Assalamualaikum kepada semua,
Bercakap mengenai cita-cita ada yang hendak menjadi doktor,guru,usahawan
dan sebagainya. Namun ingat pasangkan atau layarkanlah cita-cita anda setinggi-tinggi yang mungkin. Tanpa cita-cita anda ibarat hidup tanpa arah tuju.
Saya sudah tua untuk memasang cita-cita..
Tidak kira pada umur berapa anda berada, untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang, anda perlu memulakan proses untuk mencapai kejayaan, iaitu memasang cita-cita tinggi dan bekerja keras untuk mencapaikannya setiap hari. Kejayaan tidak datang sebegitu sahaja dan jarang sekali ia dapat di capai dalam waktu yang singkat.

Oleh itu, mulakan langkah pertama anda hari ini. Bayangkan apa yang anda ingin capai dalam masa 5 tahun dari sekarang. Anda akan dapati jikalau anda tumpukan tenaga anda untuk mencapai cita-cita tersebut, anda akan memperolehinya dalam jangka masa kurang dari 5 tahun.
P/S: Beruntungnya jika memasang cita-cita ketika muda kerana satu per satu cita-cita boleh kita realisasikan.
Seperti saya baru berumur 16thn insyallah saya akan menjadi usahawan berjaya.. sama-sama kita doakan AMIN.

























Ya…
Irfan Khairi memasang cita2 nya untuk menjadi jutawan seawal 15 tahun lagi.
Gambo sape tu adly?
PS: semoaga berjaya teruskan usaha yang lebih gigih lagi…… (macam tulis komen kat kat laporan je)
Cita2 tanpa usaha = mimpi
Kerana itu disebut sebagai usahawan, seorang yang berusaha .. insyallah tercapai cita2
To Cikgubiz: Terima kasih.. Hoho gambar sape ntah search kat google jer
To irwan.dahnil: Ya memang betul tu.. Terima kasih
eheh~ masa zaman budak-budak dulu adalah pasang cita-cita…macam-macam dan plik-pelik…huhuhu~
tapi ni bila dah besar panjang, sudah tidak ada cita-cita yang pelik-pelik…cukuplah bercita-cita menjadi muslimah sejati dan hamba Tuhan yang beriman…lebih baik begitu pada saya dari angan-angan mak jenin tinggi melangit…lallalalla~
Hamba tuhan yang beriman.. tinggi tu cita-cita bukan senang nak menjadi hamba yang beriman.. semoga anda berjaya mencapai cita-cita tersebut
Semoga berjaya mengejar cita2 menjadi usahawan berjaya.. Perjalanan menuju cita2 juga adalah sesuatu yang seronok utk dialami..
Insyallah… semoga anda juga akan berjaya dengan cita-cita anda tersendiri
ye la..kita dapat apa yang kita usahakan sahaja.salam
Ya betul tu… apa yang kita tanam itulah hasilnya