan matlamatku yang betul..
Sebenarnya antara tips yang boleh dikongsi ialah sentiasa catit apa matlamat kita didalam sebuah buku nota kecil yang akan dibawa kemana-mana sebagai ingatan..
matlamat pertamaku nak wat blog. alhamdulillah da tercapai. matlamat kedua dalam proses..
Terima kasih diatas komen semua
p/s: Majalah IM dlm proses!
Antara matlamat yg belum dicapai.
- beli rumah sendiri..
- habiskan bayaran kete..
- siapkan report baru secepat mungkin..
Yang lain2 masih dalam dalam berbaris tunggu nk disiapkan..erk. banyaknye keje!
matlamat saya on the way…
bab matlamat ni yang susah sikit..mula-mula memang best matlamat tapi last-last makin sayu
Matlamat ku ialah untuk mancapai matlamat-matlamat yang telah dirancang!!!
matlamat ke 3 dan yang terdekat ni adlah nak tempah cover ebook n banner dgn team flarebiz ni. nak tanya korang, berapa agaknya masa untuk menyiapkan banner dan ecover?
Matlamat aku sentiasa berada di dalam dompet duit aku…aku tuliskan untuk motivasi aku setiap hari…Tiap kali aku bukak dompet tiap kali juga aku baca..semoga apa yg aku idamkan untuk tahun ini tercapai…
Nak kena semak balik ni.. Matlamat aku berterabur. Tak menentu. Bagus la org muda ni.
matlamat ada banyak matlamat. matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Matlamat jangka pendek ialah matlamat seharian, mingguan, bulanan, tahunan. Manakala seterusnya jagka panjang ialah matlamat 5 tahun, 10 tahun…hari-hari mau catit..sekurang-kurangnya 1jam/day duduk meneliti matlamat. Buat masa sebelum tidur dihujung malam. Lama-kelamaan akan tercapai berserta dengan doa kpd Allah. Insyaalah. Jika matlamat jangka pendek malas…alamat yang panjang tidak akan TERCAPAI.
di manakah matlamat saya?
matlamat saya ada di merata2…
so apa lagi saya akan kutip satu persatu la.. er.. adakah busy giler termasuk dlm matlamat team flare biz?